Kalau mai Penang memang tak sah kalau berat badan tak naik. Mana taknya, dari pagi sampai petang asyik makan makanan yang best-best je. Bila waktu malam pula ingat dah berenti, tapi rupanya pekena Nasi Kandar Beratur yang famous tu. Saya walaupun dah banyak kali sampai ke Penang, tapi ni baru pertama kali saya dapat merasai Nasi Kandar Beratur. Apa yang membuatkan Nasi Kandar Beratur ni sedap sangat sampai ramai sangat orang beratur? Berbaloi ke beratur sampai sejam untuk nasi kandar ni? Mai kita pekena dulu baru boleh cerita.

Nasi Kandar Beratur

Di Jalan Masjid Kapitan Keling

Nasi Kandar Beratur

Nasi Kandar Beratur Original

Nasi Kandar Beratur ni terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling dan telah mula beroperasi sejak tahun 1943. Mak ai, lamanya… Tak susah nak cari kedai nasi kandar ni sebab ianya adalah terletak di tepi jalan utama je. Perniagaan Nasi Kandar Beratur ni hanya bermula pada jam 10 malam sahaja. Jangan keliru sekiranya anda datang lebih awal kerana ada kedai nasi kandar yang lain ditempat yang sama. Ini adalah kerana terdapat 2 perniagaan nasi kandar di tempat yang sama tetapi berniaga pada waktu yang berbeza.

Sebelum pukul 9 malam tu dah bolehlah beratur dan menunggu perniagaan nasi kandar yang sedang beroperasi tu nanti ditutup dan ditukar kepada kedai Nasi Kandar Beratur. Proses pertukaran ni bukan sahaja melibatkan kaunter makanan saja tetapi juga kerusi dan meja. Walaupun belum pukul 10 malam, tapi masa tu dah ramai yang beratur.

Advertisements
Nasi Kandar Beratur

Nak pilih menu makanan

Nasi Kandar Beratur

Nampak sedap tak?

Bila tepat pukul 10 malam, bolehlah kita mula memilih jenis-jenis lauk pauk yang kita nak makan bersama dengan nasi putih. Pilihan lauk dan rasanya bagi saya sama saja seperti kedai nasi kandar yang lain. Ada lauk seperti ayam goreng berempah, sotong, udang, ikan dan sayur-sayuran. Cuma mungkin yang membezakannya adalah dari segi rasa yang sedikit berempah dan masam. Harganya pula bagi saya berpatutan dan tidaklah terlalu mahal.

Memilih lauk-lauk Nasi Kandar Beratur ni seolah-olah ingin membalas dendam kerana telah beratur lama. Mana taknya, penat-penat beratur rasa macam nak ambik semua lauk yang ada je. Saya memilih lauk ayam goreng berempah bersama sayur bendi manakala Zarith pula memilih sotong besar beserta sayur. Campuran kuah karinya memang nampak sangat meriah dan berempah. Selain tu, saya juga dinasihatkan supaya mengambil nasi tambah lebih awal kerana kalau nak tambah nasi kemudian dah kena beratur balik.

Nasi Kandar Beratur

Sotong pun nampak sedap no

Nasi Kandar Beratur

Kuah berempah yang unik

Menikmati Nasi Kandar Beratur pada lewat malam sememangnya salah satu aktiviti wajib yang mesti dilakukan bila berkunjung ke Pulang Pinang. Walaupun ada yang berpendapat ini bukanlah nasi kandar terhebat di sini, namun pengalaman beratur dan melihat gelagat orang kelaparan pada waktu malam memang sangat menghiburkan. Saya sendiri disapa oleh pelancong dan bertanya mengenai apa yang sedang berlaku. Kenapakah terlalu ramai orang beratur untuk membeli makanan seolah-olah ada kenduri pada tengah malam.

Saya jawab, “Well, this is MALAYSIA. We love to eat”.  Seperti bersetuju dengan pendapat saya, pelancong tersebut juga sudah bersedia ingin turut beratur. Tapi bila dia memandang barisan yang sangat panjang, dia pun beredar ke tempat lain selepas mengambil gambar makanan saya.

Nasi Kandar Beratur Pulau Pinang

Panjang betul barisan nak beratur ni

Alamat

Nasi Kandar Beratur  Original,
Jalan Masjid Kapitan Keling,
Pulau Pinang

copyright

 17,224 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.