Salam Ramadhan,

Macam mana dengan puasa tahun ni? Mesti okaykan? Pada setiap tahun, memang tak sah kalau saya tak dapat berbuka puasa di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC). Dah beberapa tahun saya berbuka puasa di SACC dan setiap tahun makanannya tidak pernah mengecewakan. Pada tahun ini, sekali lagi saya berpeluang merasai preview buffet Ramadhan di SACC yang bertemakan “Nikmat Iftar”. Semua makanan di sini memang sedap-sedap. Kalau nak tahu apa menu makanan yang sedap tu, teruskan membaca.

Nikmat Iftar SACC

Dewan berbuka puasa

Nikmat Iftar SACC

Ucapan pembukaan

Buffet Ramadhan SACC

Popiah yang sungguh sedap

Terdapat lebih dari 120 menu makanan nusantara yang diketengahkan oleh SACC pada tahun ini dan diantara yang menjadi highlight adalah menu Nasi Kambing Kebuli. Ianya telah menjadi signature dish di SACC dan apa yang saya telah dimaklumkan, resepi Nasi Kambing Kebuli ini terdiri dari pelbagai rempah ratus selain menggunakan stok kambing, susu dan minyak sapi bagi menaikkan bau yang menyelerakan.

Advertisements

Selain tu, kuih popiah di SACC juga amat sedap dan setanding dengan Popiah SS Ali. Popiahnya disediakan setiap kali ketika menerima tempahan dan bukannya dibuat lebih awal. Jadi rasa dan bentuk Popiahnya memang sangat fresh dan sedap.

Buffet Ramadhan SACC

Kambing Kebuli merupakan satu kemestian di SACC

Buffet Ramadhan SACC

Pecal

Buffet Ramadhan SACC

Salah satu pilihan gorengan

Selain itu juga, saya amat suka dengan kaunter gorengan. Di sini pelbagai pilihan makanan berasaskan goreng seperti pisang goreng, cucur udang, cempedak goreng, sukun goreng dan macam-macam lagi dihidangkan panas-panas. Memang sedap dan rangup semua makanan kat sini. SACC juga menyediakan makanan ala kampung bagi membangkitkan selera makan. Dari sambal belacan, ulam-ulaman sehinggalah kepada ikan masin pun turut ada di sini.

Kalau berpeluang berbuka puasa di sini nanti, jangan lupa menikmati Sup Periuk yang menjadi favorite saya setiap tahun. Sup Periuk kat sini memang sangat berbeza sebab kuahnya bukan saja sedap tapi ianya sangat pekat dan kaya dengan rempah ratus. Kita juga boleh pilih sendiri isi kuahnya samada mahukan ayam, daging, tulang ataupun bahagian-bahagian yang lain.

Buffet Ramadhan SACC

Sup Periuk yang sungguh sedap

Buffet Ramadhan SACC

Penyediaan Dodol secara live

Buffet Ramadhan SACC

Staff SACC bersedia menghidang makanan berbuka puasa

Buffet Ramadhan SACC

Chef Executive SACC, Jamili Napiah

Selain dari menu makanannya yang sedap, salah satu lagi sebab mengapa saya suka berbuka puasa di SACC adalah kerana kemudahan bilik solatnya yang luas dan selesa. Terdapat juga kaunter zakat bagi mereka yang ingin menunaikan Zakat Fitrah.

Harga untuk berbuka puasa di SACC untuk dewasa adalah RM88 dan RM44 untuk kanak-kanak. Sementara kanak-kanak di bawah usia 6 tahun adalah percuma. Buffet Ramadhan “Nikmat Iftar” akan mula dibuka pada 19 Jun sehingga 14 Julai 2015. Saya sarankan untuk membuat tempahan awal memandangkan buffet Ramadhan SACC pada kebiasaanya mendapat sambutan luar biasa. Sila hubungi +603-5511 8858 untuk membuat tempahan.

Buffet Ramadhan SACC

Aiskrim arab

Buffet Ramadhan SACC

Pelbagai jenis lauk pauk

Buffet Ramadhan 2015

Ikan masin pun nampak sedap

Pada sesi Ramadhan preview ini juga, tak sangka saya rupanya makan semeja dengan editor Majalah Rasa. Setelah banyak saya berkongsi mengenai menu makanan yang sedap-sedap di SACC dan menerangkan hidangan mana yang harus dicuba, barulah mereka memperkenalkan diri. Rupanya mereka tertarik dengan cara penerangan saya dan rupanya mereka juga pernah membaca blog saya sebelum ini. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana tak sangka blog saya pun dibaca oleh Majalah Rasa. Lepas ni bolehlah panggil saya untuk feature dalam Majalah Rasa pulak

Selain itu juga, saya sempat ditemuramah oleh TV Al Hijrah untuk berkongsi mengenai menu makanan di SACC. Saya pun tak sure bila keluar TV, tapi kalau  ada sesiapa yang ternampak tu nanti bagitahulah saya.

Buffet Ramadhan 2015

Ketika ditemuramah oleh TV Al Hijrah

Buffet Ramadhan 2015

Bersama team Majalah Rasa

Terima kasih kepada Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kerana telah menjemput saya untuk preview Ramadhan pada tahun ini. Blog MohdZarin.com dan SACC akan bekerjasama untuk mengadakan peraduan yang membolehkan pembaca blog saya memenangi voucher berbuka puasa di SACC. Kalau nak tahu macam mana caranya, teruskan mengikuti saya di sosial media Facebook, Twitter dan Instagram.

Alamat Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC)
Shah Alam Convention Centre,
No. 4 Jalan Perbadanan 14/9,
40000 Shah Alam, Selangor.
Facebookhttps://www.facebook.com/SACCofficialnew

 8,694 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

24 CommentsLeave a comment

  • Saban tahun kami sekeluarga memilih untuk berbuka di SACC shah alam kerana lokasi yang strategik dan berdekatan dengan tempat tinggal. Saya jangkakan tahun 2015 lagi menarik(melihat melalui blog ini), pelbagai juadah disediakan disana disamping kawasan yang luas sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil.Besar harapan jika saya menjadi salah seorang pemenang voucher dan dapat menikmati hidangan yang superb di SACC pada tahun ini memandangkan harga buffet masa kini semakin tinggi.
    ainie recently posted…Jom dapatkan segera Serunding Dari Kampung Laut, KelantanMy Profile

  • Dari tahun lepas lagi keinginan untuk berbuka puasa di SACC belum lagi tertunai. Buat kata orang jawa “ngences” dah baby saya kerana mengidam untuk berbuka di SACC. Belum sempat untuk merasainya, saya bersalin anak kedua sebulan lagi tibanya Ramadhan . Jadi di bulan Ramadhan pada tahun lepas saya menjalani proses berpantang. Tergoda, terliur, teruja, tertarik, terbayang-bayang dengan semua juadah yang disediakan. Tetapi apakan daya, hanya mampu untuk dipandang.
    Ramadhan tiba lagi…dan saya berharap Ramadhan kali ini dapat saya merasai nikmat Iftar di SACC. Besar harapan saya jika menjadi salah sorang yang bertuah untuk merasainya dan melepaskan “mengidam” saya. Ini menjadikan hadiah lebih bermakna pada Ramadhan kali ini.

  • Saya ingin berbuka puasa di SACC kerana setiap tahun, pihak SACC menjanjikan kelainan dan jenis juadah yang disajikan amat menggiurkan!

  • Jom kawan-kawan iftar di SACC..Juadah Iftar Kambing Kebuli, Sup Periuk lain dari yang lain menjadi pilihan saya untuk berbuka di SACC..

  • Saya ingin berbuka ouasa di sacc kerana bila saya tengok gambar2 sajian dan persekitaran yang “grand” di sacc,terus hati terpikat untuk jadikan tempat kami mencipta memori terindah sempena menyambut ulangtahun perkahwinan bersama suami saya..semoga hajat saya tercapai..dan saya juga telah menceritakan hajat ini kepada ibu mertua saya,beliau pun memberitahu hidangan di sacc memang semuanya sedap2 belaka..ini menambahkan keinginan saya lagi untuk ke sana..

  • Saya ingin berbuka puasa di sacc kerana bila saya tengok gambar2 sajian dan persekitaran yang “grand” di sacc,terus hati terpikat untuk jadikan tempat kami mencipta memori terindah sempena menyambut ulangtahun perkahwinan bersama suami saya..semoga hajat saya tercapai..dan saya juga telah menceritakan hajat ini kepada ibu mertua saya,beliau pun memberitahu hidangan di sacc memang semuanya sedap2 belaka..ini menambahkan keinginan saya lagi untuk ke sana..

