Assalamualaikum dan Salam Serumpun dari Jakarta,

Kali ni saya nak kongsikan pengalaman ketika berada di Mom And Kids Awards 2015 yang telah diadakan di Jakarta baru-baru ini. Sebenarnya anugerah ini pertama kali dianjurkan oleh MNCTV iaitu salah satu station TV yang terkenal di Indonesia. Dengan objektif untuk memberi penganugerahan kepada ibu dan anak-anak, malam anugerah ini diadakan pada sambutan Hari Ibu di Indonesia. Mari kita saksikan kemeriahan malam anugerah Mom & Kids Award 2015.

Mom and Kids Award 2015

Dewi Sandra ketika menyampaikan anugerah

Mom and Kids Award 2015

Carrisa Puteri pemenang anugerah Mom and Kids Kesayangan

Mom and Kids Award 2015

Romaria (tengah) ketika menyampaikan anugerah

Mom and Kids Award 2015

Pemenang Baby Sosmed Kesayangan – Thalia (Ruben Onsu-Sarwendah)

Seminggu sebelum MNCTV menganjurkan malam anugerah ini, sebenarnya mereka baru sahaja selesai menganjurkan Anugerah Dangdut 2015 juga dilokasi yang sama. Walaupun terpaksa back to back, namun malam anugerah ini diatur dan disusun dengan baik. Mom & Kids Award 2015 mula bersiaran langsung tepat pada jam 6:15pm waktu tempatan bertempat di studio 3 MNCTV di Taman Mini Indah. Ramai artis-artis Indonesia dan juga selebriti terkenal menghadiri malam anugerah ini. Kesemua kategori anugerah telah diadili lebih awal melalui undian SMS. Memang sangat meriah malam tu walaupun saya tak kenal kebanyakkan artis Indonesia. 

Mom and Kids Awards 2014

Wulan Guritno

Mom and Kids Awards 2014

Asyiela Putri ketika mempersembahkan lagu Boria Suka Suka

Malam anugerah terus saja dimulakan dengan pengumuman 2 anugerah utama iaitu, Kartun Kesayangan dan juga Tokoh Kartun Kesayangan yang menjadi hak milik Upin dan Ipin. Nampaknya walaupun dah masuk tahun ke 10, namun Upin dan Ipin masih diminati dan merupakan fenomena luar biasa di Indonesia sehingga kini. Asyiela Putri pelakon suara Upin dan Ipin serta Tn Haji Burhanuddin Md Radzi, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production tampil ke pentas utama untuk menerima hadiah.

Selain itu, Asyiela Putri juga turut mempersembahkan lagu “Boria Suka-Suka” bersama Idul Junior Indonesia. Sebenarnya, lagu ini diminta sendiri oleh penerbit anugerah kerana lagu ni rupanya sangat terkenal di Indonesia. Siapa sangka lagu boria boleh diminati oleh rakyat Indonesia.

Mom and Kids Awards 2014

Asyiela Putri ketika memberi ucapan penghargaan

Mom and Kids Awards 2015

JKT48 pemenang anugerah Group/Duo/Band Kesayangan

Mom and Kids Awards 2014

JKT48 tampil dengan pakaian yang ceria dan berwarna warni

Malam anugerah Mom & Kids Award 2015, diteruskan dengan pelbagai persembahan yang menghiburkan dan menarik. Diantara persembahan yang mendapat tumpuan ramai adalah persembahan oleh JKT48 iaitu group wanita Indonesia yang sangat terkenal. Saya pun mula-mula tak berapa kenal tapi dimaklumkan mereka bukan sahaja terkenal di Indonesia, malahan juga terkenal di Jepun. Ramai juga yang menjerit-jerit nama idola masing-masing ketika mereka membuat persembahan. Memang sebiji macam konsert Kpop

Selain itu, penampilan artis cilik iaitu Romaria yang baru saja berumur 5 tahun sangat mencuit hati. Dia bukan sahaja pandai menyanyi malahan juga pandai menari.

Mom and Kids Awards 2014

Gita Gutawa

Persembahan ibu dan anak iaitu Nola & Naura sangat menghiburkan. Entah kenapa tiba-tiba saya jatuh hati dengan lagu Semesta Cinta walaupun pertama kali dengar. Lagunya berkisahkan mengenai kasih sayang ibu dan anak dalam melodi yang sungguh ceria. Rasanya mesti ramai yang kenal dengan Gita Gutawa. Pada malam anugerah, Gita menghiburkan penonton dengan lagu Rumahku dan Doo Be Doo.

Mom and Kids Awards 2015

Pemenang Penyanyi Pria Kesayangan, Bastian Steel

Sebanyak 8 anugerah yang telah disampaikan pada malam tersebut termasuk 3 anugerah khas yang salah satunya diberikan kepada Allahyarham Pak Raden iaitu orang dibelakang tabir kemunculan watak Unyil di Indonesia. Selain itu, saya juga amat tertarik dengan anugerah Baby Sosmed Kesayangan. Sosmed ni adalah nama ringkas bagi Sosial Media dan dimenangi oleh Thalia (Ruben Onsu-Sarwendah). Bila saya tanyakan kepada orang Indonesia, rupanya anak pasangan selebriti Ruben Onsu dan Sarwendah iaitu Thalia ni dah famous sejak lahir lagi dan turut mempunyai akaun instagram sendiri.

Mom and Kids Awards 2015

Mom and Kids Awards 2015

Mom and Kids Awards 2015

Naura, pemenang Penyanyi Cilik Kesayangan Mom and Kids Awards 2015

Senarai Lengkap Pemenang Moms and Kids Awards 2015

1. Kartun Kesayangan
Upin dan Ipin

2. Tokoh Kartun Kesayangan
Upin dan Ipin

3. Penyanyi Cilik Kesayangan
Adyla Rafa Naura Ayu

4. Penyanyi Wanita Kesayangan
Fatin

5. Penyanyi Pria Kesayangan
Bastian Steel

6. Group/Duo/Band
JKT48

7. Baby Sosmed Kesayangan
Thalia (Ruben Onsu-Sarwendah)

8. Mom and Kids Kesayangan
Carissa Puteri dan Quenzino

Penghargaan Khusus Dari MNCTV

1. Lifetime Achievement
Alm. Raden Suryadi (Pak Raden)

2. Anak Hebat
Almendo Pesiwarissa – Karate
Michael Theodoric – Fotografer
Joey Alexander – Pianis
Rafi Muhammad Ridwan – Designer

3. Inspiring Mom
Kiswanati – Perpustakaan Grafis

Mom and Kids Awards 2015

Suasana meriah di pentas utama

Mom and Kids Awards 2015

Wakil Allahyarham Pak Raden menerima anugerah khas untuk Unyil

Secara keseluruhannya, malam anugerah Mom & Kids Award 2015 yang berlangsung di Jakarta ni memang sangat meriah. Pengiktirafan seperti ini jarang-jarang dianjurkan dan mungkin station TV di Malaysia juga boleh mengambil konsep ataupun pendekatan yang hampir sama.


Persembahan Nola & Naura – Semesta Cinta


Persembahan JKT48 – Fortune Cookie Yang Mencinta

Persembahan Gita Gutawa – Rumahku dan Doo Be Doo

1,471 total views, 1 views today

   

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge