Assalamualaikum dan Salam Sejahtara,

Mesti ada yang dah merancang untuk bercuti Melaka tak lama lagi lebih-lebih pada musim cuti sekolah akan datang. Saya sememangnya tak pernah bosan untuk ke Melaka kerana ada macam-macam tarikan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Melaka. Kalau dulu saya ke Melaka Alive untuk menonton persembahan Bahtera Merdeka, tetapi kali ini Melaka Alive telahpun membuka satu lagi tarikan terbaru mereka di sini iaitu Pirate Adventure.

Melaka Alive Pirate Adventure

Saya dipintu masuk Pirate Adventure

Melaka Alive Pirate Adventure

Melaka Alive Pirate Adventure

Terletak pada lokasi yang sama, Pirate Adventure merupakan tarikan terbaru di Melaka Alive yang berkonsepkan gabungan di antara “walkthrough exhibition” dan “rumah hantu”. Ianya terletak kawasan di bawah pentas Bahtera Merdeka ataupun lebih tepat lagi di dalam perut kapal sebagai kawasan pengembaraan pengunjung. Berbeza dengan Bahtera Merdeka, Pirate Adventure tidak mempunyai waktu tayangan tertentu tetapi ianya dibuka setiap masa dari 10 pagi hingga 7 petang.

Advertisements

Sebelum masuk ke dalam Pirate Adventure, saya dan bersama pengunjung yang lain diletakkan di dalam bilik gelap selama 5 minit bagi membiasakan mata dengan keadaan gelap. Sebaik sahaja pintu pertama Pirate Adventure di buka, seorang Pirate terus menyergah dengan ayat dan lenguk ala-ala “Jacks Sparrow”. Nasib tak terkejut.

Melaka Alive Pirate Adventure

Seorang Pirate menyambut ketibaan

Melaka Alive Pirate Adventure

Beware

Melaka Alive Pirate Adventure

Nak ke mana tu?

Di dalam kawasan Pirate Adventure ini boleh dikatakan gelap dan lampu samar-samar digunakan bagi memberikan mood yang kita berada di dalam kapal bersama Pirates. Terdapat banyak props dan seperti  senjata, kotak-kotak kayu, pakaian dan juga tengkorak manusia. Dengan bunyi efek dan keadaan lampur yang kurang terang, sedikit sebanyak memberikan rasa suspen dan berhati-hati dari disergah sekali lagi.

Mengikut kata pengurusan kat sini, lanun-lanun di sini takkan sentuh ataupun membahayakan pengunjung. Jadi tak perlu risau dan kalau boleh kita janganlah sentuh mereka. Walaupun mereka nampak sangat in character dengan watak lanun, tapi kita boleh minta bergambar bersama mereka.

Melaka Alive Pirate Adventure

Ketua Lanun

Melaka Alive Pirate Adventure

Takutpun sempat buat peace

Melaka Alive Pirate Adventure

Kalau tak kerja kena tembak

Melaka Alive Pirate Adventure

Replika kapal lanun

Melaka Alive Pirate Adventure

Sampai jadi tengkorak kerana ketakutan

Terdapat beberapa kawasan di dalam Pirate Adventure yang dibahagikan dengan bilik-bilik yang berbeza. Setiap kawan menggunakan konsep yang berbeza dan mempunyai “tarikannya” yang tersendiri. Terdapat juga beberapa props dan kawasan yang direka khusus untuk pengunjung bergambar. Ha, tengoklah saya bergambar di dalam penjara lanun.

Melaka Alive Pirate Adventure

Banyaknya harta karun

Melaka Alive Pirate Adventure

Diantara tengkorak yang masih ada di sini

Melaka Alive Pirate Adventure

Walaupun dalam penjara, tapi muka happy

Sebelum mengakhiri pengembaraan di dunia lanun, saya diletakkan di dalam satu kawasan gelap untuk sesi tontonan video. Video yang ditayangkan adalah menceritakan semula apa yang saya telah lalui dan misi di dalam dunia Pirate Adventure. Walaupun ringkas, tetapi videonya sangat menarik.

Melaka Alive Pirate Adventure

Ada sotong besar, lari!!!

Melaka Alive Pirate Adventure

Beli baju dulu sebelum balik

Melaka Alive Pirate Adventure

Cenderamata di Pirate Adventure

Akhir sekali ialah kawasan merchandise Pirate Adventure sebagai cenderamata dan kenangan sebelum balik ke KL. Walaupun belum banyak lagi barangan yang dijual di sini tapi sekurang-kurangnya adalha buah tangan dari Pirate Adventure.

Melaka Alive
Jalan Parameswara,
Bandar Hilir,
Melaka, Malaysia.

Isnin- Khamis: 10am – 7pm
Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10am – 9:30pm

Harga Tiket MyKad Tanpa MyKad
Dewasa RM20 RM25
Kanak-kanak (4 – 12 tahun) RM15 RM20
Warga Emas (60 tahun+) RM15 RM25

 9,549 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.