Saya merupakan salah seorang peminat jenama NIKE tak kiralah kasut, baju ataupun peralatan sukan. Baru-baru ni saya ke Genting Highland menonton persembahan Ultraman Live in Genting dan Nike Factory Store di Genting menjadi salah satu destinasi wajib saya setiap kali saya ke Genting. Nak tahu kenapa saya suka sangat dengan Nike Factory Store Genting ni? Ini adalah jawapannya.
Kalau bernasib baik, kita dapat jumpa jersi negara-negara ataupun kelab Eropah yang di jual dengan harga RM49 sahaja. Harga semurah RM49 ini, sebenarnya pernah dijual dengan harga asal sekitar RM200++. Ianya dijual dengan harga murah kerana kesemua jersi ini merupakan design musim lepas tapi sebenarnya masih cantik dan tak rugi kalau beli. Bayangkan jersi cetak rompak pun dijual dengan harga RM30 hingga RM50. Inikan pula jersi original!
Namun begitu, bukan semua jersi pilihan yang kita nak beli akan ada di jual di sini. Ianya bergantung pada stok yang ada dan boleh dikatakan stok kat sini selalu cepat habis. Selain tu, saya juga perasan kebanyakkan stok kat sini adalah bersaiz besar seperti XL dan XXL. Kalau nak cari saiz S atau M, memang bergantung pada nasib. Kiranya saya ni memang senanglah nak cari saiz kat sini.
Selain dari pakaian jersi, barang-barang lain seperti beg, kasut, stokin pun turut dijual di sini dengan harga yang murah. Walaupun ianya tak semurah jersi, tetapi sekurang-kurangnya ianya lebih murah dari harga asal. Nike Air Force One misalnya yang harga asal dijual sekitar RM350, tetapi di sini dijual dengan harga RM289.
Ketika saya membeli belah di sini, saya diberikan hadiah Thumbdrive kasut Nike bersaiz 4GB kerana saya membelanjakan sebanyak RM250. Ini juga merupakan salah satu kelebihan yang terdapat di Nike Factory Store Genting Highland. Kat butik pun belum tentu boleh dapat tawaran istimewa macam ni.
Selain dari tawaran harga dan promosi di sini, saya juga sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh petugas di sini. Petugas di sini akan melayan karenah pelanggan dan sentiasa menawarkan pilihan yang terbaik kepada pelanggan. Jadi lepas ni kalau ke Genting Highland, jangan lupa untuk singgah Nike Factory Store ni sebab kalau tak singgah memang rugi besar.
10,784 total views, 1 views today
Tak beli pun tak apa dapat cuci mata melihat gambar diblog ini pun jadilah. 🙂
akubiomed recently posted…Program Saringan Kesihatan Perkeso kenapa mengelak
Aik.. sampai macam tu sekali … haha
Mohd Zarin recently posted…Nike Factory Store Genting
harga baju memang leh tahan gak tu murahnya..
ohcikgu recently posted…Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
Memang MURAH sangat la harga jerseykalau beliw RM50, tak boleh bagitau husband ni, nanti dia ajak gi Genting pula
Noriza Rahman recently posted…Bengkak Susu Ketika Berpantang
Dang, just got back fr genting bawak the family tengok ultraman. Saw the outlet tapi tak masuk coz ingat mahal like the food dekat situ. Oh well..nxt time then.
Akhirnya u pergii dan membeli-belah disana!! lol
youlah orang introducekan kat i…haha
Mohd Zarin recently posted…Upin & Ipin Musim 9
thanks for the information bro. Mmg akn pergi nike genting je slps ni ahaha
[…] Ini bermakna kasut NIKE ada yang dijual adalah harga rendah dari harga kos. Jadi tak hairanlah, NIKE selalu dikerumuni […]
hi Mohz Zain! !!!!
saya ada hal nak minta tolong, jika ada facebook sila add saya , saya ada benda ingin tanya awak….
terbaik bro.. terima kasih