Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara menu makanan yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Walaupun baru saja beroperasi sekitar 3 tahun yang lalu, Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.
Jom kita tengok apa yang menarik di Nasi Dagang Pak Malau.
Lokasi strategik Nasi Dagang Pak Malau menjadi satu lagi daya tarikan utama di sini. Terletak di jalan utama menuju ke Makam Mahsuri, setiap pengunjung yang lalu di jalan ini pasti tidak akan terlepas pandang kedai makan Pak Malau yang direka berkonsepkan rumah kampung moden. Tiada yang lagi indah selain dapat melihat sawah padi serta pemandangan kampung ketika sedang menjamu selera di sini. Nasi Dagang Pak Malau ni dibuka seawal jam 8pagi tetapi dengar katanya dalam jam 10-11 pagi kebanyakkan lauk dah habis. Jadi kalau nak datang ke sini, saya memang sarankan datanglah awal.
Kesemua menu-menu tambahan ini menjadikan Nasi Dagang Pak Malau sungguh istimewa bukan saja buat pelancong bahkan penduduk tempatan. Rasa nasi dagangnya sungguh sedap dan lembut. Masakan daging kerutupnya memang betul-betul sedap sehingga terasa ingin menghirup pula kuahnya yang pekat seakan-akan rendang. Selain pilihan ayam daging, Pak Malau juga menyediakan pilihan ayam kampung yang dimasak kari ataupun goreng. Kat sini lauk yang paling diminati adalah Kurma Kambing. Bagi yang biasa makan dengan ikan tongkol pula jangan risau sebab lauk wajib nasi dagang ni mestilah ada.
Secara keseluruhannya semua masakan yang disediakan kat sini memang sedap dan disesuaikan dengan citarasa orang tempatan. Pendek kata memang tak rugi datang awal-awal kat sini.
Pak Malau menggunakan hiasan-hiasan dalaman lama seperti tembikar, tempayan, kereta antik serta perabot lama bagi memberikan mood nostalgia. Meja makan juga bukan saja disusun di sekitar kedai makan, malahan Pak Malau juga memberi peluang sekiranya ingin makan berhadapan dengan sawah padi. Menurut Pak Malau, spot ni adalah di antara spot famous dan kadang-kadang orang menjamu selera kat sini menghabiskan sampai 2 jam semata-mata ingin menikmati pemandangan.
Pak Malau sendiri sungguh mesra dengan pelanggan-pelanggannya dan membuatkan kita terasa berada di rumah sendiri. Ini adalah alamat Nasi Dagang Pak Malau.
Nasi Dagang Pak Malau
Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar,
07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Waktu Operasi : 8pagi – 2petang.
23,830 total views, 1 views today
Hujung tahun ni insyaAllah nak ke Langkawi
Khairul Zamri recently posted…Kadar Zakat Fitrah Tahun 2016
Assalamualaikum,terbaik lah…sedapnya…tngok smua hdangan..inshallah ada rzeki smpai la nanti,xprh lg p…
Cantiknya… best sangat lepak lama2 kalau macam ni
Sue recently posted…Tips Memilih Bisnes Part Time Yang Terbaik yang boleh dijalankan dari rumah je..
Terima kasih
Kualiti gambar yang diambik byk bagus. Jadikan semua makanan kelihatan lebih lazat dan sedap lagi. Dah alir air liuh di mulut I.
Qimie recently posted…Kad-kad Baru Yang Mempunyai Logo Ini Amat Bahaya
Dekat sini pemandangan cantik , pastikan datang awal . Tapi rasa makanan agak kurang sedap .