Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri). Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan. Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya.

Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution. Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Maskot Upin & Ipin bergaya memainkan gitar

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Tn Haji Burhanuddin, Dato Aliff Syukri dan Dato’ Norman Abdul Halim ketika majlis pelancaran

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi 3D dan lakonan hidup. Filem yang diterbitkan secara usahasama di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studios, menggabungkan kepakaran animasi dan kesan khas antara kedua-dua studio yang terkenal di negara ini.  Keunikan filem ini telah mendapat kepercayaan peneraju syarikat D’Herbs Holdings, syarikat kosmetik gergasi Malaysia, Dato’ Aliff Syukri yang merupakan peminat tegar Upin dan Ipin, untuk menjadi penaja utama. Dato’ Aliff , merasakan jenama “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” serasi untuk mempromosikan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak yang menjanjikan kegembiraan kepada pemakainya.

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Ketika sesi soal jawab

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng!

Sesi launching gimmick

Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh FINAS iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI). Ia turut disokong oleh MDEC yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet  gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini.

Semestinya penaja-penaja ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan filem ini. Sempena promosi filem ini, pihak Les’ Copaque Games Development Incorporated (LCGDI) turut melancarkan aplikasi khas “Augmented Reality” yang direka khas, membolehkan peminat Upin & Ipin berinteraksi bersama Upin dan Ipin. Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti iOS sekitar September 2016.

Di majlis pelancaran ini juga restoran Lepak@Les’ Copaque turut dirasmikan. Restoran yang bertempat di Market Place, Subang Parade ini menyediakan hidangan istemewa  Ayam golek Luar Biasa, Nasi Bubur Berlauk dan Yong Tau Foo. Pelbagai produk asli daripada animasi popular Upin & Ipin, Ultraman Ribut, Puteri dan Pada Zaman Dahulu keluaran LC Merchandising boleh didapatkan di sini.

Jom saksikan Muzik Video Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!

9,252 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.