Di antara tempat yang saya suka datang adalah Singapore kerana kat sini banyak betul pilihan makanan yang sedap-sedap. Kalau dulu saya pernah kongsikan mengenai Sup Tulang Merah Singapore, kali ni saya nak kongsi pula mengenai Murtabak Singapore Zam Zam. Sebenarnya Murtabak Singapore ni boleh je didapatkan di mana-mana kedai di Singapore ataupun Johor, tetapi saya dimaklumkan Murtabak Singapore di Restoran Zam Zam adalah yang TERBAIK!

Restoran Zam Zam

Restoran Zam Zam terletak berdekatan dengan Masjid Sultan

Restoran Zam Zam

Restoran Zam Zam yang menjual Murtabak Singapore

Restoran Zam Zam ni terletak di Arab Street dan berdekatan dengan Masjid Sultan. Kat kawasan ni jugalah segala makanan sedap-sedap Singapore termasuklah one of my favourite Mee Rebus Kampung Glam Cafe. Untuk yang first time datang, saya yakin takkan sesat sebab lokasinya sangat strategik dan berada ditengah-tengah tumpuan orang ramai.

Restoran Zam Zam

Beberapa pilihan makanan di Restoran Zam Zam

Di sini terkenal dengan pelbagai jenis murtabak yang diantaranya adalah Murtabak Kambing dan Murtabak Rusa disamping Murtabak biasa seperti Ayam dan Daging. Speciality Murtabak di sini adalah dari segi variasi saiz Murtabaknya. Dari saiz kecil, medium, besar hinggalah kepada Super Special.

Restoran Zam Zam

Testur Murtabak yang sangat menyelerakan

Lihat saja pada portion besar Murtabak dihidangkan sudahpun membangkitkan selera. Rasa ranggup di luar Murtabak begitu sedap ditambahkan pula dengan rasa mewah isi di dalamnya. Memang tak kedekut isi sebab isinya begitu tebal dan melimpah ruah. Isi utama seperti ayam ataupun daging dimasak bersama bawang dan telur serta rempah ratus yang sedap. Untuk Murtabak bersaiz kecil iaitu berharga SGD6 ataupun RM15 ini sudah cukup untuk dimakan bersama 2-3 orang. Selain dari kuah kari, Murtabak ini juga boleh dimakan bersama timun.

Restoran Zam Zam

Murtabak Singapore Zam Zam

Restoran Zam Zam

Boleh dimakan bersama timun

Restoran Zam Zam

Air Mineral pun jenama Restoran Zam Zam

Kalau dah sampai Singapore memang tak sah kalau tak makan Nasi Briyani. Di Restoran Zam Zam ni pun ada menjual Nasi Briyani yang sedap. Pilihan Briyani di sini adalah seperti seperti Briyani ayam, daging, rusa dan kambing. Boleh tahan sedap juga Nasi Briyani di sini dan memang puas hati. Pendek kata apa saja ada dijual di sini.

Restoran Zam Zam

Nasi Briyani Restoran Zam Zam

Restoran Zam Zam

Nasi Briyani Restoran Zam Zam

Salah satu kelebihan Restoran Zam Zam adalah service Drive Thrunya yang sudah diketahui oleh masyarakat setempat. Hanya perlu beratur di dalam kereta dan ada orang akan mengambil order Murtabak untuk dibungkus. Restoran Zam Zam juga ada dapur khas semata-mata untuk memasak Murtabak Drive Thru. Jadi sudah pastinya cepat dan sedap!

Restoran Zam Zam

Service Drive Thru Restoran Zam Zam

Restoran Zam Zam

Drive Thru yang mudah dan cepat

Bagi sesiapa yang nak singgah ke Restoran Zam Zam, ini adalah alamatnya :

Restoran Zam Zam Singapore
697-699 North Bridge Rd (opp Sultan Mosque),
198676, Singapore

p/s : rasa macam nak ke Singapore lagi. Ada sesiapa nak cadangkan tempat makan yang best?

copyright

8,701 total views, 10 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge