Tak sangka hasil dari perjumpaan dengan Majalah Libur tempoh hari sempena pelancaran Blog O’ Rama, memberi peluang blog saya ini dipaparkan di dalam Majalah Libur keluaran Feb 2015. Ini sebenarnya kali pertama blog saya ditulis dan dipaparkan di dalam media cetak. Memang rasa sangat bangga kerana usaha saya selama ini membuahkan hasil dan dihargai. Sekurang-kurangnya saya bukan sahaja makan angin sesuka hati, tapi dapat pula berkongsi pengalaman dengan pembaca Majalah Libur.
Seperti yang saya pernah maklumkan sebelum ini, Majalah Libur adalah diantara majalah Travel yang paling terkenal di Malaysia. Majalah ni memang boleh dijadikan sumber rujukan bagi kaki travel. Blog saya telah dipaparkan dibahagian Blog O’ Rama bersama salah seorang lagi Blogger lain. Adalah sikit-sikit sesi soal jawab kat situ.
Saya sendiri sebenarnya tak sangka, Majalah Libur gunakan muka saya sebesar 1 muka surat. Kalau saya tahulah 1 muka surat, saya bagi gambar handsome lagi (haha). Tapi saya memang terkejut bila pertama kali tengok muka surat yang terpampang muka saya ni. Macam majalah Bisnes yang kongsi kejayaan pulak. Apa-apapun kalau korang semua nak tau apa lagi cerita menarik kat dalam isu ni, kenalah beli cepat Majalah Libur ni sebab saya dengar stok kat kedai dah tak banyak.
Selain dari segmen Blog O’ Rama, satu lagi yang menjadi kebanggaan saya adalah penulisan saya yang juga turut dikongsikan di dalam Majalah Libur. Entri di blog saya mengenai Badger Bandung yang asalnya ditulis sekadar suka-suka, telah diguna pakai di dalam majalah ni. Nasib baik masa tulis entri ni saya memang betul-betul memberi penekanan kepada kualiti gambar dan gaya penulisan. 99% ayat di dalam segmen ini adalah dari entri asal blog saya.
Sebenarnya saya sangat suka baca Majalah Libur sebab fokus dan hala tuju blog saya seakan-akan sama dengan Majalah Libur. Pada kebiasaannya saya akan berkongsi mengenai tempat percutian menarik, makanan yang sedap, gajet dan kadang kala berkaitan dengan fashion tempatan. Bagi yang ingin mengikuti updates terkini mengenai Majalah Libur, bolehlah follow social media mereka.
Facebook: http://www.facebook.com/majalah.libur
Instagram: http://instagram.com/majalahlibur
Web : http://libur.karangkraf.com
Banyak perkara menarik dan seronok apabila menjadi seorang blogger. Kepada yang nak tahu macam mana nak mula untuk menulis blog, bolehlah ikuti kelas Akademi Denai Hati yang sedang rancak tour 1 Malaysia dengan kelas Blog mereka. Siapa tahu, satu hari nanti blog anda pula yang dipaparkan di Majalah Libur.
Terima kasih kepada pembaca blog saya yang setia. Appreciate sangat.
7,514 total views, 1 views today
wah tahniah..bukan senang nakmasuk dalam majalah ni
nadia johari recently posted…LEGOLAND WATERPARK DI LEGOLAND MALAYSIA
Terima kasih~
Wowowwowwoowwoowowwo
Tahniah beb… Makin besar bandwidth lu kena tambah… Ramai terjah blog lu lepas niej
Wah glamour dan terbaik.
Mengangkat blogger ke tahap yang lebih tinggi.
AZENI AHMAD recently posted…Tonsil Bengkak : 3 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak
Lambat ucap tahniah! Hehehe…semoga bertambah sukses!
Sally recently posted…Ke Beranang Ke Kita..?
Terima kasih Sally
waaaaa..bestnya! besa gila kot gmbr tu! hahah..congrats! :0
Oh.. Ayue… dah lama tak jumpa.. hihii
Mohd Zarin recently posted…Tayangan Media – Usop Wilcha dalam Werewolf dari Bangladesh
Bertuah! Tahniah Tuan. 🙂
Helmi Aliarit recently posted…Blogger Mesti Suka. Buat Duit Dengan Mobicow.
[…] yang telah dimaklumkan sebelum ini saya adalah salah seorang dari blogger Blog O’ Rama Majalah Libur. Kisah mengenai blog saya telah dipaparkan di dalam Majalah Libur keluaran Feb 2015. […]