Salah satu makanan yang terkenal di Korea selain Kimchi adalah ayam gorengnya yang unik dan sedap. Dikatakan ayam goreng Korea ni menggunakan rempah dan perapan istimewa sehingga ayamnya berwarna merah kemerahan. Oleh kerana saya teringin sangat nak rasa sedap sangat ke ayam goreng ni, jadi saya pun ke restoran makanan korea iaitu Pelicana Chicken yang terletak di Atria Mall.

Ayam Goreng Korea ataupun Yangnyeom Chicken merupakan menu utama kat sini sehingga ada macam-macam jenis perisa ayam goreng dari yang pedas, biasa, BBQ hinggalah Bawang Putih. Sebelum makan kat sini saya dah pastikan Pelicana Chicken ni adalah HALAL dan menggunakan bahan-bahan yang Halal. Info ni dimaklumkan sendiri oleh pemilik Pelicana Chicken cawangan Atria Mall. Walau bagaimanapun, sijil Halal masih belum dikeluarkan kerana masih di dalam proses permohonan.

Pelicana Chicken Malaysia

Set menu Ramen

Pelicana Chicken Malaysia

Set Peli Jumbo Fillet Burger

Okay sebelum saya nak rasa ayam goreng kat sini, saya nak cuba dulu makanan lain yang nampak sangat sedap di menu. Saya mulakan dengan menu Ramen Ayam yang dihidangkan di dalam mangkuk yang besar ni. Semangkuk Ramen ni turut didatangkan bersama dengan isi ayam yang digoreng. Secara peribadinya saya rasa, Ramen ni mempunyai rasa seakan-akan maggi kari yang dicampurkan dengan cheese. Mee nya juga kelihatan seakan-akan mee segera namun ianya lebih kenyal. Ramen ni memang sedap bila dimakan bersama-sama dengan isi ayam goreng yang garing.

Pelicana Chicken Malaysia

Set dihidangkan di atas papan kayu

Menu kedua sebelum sampai giliran ayam goreng saya adalah, Peli Jumbo Fillet Burger yang dihidangkan bersama kentang goreng. Rupanya di dalam burger saya ni adalah kepingan ayam goreng rangup beserta telur goreng. Kombinasi ni menarik kerana rasa yang mewah bila dua rasa yang berbeza digabungkan. Isi ayamnya masih rangup ketika saya makan dan telur goreng tadi seolah-olah cair ketika mengigitnya.

Pelicana Chicken Malaysia

Isi ayam dan telur goreng

Sudah tiba masanya untuk Yangnyeom Chicken saya. Kali ni saya order 2 jenis ayam goreng iaitu Hot Spicy dan menu promosi iaitu Bawang Putih. Rupanya ayam ni takde lah besar sangat seperti di dalam iklan Sistar kerana ianya adalah bahagian kepak ayam. Saya dimaklumkan masakan ayam goreng korea memang menggunakan bahagian kepak kerana bahagian kepak menyerap perapan dengan lebih baik dan memberi rasa yang lebih sedap. Ayam goreng Hot Spicynya adalah signature dish kat sini.

Ianya seakan-akan dicelup dengan sos tertentu bagi memberi warna keemasan dan rasa yang unik. Sosnya ada rasa pedas semasa after taste. Walaupun ianya dikategorikan sebagai pedas, namun bagi saya rasa masih tak cukup lagi pedas. Maklumlah, kalau orang Melayu punya pedas cili api pun kita gigit.

Tapi apa-apapun rasanya sangat unik dan sedap. Sosnya sangat addicted dan rasa macam tak cukup bila di makan dengan ayam goreng yang moist. Berbeza dengan ayam goreng perasa Bawang Putih, ianya lebih rangup dan sudah tentulah mempunyai rasa bawang putih. Mula-mula saya tak expect saya akan suka perasa bawang putih ni, tapi lama kelamaan saya rasa ianya sedap juga. Persamaan di antara kedua-dua perasa ni adalah ianya menggunakan bijan sebagai pelengkap rupa Yangnyeom Chicken. 

Pelicana Chicken Malaysia

Pelicana Chicken Hot Spicy

Pelicana Chicken Malaysia

Garlic Pelicana Chicken

Pelicana Chicken Malaysia

Pelicana Chicken di Atria Mall

Secara keseluruhannya saya amat meminati ayam goreng kat sini. Signature ayam goreng Hot Spicy ni paling wajib dicuba. Kalau lepas ni saya datang lagi, saya akan order ayam goreng saja dan bukan menu-menu yang lain. Bukanlah sebab menu-menu lain tak sedap atau sebagainya, tapi speciality Pelicana Chicken adalah pada ayam goreng koreanya. Menu-menu lain seperti ramen dan burger tak berapa menyerlah kerana tiada apa-apa yang istimewa.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Pelicana Chicken, bolehlah ikuti mereka di media sosial ataupun datang terus ke mana-mana cawangan mereka samada di Atria Mall ataupun di E@Curve

Facebook : https://www.facebook.com/pelicanamy

3,440 total views, 4 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply to Sally Samsaiman Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge