Kebanyakkan orang memang sangat excited sempena acara Putrajaya International Hot Air Balloon semenjak ianya diiklankan di TV dan Radio. Mana taknya , walaupun dah 7 tahun dianjurkan ada saja elemen baru yang ditambah setiap kali penganjurannya. Pada tahun ini, saya dengar event ini berubah kepada lebih hipster dari sebelum ini. Apa yang hipster sangat tu? Jom ikut saya pusing-pusing kat Putrajaya kejap.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Pass Media

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Orang beratur untuk membeli tiket

Pada tahun lepas, saya mempunyai pengalaman tersendiri apabila terlibat secara tak langsung dengan Hot Air Balloon Unicef untuk kempen Flying High for Kids Project. Saya telah melihat secara dekat cara hot air balloon di pasang dan mempelajari sesuatu mengenai Hot Air Balloon. Memang sangat bertuah saya rasa tahun lepas. Pada tahun ini pula, saya datang ke Putrajaya International Hot Air Balloon sebagai salah seorang media untuk blog MohdZarin.com.

Dianjurkan pada lokasi yang sama, event pada tahun ni sekali pandang nampak sama. Saya perasan beberapa booth yang menjual Official Merchandise diperbanyakkan jika dibandingkan dengan tahun lepas. Beberapa design merchandise seperti Tshirt dan tote beg menggunakan design yang agak simple namun unik dan sesuai dengan tema hipster.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Diantara official merchandise

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Tshirt Original Merchandise

Terdapat juga satu kaunter mencetak gambar dari Instagram secara percuma. Walaupun elemen ni menarik, namun mungkin ramai yang tak perasan. Secara keseluruhannya kawasan event ini direka bagi pengunjung untuk bersantai sambil menonton Hot Air Balloon serta acara lain. Terdapat beberapa bangku yang diperbuat dari papan kosong untuk pengunjung bersantai. Di beberapa kawasan pula terdapat lambakan beanbag hasil penajaan dari Doof. Memang selesa dan rasa taknak bangun bila dah duduk.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Kanak-kanak bermain belon

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Kat mana-mana pun boleh rehat

Persembahan Hot Air Balloon diadakan pada jam 7 pagi dan 6 petang setiap hari. Dua pilihan masa ini adalah mengikut kesesuaian untuk menerbangkan Hot Air Balloon dari segi cuaca dan arah angin. Tapi saya perasan, ramai pengunjung yang tak sedar dengan jadual ini dan mengharapkan boleh menyaksikan Hot Air Ballon pada jam 2 petang. Kebanyakkannya yang dari dari jauh pulang hampa kerana satu Hot Air Balloon pun tak kelihatan.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Persiapan Hot Air Balloon

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Trak membawa bakul penumpang

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Hot Air Balloon yang mula dinaikkan

Berbeza dengan pengunjung yang dah biasa dengan event ni, mereka merancang masa untuk datang lebih awal ataupun pada waktu petang. Sebagai wakil media, saya diberi peluang untuk masuk ke dalam kawasan perlepasan Hot Air Balloon. Tepat jam 6 petang, semua petugas Hot Balloon masing-masing mula membuat persiapan. Sebelum mereka boleh bermula, ketua dan pegawai yang memantau keadaaan cuaca akan melepaskan satu belon kecil bagi menguji arah angin. Bila arah angin telah dipastikan, barulah “green light” diberikan.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Nampak meriah

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Angin panas dimasukkan ke dalam belon panas

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

2 Hot Air Balloon dah berada di udara

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Bestnya dapat naik Hot Air Balloon

Sebenarnya, selain dari kaedah manual, petugas di sini juga turut menggunakan komputer dan tablet bagi mengkaji keadaan cuaca dan arah angin. Mereka biasanya mempunyai software ramalan cuaca yang terperinci yang boleh memberitahu gerakan awan dan banyak maklumat lain.

Dari suasana tenang bertukar menjadi riuh seolah-olah sedang berpesta. Ini adalah kerana ketika petugas sedang sibuk memasang peralatan mereka, orang sekeliling sibuk berlari-lari mengambil gambar. Setiap detik pemasangan mahu dirakam sebagai koleksi peribadi.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Satu lagi naik

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Naik satu demi satu

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Bye-Bye

Pada tahun ini diantara Hot Air Balloon yang menjadi tumpuan adalah Van Gogh dan Humpty Dumpty kerana bentuk mereka yang unik dan menarik. Saya sempat mengambil gambar proses Hot Air Ballon Van Gogh dari belum menjadi balloon kepada bentuk akhir.

Bila semua Hot Air Balloon ni sedang berada di udara memang nampak cantik sangat. Suasana ni seolah-olah berada di Cappadocia.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Hot Air Balloon Van Gogh

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Dari pandangan tepi

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Ketika sedang penyek

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Dah siap masuk angin

Apabila Hot Air Balloon ni dah berada di udara, Hot Air Balloon ni akan terbang mengikut arah tiupan angin. Api ataupun udara panas yang dihasilkan adalah untuk mengemudi Hot Air Balloon. Pemandu Hot Air Balloon tak boleh menentukan arah tuju tapi pada kebiasaannya mereka dah ada sasaran untuk mendarat berdasarkan kajian mengenai arah angin pada awal sebelum penerbangan.

