Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa,

Nampak tak semangat kemerdekaan sampai saya ucapkan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Sehati Sejiwa. Saya sebenarnya secara langsung memang terlibat dengan sambutan Hari Kebangsaan. Semenjak 2 bulan sebelum acara merdeka lagi saya dah terlibat dengan perbincangan dan perancangan awal sambutan tahun ni. Macam-macam pengalaman yang saya dah lalui bagi menjayakan program ni lebih-lebih lagi acara ini adalah acara peringkat kebangsaan. Lebih 30 juta penduduk Malaysia bakal menyaksikan apakah pengisian yang bakal dipersembahkan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos.

Ini adalah pengalaman sebenar saya melalui perit getir dan cabaran sepanjang proses persiapan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Sehati Sejiwa

Ketika sesi latihan

Sehati Sejiwa

Suasana ketika sesi briefing kepada peserta

Selepas kejayaan penglibatan Upin & Ipin pada sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas, sebenarnya Les’ Copaque Production secara automatik telah diserap oleh sekretariat Merdeka di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia sejak awal-awal lagi. Jadi mahu tak mahu, Upin & Ipin pasti akan terlibat dalam acara merdeka tahun ini. Kelainan yang dibawa pada tahun ini adalah dengan memperkenalkan Perarakan Animasi Malaysia yang pertama kali dianjurkan khusus bagi sambutan Hari Kebangsaaan. Perarakan Animasi ini melibatkan sebuah kereta berhias dan 24 orang maskot watak animasi dari 8 syarikat berbeza yang pernah mendapat dana di bawah MDeC. Di atas kereta berhias ini pula adalah tempat bagi 5 orang puteri dari animasi Puteri Limau dan 2 watak dari animasi Saladin. Selain itu juga, terdapat penyertaan 40 orang pelajar sekolah rendah yang akan turut menyertai perarakan.

Sehati Sejiwa

Sesi postmortem pada malam sebelum 31 Ogos di Dataran Merdeka

Sebenarnya idea Perarakan Animasi ini adalah bagi menaikkan industri animasi Malaysia dan menghargai watak-watak animasi negara yang sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat kanak-kanak supaya membawa ibubapa mereka ke Dataran Merdeka.

Sehati Sejiwa

Semangat Sehati Sejiwa

Walaupun Perarakan Animasi ini hanyalah salah satu kontinjen di dalam perarakan Hari Kebangsaan, tetapi kontinjen inilah satu-satunya kontinjen yang berbeza dari kontinjen lain dan tak pernah diwujudkan sebelum ini. Harapan sangat tinggi diberikan terhadap kontinjen ini walaupun tidak mempunyai pengalaman menguruskan perarakan pada hari Merdeka. Bagi memastikan persembahan ini berjaya, hampir setiap hari latihan yang berbeza dilakukan untuk maskot dan juga pelajar sekolah. Pada masa yang sama juga, perkembangan kereta berhias juga harus dipantau bagi memastikan ianya siap mengikut perancangan.

Pada minggu-minggu terakhir, keadaan menjadi lebih tegang dan tertekan. Banyak masalah yang melibatkan logistik menghalang progress kontinjen ini untuk membuat latihan di Dataran Merdeka. Keseluruhan kontinjen termasuk pelajar sekolah hanya dapat berlatih secara penuh pada hari Raptai Penuh sahaja. Itupun hanya satu percubaan saja yang diberikan. Namun begitu, saya percaya kontinjen ini akan mampu membuat persembahan yang terbaik pada hari sebenar.

Sehati Sejiwa

Berkumpul awal pagi di Muzium Tekstil

Sehati Sejiwa

Kereta Berhias yang siap separuh untuk tujuan rehearsal

Saya dan team Les’ Copaque sendiri berkerja di dalam pasukan khas dan kami bekerja dengan sangat rapat. Calltime perjumpaan setiap pagi di office adalah pada jam 4 pagi kerana kami terpaksa datang lebih awal ke Dataran Merdeka bagi mengelakkan bertembung dengan orang yang pergi kerja dan pada masa yang sama jalan telah banyak ditutup. Dengan pasukan yang besar dan masa yang suntuk, setiap minit dan saat terasa sungguh berharga. Setiap hari pada jam 5 petang pula akan diadakan postmortem bagi memperbaiki apa yang silap dan perancangan untuk keesokan harinya. Pada malam sebelum 31 Ogos pula, postmortem diadakan di Dataran Merdeka sendiri pada jam 11malam. Walaupun penat, tapi entah dari mana seolah-olah ada lagu “Faizal Tahir – Gemuruh Jiwa” membakar semangat pasukan khas ini.

Persiapan Hari Kebangsaan tahun ini sedikit sebanyak terganggu dengan perhimpunan kuning yang turut disasarkan di lokasi yang sama. Pasukan khas kontinjen ini sendiri tidak dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka pada 30 Ogos untuk persiapan saat akhir. Lebih 30 petugas berjalan kaki mengelilingi Dataran Merdeka dari satu pintu masuk ke satu pintu masuk yang lain sehinggalah dibenarkan masuk. Mungkin nasib kurang baik, kami tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai pas petugas. Bertambahlah penat dan lenguh kaki berjalan jauh apatah lagi esok adalah hari besar yang dinanti-nantikan. Namun begitu, ianya sedikitpun tak melemahkan semangat kontinjen ini malahan mengambil pengalaman hitam ini sebagai pengalaman yang sangat berharga.

Sehati Sejiwa

Suasana ketika perhimpunan

Sehati Sejiwa

Perhimpunan kuning berdekatan dengan Dataran Merdeka

Sehati Sejiwa

Persiapan saat akhir

Route perarakan ini adalah dari Muzium Tekstil dan akan berakhir sehingga ke Sogo. Ianya adalah sejauh 1km dan lebih kurang 30 minit berjalan kaki. Saya sendiri rasanya dah berulang kali berjalan kaki dari garis mula hingga check point akhir.

Sehati Sejiwa

Kereta berhias yang telah siap

Setelah melalui hari-hari yang panjang, akhirnya tarikh 31 Ogos datang juga. Apa yang saya dapat lihat pada wajah setiap ahli kontinjen adalah semangat pasukan yang sangat tinggi dan peka dengan arahan yang diberi. Pada hari ini tak banyak lagi perubahan yang diperlukan dan masing-masing dah tahu tentang tugas masing-masing. Ianya berjalan secara autopilot dan mengikut seperti yang dirancang. Masing-masing bangun lebih awal bagi memastikan semuanya berada di dalam kedudukan yang betul.

Sehati Sejiwa

Diantara yang datang awal pagi

Sehati Sejiwa

Memberi semangat kepada pelajar

Yang membuatkan saya terharu dan teruja adalah perkembangan pelajar-pelajar sekolah rendah yang pada awalnya saya lihat agak tercari-cari pergerakan tarian dan rentak yang diajar oleh guru mereka. Tetapi setelah 2 minggu berlatih dengan gigih, kesemua pelajar-pelajar ini bukan saja boleh menari mengikut irama tetapi mereka begitu semangat berlakon dan menerima arahan. Rasanya kita dulu masa darjah 5 pun belum tentu mampu menyertai perarakan Merdeka.

Sedikit sebanyak pelajar-pelajar ini menjadi daya penarik kontinjen animasi dengan kecomelan dan gerak tari mereka.

Sehati Sejiwa

Ketika sedang bersiap sedia

Sehati Sejiwa

Calvin wakil orang Sabah

Sehati Sejiwa

Permulaan Kontinjen Animasi

Salah satu cabaran yang lain pula adalah kumpulan maskot-maskot animasi yang harus menari dan berlakon ketika berarak. Maskot-maskot dari syarikat yang berbeza ini sebenarnya tidak pernah dikumpulkan dalam satu acara peringkat kebangsaan seperti ini. Mereka pada kebiasaannya hanya membuat kemunculan seperti bergambar ataupun bersalaman dengan peminat. Benchmark yang lebih tinggi ditentukan kepada pemakai maskot bagi menjayakan perarakan animasi ini. Mereka haruslah boleh menari disamping berjalan kaki sejauh 1KM. Pada awalnya kebanyakkan dari mereka mengeluh kerana tak pernah berjalan sejauh itu apa tah lagi menari.

Tetapi dengan perancangan yang teliti, akhirnya mereka berjaya sampai ke end point dengan jayanya. Bukan itu saja, malahan mereka semua sangat bertenaga dan teruja kerana disepanjang perjalanan ke end point begitu ramai penonton di kiri dan kanan jalan menjerit-jerit memberi sokongan. Perasaan luar biasa ini sukar digambar kerana ianya seperti menyuntik semangat kepada kontinjen ini.

Sehati Sejiwa

Tn Haji Burhanuddin dan Hjh Ainon, impian menganjurkan Perarakan Animasi tercapai

Sehati Sejiwa

Kereta berhias Perarakan Animasi mula bergerak

Sehati Sejiwa

Perarakan Animasi Malaysia

Sehati Sejiwa

Upin & Ipin menerajui industri animasi negara

Alhamdulillah, Perarakan Animasi Malaysia mendapat sambutan yang luar biasa dari pengunjung di Dataran Merdeka dan juga yang menonton di rumah. Mereka tak pernah melihat kereta berhias seperti ini dan ianya sangat lain dari yang lain. Kalau dulu mindset kita terhadap perarakan merdeka adalah menonton perbarisan tentera, polis dan sebagainya, tetapi sekarang sudah ada kelainan yang sudah pasti boleh diterima oleh semua golongan dan peringkat umur.

Sehati Sejiwa

Diantara tetamu yang berada di grandstand

Perasaan selepas kereta berhias berjaya melepasi VIP dan mendapat sorakan orang ramai betul-betul seperti baru selesai menduduki peperiksan SPM. Usaha berbulan-bulan selama ini dinilai dalam persembahan 6 minit dan terbukti ianya berjaya. Kami terus berjalan kaki ke Sogo dengan tenang dan hati yang berbunga-bunga. Masing-masing begitu bertenaga walaupun saya pasti masing-masing tak cukup tidur. Terasa seperti nak berarak sekali lagi pun ada.

Sehati Sejiwa

Pasukan Komando

Sehati Sejiwa

Kontinjen lain sedang bersiap sedia

Sehati Sejiwa

Salah sebuah kereta kebal

Sehati Sejiwa

Kontinjen yang disertai oleh MAS

Sehati Sejiwa

Ramai orang di kiri dan kanan jalan sehinggalah ke Sogo

Sehati Sejiwa

Pelajar-pelajar kegembiraan

Sehati Sejiwa

Pasukan Perarakan Animasi Malaysia

Begitulah sedikit sebanyak kisah dan coretan berkaitan dengan penglibatan Hari Kebangsaan tahun ini. Penat memang penat, pening memang pening. Tapi ianya satu pencapaian yang patut dibanggakan.

Berikut adalah beberapa rakaman video dari program TV :

1,705 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge