Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua~ Jangan risau kerana entry kali ini saya tidak akan upload sebarang gambar makanan walaupun tajuk entry ini berkaitan dengan Open House. Sebenarnya Open House kali ni adalah khusus buat staff Les’ Copaque Production yang telah dianjurkan oleh Big Bos iaitu Tn Haji Burhanuddin dan Hajah Ainon. Kalau di office, kami hanya memanggil mereka berdua dengan panggilan Uncle & Auntie sahaja.

Untuk tahun ni, Les’ Copaque tidak menganjurkan sebarang Jamuan Raya untuk ahli Kelab Upin & Ipin kerana menghormati kejadian MH17 dan kesibukkan persiapan sambutan Hari Kemerdekaan. Open House ni diadakan pada waktu malam iaitu selepas solat Maghrib. Namun begitu, saya dan Aino telahpun sampai di rumah Uncle & Auntie sejak pukul 5 petang lagi kerana membantu membuat persiapan untuk majlis malamnya nanti.

LC2_1918

Aino memulakan tugasan dihadapan pintu rumah Uncle

LC2_1938

Tugasan memasang projektor juga tugas Aino

Menu utama pada malam tu adalah Nasi Arab dan Kambing Golek disamping beberapa menu-menu makanan yang lain. Selain makan-makan, malam tu juga Uncle mengambil peluang untuk bercerita dan berkongsi mengenai perancangan untuk tahun ini dan projek-projek akan datang. Walaupun staff Les’ Copaque belum melebihi 200 orang tetapi, peluang untuk berkumpul beramai-ramai macam ni memang jarang-jarang sekali dapat dilakukan. Aino pula pada malam tersebut turut mengambil peluang dan mengumumkan tarikh majlis perkahwinannya. Ops, kepada yang baru tahu ni memang betulah Aino akan berkahwin pada hujung bulan ni nanti. Untuk menjaga keselamatan dan stok door gift, saya tidak dapat memaklumkan bila tarikh perkahwinannya dan lokasi ia diadakan. Biarlah tuan punya badan yang announce.

Advertisements

Jamuan makan malam ni sangat santai-santai saja. Tiada aturcara rasmi disediakan dan diikuti. Staff Les’ Copaque yang sudah berkahwin pula dibenarkan membawa suami atau isteri sertai anak-anak. Barulah raya namanya.

LC2_1971

Jom makan

LC2_2075-2

Aino mengumumkan sesuatu?

LC2_2098

Uncle juga mengumumkan sesuatu

LC2_2077

Dari kerana mata …

LC2_2188

Opah ketika ditemuramah

Oleh kerana tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, jadi aktiviti makan berulang beberapa kali. Seterusnya sebelum masing-masing balik, Aino pun menjalankan tugasannya seperti biasa iaitu menemuramah orang-orang yang dah kenyang makan. Sesi bergambar seperti biasa dan pasti tidak akan ketinggalan.

LC2_2181

Soal susah-susah sikit Aino

LC2_2250

Gambar malam raya

LC2_2249

Tak tau la nak cakap apa

LC2_2233

Bersama Hafiz dan Isteri serta anaknya

LC2_2225

Layankan Aino saja

LC2_2126-2

Mungkin Aino ingin menyanyi?

LC2_2111

Hizral doing his best pose

LC2_2259

Opah bersama Hafiz sekeluarga

LC2_2267-4

Bersama Mei Mei dan Opah yang juga berbaju Merah

Memang sungguh terasa kesederhanaan pada sambutan raya tahun ni. Rasa sedih juga tak dapat bersama-sama dengan ahli Kelab Upin & Ipin beraya seperti pada tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah harapnya dapatlah kita menganjurkan majlis hari raya pada tahun hadapan.

 3,806 total views,  1 views today

Advertisements
                  

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • banyak juga syarikat yang tidak membuat Open House besar-besaran.. ala kadar sahaja kan.. btw, lawa baju merah bro tu.. garang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.