Selepas saya berkongsi mengenai Poke Bowl Kurin beberapa bulan yang lepas, beberapa orang pembaca setia blog saya mencadangkan agar saya mencuba satu lagi menu sihat berkonsepkan poke bowl iaitu Paperfish. Terletak di TTDI, Restoran Paperfish ni berhampiran dengan kawasan perumahan dan tak jauh dari One Utama. Mencari Restoran Paperfish ni tidaklah begitu susah kerana ianya terletak berhampiran jalan utama dan aplikasi waze terus membawa saya ke lokasi makan-makan sihat saya kali ni.

Saya sendiri sebenarnya dah banyak kali mendengar mengenai Paperfish dan baru sekarang saya berpeluang merasainya sendiri. Jom kita masuk ke dalam restoran ni dan tengok apakah menu yang menanti saya di dalam.

Paperfish TTDI

Restoran Paperfish yang terletak di TTDI

Paperfish TTDI

Ruang di dalam restoran

Suasana di dalam restoran ni sangat selesa dengan ruang sekitarnya yang berkonsepkan “wood” dan “green”. Terasa sejuk je ketika berada di dalam restoran ni. Kat sini konsep self service digunakan jadi saya kena order makanan di kaunter di bahagian belakang restoran ini. Langkah pertama adalah dengan memilih jenis “base” yang diingini samada brown rice, white rice, sayur-sayuran ataupun quinoa. Kemudian kita boleh memilih 4 jenis side dish yang diantaranya adalah edamame, tomato, broccoli dan banyak lagi.

Langkah ke 3 pula adalah memilih jenis “poke” ataupun bahan utama yang diingin yang terdiri dari Salmon, Tuna dan Udang yang mempunyai pelbagai jenis perisa. Selepas itu barulah kita boleh memilih pilihan terakhir iaitu toppingnya yang terdiri dari spring onions, sesame seeds, seaweed dan macam-macam lagi. Kesemua pilihan ini adalah bergantung kepada citarasa kita sendiri jadi setiap bowl yang telah siap tu berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing.

Paperfish TTDI

Langkah-langkah membuat pesanan

Paperfish TTDI

Pilihan pesanan terus dibuat

Paperfish TTDI

Banyak sangat tak tau nak pilih apa

Poke tu sendiri bermaksud “dipotong” di dalam bahasa Hawaii. Oleh sebab itu kesemua salmon  dan tuna yang dihidangkan adalah berbentuk dadu dan dipotong cantik. Itulah konsep Poke yang digunakan di dalam menu ni. Menurut Paperfish, mereka menggunakan bahan-bahan segar setiap hari bagi memastikan rasa dan kesegaran ketika menikmati Paperfish.

Paperfish TTDI

Paperfish yang dah siap

Paperfish TTDI

Yay! Jom makan

Ha, inilah dia paperfish saya yang dah siap. Cantik tak? Rasa sayang pulak nak makan. Rasanya agak pelbagai sebab macam-macam yang saya masukkan dalam bowl ni. Ianya sungguh meriah sampai tak dapat nak gambarkan rasanya yang sebenar. Tapi yang pasti ianya adalah salah satu menu sihat yang boleh dijadikan pilihan lepas ni. Walau bagaimana sihat ianya sekali pun, saya sarankan ambil menu berasaskan brown rice dan tidak memilih shoyu sebagai pilihan perisa kerana shoyu ini adalah kicap masin yang mungkin akan “spoil” kan kesegaran rasa menu ciptaan kita tadi.

Banyakkan sayuran dan kurangkan sos/perisa dalam menu sihat kita supaya menu sihat tu betul-betul sihat.

Paperfish TTDI

Salah satu menu sihat yang harus dicuba

Secara asasnya makanan kat sini di dalam lingkungan RM20++ bergantung kepada menu pilihan kita tu. Mungkin agak mahal sedikit dari menu makanan yang biasa kita peruntukkan, tetapi sekiranya dibandingkan dengan kesegaran salmon ataupun tuna yang dipersembahkan di dalam bowl paperfish ni ianya berbaloi untuk dicuba sekali sekala.

Buat masa ni restoran Paperfish hanya terdapat di TTDI sahaja namun terdapat perkhidmatan penghantaran di beberapa lokasi terpilih. Jadi sesiapa yang nak cuba, jomlah datang ke alamat di bawah.

Paperfish TTDI
Alamat :
26, Jalan Datuk Sulaiman
TTDI, 60000 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi : 10 pagi – 10 malam
(Setiap Hari)
Laman Web : https://www.paperfish.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/paperfishmy/

1,838 total views, 10 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.