  • Saya ingin berbuka puasa di SACC kerana dapat merasai hidangan pelbagai juadah yg di sediakan di SACC bersama keluarga tersayang dan kedatangan org baru dalam keluarga yang mana ianya akan menjadi kenangan yang bermana buat saya sekiranya saya terpilih untuk berbuka puasa di SACC

  • Waahhhhh… Mcm best je.. Baca blog ni buat kecur air liur je pagi2 ni.. Tgk dari penulisan mmg best2 makanan yg di sajikan.. Amat sesuai utk yg berfamily jgak.. Bestnya klau dapat jadi salah seorang pemenang utk merasi sendiri pengalaman berbuka puasa di SACC .. Saya teringin nk merasa nasi kambing kebuli dia.. Harap2 adalah rezeki saya..

  • SAYA INGIN BERBUKA DI SACC KERANA:
    NIKMAT IFTAR INI PASTI MENJANJIKAN PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN,
    AROMA DAN KELAZATAN HIDANGAN YANG PASTI MEMPESONAKAN,
    SYUKUR PADAMU TUHAN KERANA PELUANG SEBEGINI ADA DI SACC,
    TENTUNYA RAMADHAN KALI INI LEBIH TERSEMAT DI HATI.

  • Saya ingin berbuka puasa di SACC kerana…..

    Pelbagai hidangan membuka Selera,
    Aneka juadah menambah Teruja,
    Penat Berpuasa tibalah masa Berbuka.
    Nikmat Iftar dirai bersama Keluarga

    Satay dipanggang enak dirasa,
    Kambing Kebuli menambah teruja,
    Lokasinya strategik di tengah kota,
    Menjadi tumpuan di bulan Mulia.

    Kemeriahan Ramadhan Disyukuri ,
    Nikmat Iftar Dirai ,
    Semestinya di SACC
    Salam Yahya recently posted…WW : Zakat Oh ZakatMy Profile

  • Keinginan saya untuk berbuka puasa di SACC adalah kerana SACC merupakan tempat kunjungan untuk saya sekeluarga untuk membeli belah di kala perayaan menjelma.
    Meluangkan masa di SACC bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga dan alangkah indah dan pengalaman yang sukar untuk di lupakan jika saya terpilih untuk menikmati juadah berbuka puasa di SACC.
    Dari awal pembukaan SACC sehingga kini ia menjadi tempat kunjungan saya.
    Saya ingin menghadiahkan ini untuk ibu dan bapa saya yang telah mendidik saya menjadi ‘manusia’ jika saya insan yang terpilih di bulan yang penuh barakah.

    Kemeriahan Ramadhan Disyukuri Bersama Keluarga Yang Dicintai

  • join contest ni sbb nk bg hadiah pada adik-adik..yg belum pernah merasa berbuka di tempat-tempat mahal nih.

  • Saya ingin berbuka di SACC kerana

    Nikmat Iftar menjanjikan hidangan yang sedap dan pastinya halal.
    Bukan sahaja masakan Melayu yang dihidangkan, macam-macam ada!
    Di SACC juga menyediakan kemudahan solat yang luas dan amat selesa.
    Istimewanya Nikmat Iftar di SACC juga menghiburkan pula dengan nyanyian lagu-lagu klasik yang menggamatkan suasana Iftar.

    Ia pasti akan meninggalkan kenangan manis dan terindah buat saya. InsyaAllah.

  • Saya ingin berbuka di SACC kerana ingin merasai sendiri pengalaman berbuka puasa dengan juadah yang enak disediakan oleh pihak SACC dan mempromosi tempat dan juga keistimewaan dari segi hidangan kambing kebuli dan Sup periuk yang menjadi “Main Dish” disitu.
    Semoga ianya menjadi kenyataan dan kenangan terindah Nikmat Iftar di SACC buat saya. InshaAllah

  • Salam.. Saya ingin berbuka puasa di SACC nikmat iftar ia sangat dekat dengan rumah jadi agak mudah untuk saya dan suami membawa anak2 menikmati juadah fave kami iaitu kambing kebuli. Tempat yang selesa, luas complete dengan surau memang sesuai sangatlah untuk pasangan macam kami ni.
    Mahzaitul recently posted…Saya jual TUPPERWAREMy Profile

  • Saya ingin berbuka puasa di SACC kerana:
    Siang bekerja malam mengurus rumahtangga,
    Terkejar-kejar tiada peluang menyediakan juadah berbuka,
    Peluang iftar di SACC menjadi idaman jiwa,
    Hidangan yang pelbagai dan menepati citarasa-buat saya teruja!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.