Ramai pengunjung yang tak tahu beranggapan Hot Air Balloon tu akan berpatah balik. Oleh sebab itu mereka menanti dengan sabar. Tapi pada hakikatnya Hot Air Balloon ni tak mampu untuk patah balik. Trak mereka akan bergegas ke tempat landing Hot Air Balloon untuk menyambut mereka. Saya tahu fakta ni pun sebab saya sertai Hot Air Balloon Unicef pada tahun lepas.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Couple yang memakai baju cute

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Pengunjung melihat dari luar kawasan pelepasan

Foodgasm Fest

Kalau takde makanan yang best mesti event tak meriahkan? Jadi pada tahun ni, Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta ni juga mengadakan event berasas pesta makanan iaitu Foodgasm Fest. Sebagai peminat makanan, sudah semestinya saya mencari makanan-makanan yang unik dan sedap. Kebanyakkan makanan yang dijual kat sini bukan level pasar malam tetapi ianya adalah makanan trending dan terkini. Saya perasan ada juga beberapa makanan kat sini yang pernah dijual di Food Hunter 2.0

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Signage

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Pelbagai pilihan pulut

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Pulut Pulut

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Owner Pulut Pulut

Ada banyak sebenarnya kedai makan kat sini yang best-best tapi diantaranya yang saya nak highlight adalah kedai  “Pulut Pulut”. Saya suka dengan “Pulut-Pulut” kerana mereka menjual pelbagai jenis pulut dari pulut durian, pulut mangga hinggalah pulut ayam. Semua jenis pulut ni telah dibrandingkan dan dipackkan dalam packaging yang cantik dan kemas. Rasanya bukan saja sedap malahan sangat fresh. Saya dengar bulan April nanti mereka dah mula buat tempahan untuk delivery. Kalau nak tahu details, kenalah follow Instagram mereka : https://instagram.com/pulut_pulut/

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Sengkuang calit

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Kepak Ayam

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Teh Tarik dalam botol

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Botol air

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 Wok It

Selain tu ada satu lagi makanan yang unik iaitu “Wok It”. Makanan ni nampak unik sebab ianya dihidangkan di dalam kotak makanan seolah-olah kotak chinese food. Cara nak order makanan ni pula haruslah mengikut langkah 1 hingga 4 iaitu memilih bahan-bahan di dalam makanan ni. Saya tak sempat nak makan sebab kedai ni tak pernah tak ramai orang.

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Laksa King

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Sotong Gergasi

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Churros

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Aiskrim Pasu

Erm, nampak sedap-sedapkan semua makanan kat sini? Dah lama tak makan aiskrim. Panas-panas kat Putrajaya ni memang sesuai sangat kalau dapat makan aiskrim. Masa saya tengah mencari aiskrim tu tengok-tengok memang ada orang yang menjual aiskrim yang sangat unik. Kenapa saya kata unik sebab aiskrim ini adalah berperisa Paletas iaitu perisa gabungan rasa manis dan herba. Walaupun nampak macam aiskrim biasa je, tapi aiskrim jenama wonderpops ni menawarkan pelbagai jenis gabungan seperti Pineapple + Chili, Key Lime + Pie, Banana + Puding, Orange + Basil dan Mexican Chocolate. Ha, macam mana? Pelikkan?

Walaupun ada sedikit herba dicampurkan tapi rasa aiskrim wonderpops ni sangat sedap dan masih mempunyai rasa aiskrim yang manis dan sejuk. Saya sendiri dah rasa Pineapple Chili dan tak sangka gabungan dua perisa ni sungguh sesuai dan sepadan. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah stalk Instagram mereka : https://instagram.com/wonderpops_kl

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Aiskrim wonderpops

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Aleeya’s Kitchen

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Sambal belimbing Aleeya’S Kitchen

Nampaknya Aleeya’s Kitchen yang terkenal dengan sambal pucuk ubi masak nogori pun ada menjual di Putrajaya Hot Air Balloon Fiesta. Dua hari berturut-turut saya datang shopping sambal Aleeya ni. Saya pun taktau nak pedas masuk ICU ataupun pedas masuk Hospital. InsyaAllah saya akan buat full review mengenai produk Aleeya’s Kitchen ni nanti. Sementara ni bolehlah tengok apa aktiviti Aleeya’s Kitchen di Instagram mereka : https://instagram.com/aleeyazailan

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Khemah makanan yang luas

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Diantara Food Truck

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Sedap juga dapat makan di Food Truck

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Kreatif jugakan?

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Ruang Sesi Sei untuk orang bergambar

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Budak-budak pun suka

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015

Bye-Bye

Banyak juga aktiviti menarik di Putrajaya International Hot Air Balloon ni. Pendek kata kalau setakat datang sehari memang tak sempat nak cover semua benda. Apa yang pasti, acara macam ni pasti akan dinanti-nantikan oleh setiap orang kerana ianya sangat unik dan jarang-jarang dianjurkan di Malaysia. Tahniah kepada penganjur AKA Balloon yang semakin matang dengan penganjuran Hot Air Balloon.

copyright

3,891 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge