Bagi seseorang yang gemar melancong dan pada masa yang sama gemar mengambil gambar, saya amat mementingkan beg yang harus saya bawa. Walaupun sekarang ni dah banyak pilihan beg untuk kamera tetapi beg yang saya ada selalunya tak pernah mencukupi. Ini adalah kerana di lema seorang photo traveller adalah untuk mempunyai lebih dari satu beg kamera untuk pelbagai situasi ataupun keadaan. Sebagai contoh, beg kamera untuk melancong yang memuatkan 1 body kamera dan 2 lens ataupun beg kamera yang memuatkan 1 compact kamera dan 1 ipad adalah berbeza.

Sebelum ini saya sering menukar-nukar beg mengikut kepada keperluan. Tetapi tak sangka beg rekaan Peak Design hasil projek Kick Starter merubah segalanya. Ianya bukan sekadar beg, tetapi ianya boleh diubah dan disesuaikan dengan keperlukan harian. Pendek kata, samada kita mahu memenuhkan beg dengan semua peralatan kamera ataupun sekadar untuk membawa peralatan asas disamping sedikit barangan peribadi yang lain; beg ini ada jawapannya.

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

Klip besi bermagnet

Siapa yang pernah mengikuti Kick Starter projek pasti sudah memahami konsep perniagaan mereka. Bermula dari idea dan konsep, Peak Design “menjual” idea beg “The Everyday Messenger” ini secara online tanpa sebelum menghasilkannya secara serious. Tak sangka, beg ini mendapat sambutan luar biasa sehingga memenangi beberapa anugerah.

Advertisements
The Everyday Messenger Peak Design

The Everyday Messenger Peak Design

Keunikan utama pada “The Everyday Messenger” ini adalah pada kualiti begnya yang sangat tahan lasak dan menggunakan klip besi bermagnet bagi menampakkan gaya moden dan canggih. Begnya boleh diselaras kepada beberapa peringkat bagi memastikan ianya sentiasa selesa dibawa kemana-mana sahaja.

The Everyday Messenger Peak Design

Klip besi memudahkan menyelaraskan saiz beg

The Everyday Messenger Peak Design

Klip besi gaya baru untuk beg

The Everyday Messenger Peak Design

Compartment beg yang luas dan boleh diubah

The Everyday Messenger Peak Design

Compartment depan

The Everyday Messenger Peak Design

Branding Peak Design

Slot dalam begnya boleh diubah dan dikeluarkan bagi membolehkan kita menyesuaikan dengan peralatan yang ingin dibawa. Terdapat beberapa compartment rahsia bagi memudahkan kita membawa barangan yang kecil seperti handphone ataupun kabel. Walaupun beg ini berkonsepkan sling bag, tapi ianya sangat tahan lasak dan mempunyai safety belt bagi memberikan kestabilan yang optimum.

“The Everyday Messenger” tidak dijual secara terbuka lagi dan masih dijual secara preorder. Saya menunggu hampir 6 bulan untuk mendapatkan beg untuk direview ini setelah membelinya secara online secara preorder. Beg ini berharga USD249.95 iaitu sekitar RM1000 dan belum dijual di mana-mana kedai lagi. Kemungkin selepas ini, beg ini dijual dengan harga yang lebih murah memandangkan permintaan yang tinggi dan ianya sangat terkenal di Amerika.

The Everyday Messenger Peak Design

Material yang berkualiti

The Everyday Messenger Peak Design

Bergaya untuk dibawa travel dan melancong

Bagi yang ingin membeli ataupun membuat PreOrder bolehlah layari laman web https://www.peakdesign.com

 3,069 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.