Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India. Nasi Vanggey juga dulu terkenal dengan panggilan Nasi Ganja dikalangan orang Melayu. Walaupun sekarang sudah terdapat banyak cawangan Nasi Vanggey, tetapi Nasi Vanggey original adalah yang terletak di Jalan Yang Kalsom, iaitu sebuah Kedai Kopi peniaga cina iaitu Yong Suan. Nasi Vanggey dijual di bahagian hadapan kedai kopi, manakala pemilik kedai kopi ini pula hanya menjual air minuman sahaja. Siapa sangka kedai yang kelihatan seperti kedai makanan cina ini, rupanya menjual nasi yang menjadi ketagihan ramai orang.

nasi02

Kedai Nasi Vanggey Original

nasi01

Zarith pun kena beratur

Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja. Nasi Vanggey di sini dijual sekitar RM6 untuk set ayam dan terdapat beberapa pilihan lauk lain seperti ikan dan daging. Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Kalau siapa yang tak tahan, mungkin boleh sakit perut dibuatnya. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik.

nasi03

Satu-satunya yang menjual nasi vanggey original

nasi07

Taukeh yang berniaga air minuman saja

nasi04

Suasana di dalam kedai

Selain dari bungkus, pelanggan juga boleh memilih untuk makan di sini. Pada kebiasaannya, kedai ini akan mula dipenuhi pelanggan seawal 11 pagi hinggalah kepada waktu makan tengahari. Di sini kita boleh lihat pelbagai jenis bangsa sedang menjamu Nasi Vanggey. Bagi sesiapa yang tak gemarkan makanan pedas, mungkin Nasi Vanggey di sini bukanlah pilihan buat mereka.

Advertisements
nasi05

Boleh pilih pelbagai pilihan menu

nasi06

Contoh set Nasi Vanggey bersama Ayam

Bagi peminat sejati Nasi Vanggey atau Nasi Kandar bolehlah cuba pekena di sini pula. Kepada yang dah selalu datang ke sini pulak, boleh lah kongsi cerita anda di ruangan komen di bawah.

Nasi Kandar Yong Suan (Nasi Vanggey)
Jalan Yang Kalsom
30250 Ipoh, Perak. 

p/s : Dengar cerita kedai ni menjual makanan tengahari kepada orang Islam semasa bulan Ramadhan ikut pintu belakang. Kalau betul, baik bertaubat kepada yang membelinya tu~

 

 

 47,439 total views,  5 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

    • Halal… pemiliknya orang Islam (Mohamed Nihmathullah Syed Mustaffa) cuma kedainya berada di kedai minum milik bangsa cina yang membuatkan orang keliru tentang status halalnya..

  • Ramai orang keliru… kedai ni bukan cawangan restoran nasi vanggey yg banyak rangkaian tu…kat ipoh restoran ni lebih dikenali dengan nama nasi ganja…

  • Memang vanggey berniaga pada bulan Ramadan….macam biasa pintu depan banyak lagi kedai Muslim yg berniaga pada bulan Ramadan.
    P/s lagi banyak fitnah lagi maju vanggey…sbb rezeki kurniaan ASW kpd yg Dia mahu saja. Lebihkan usaha dan kerja keras insyallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.