Hujung-hujung tahun ni terasa macam banyak pula event yang dianjurkan bukan saja di sekitar Kuala Lumpur, tapi juga di seluruh Malaysia. Percaya atau tidak, hampir setiap negeri menganjurkan event dan karnival masing-masing sempena cuti sekolah hujung tahun ni. Kebetulan ketika berada di Ipoh, saya terperasan satu event lokal iaitu Port Festival 2015 yang diadakan di Dataran Bandaraya Ipoh. Ini memang sudah cantik sebab saya sendiri memang sangat menyokong event lokal.

Dengan lokasi yang sangat strategik, memang mustahil untuk tidak terperasan event ni bila pusing-pusing di bandaraya Ipoh. Apa yang saya nampak Port Festival ini merupakan gabungan satu lagi event iaitu Lokal Fellow yang lebih memfokuskan kepada penjualan jenama pakaian lokal ala-ala Tempatan Fest. Manakala Port Festival ini sendiri sebenarnya adalah bertujuan menonjolkan industri kreatif dan hasil anak seni orang Ipoh. PORT itu sendiri membawa maksud People Of Remarkable Talents.

Port Festival 2015

Di Dataran Bandaraya Ipoh

Port Festival 2015

Booth MyNegeri

Port Festival 2015

Pameran motor vintage

Port Festival 2015

Pintu masuk Port Festival

Port Festival 2015

Lokal Radio, Chill.fm

Terbahagi kepada 2 bahagian besar, Port Festival sendiri mempunyai beberapa both anak seni tempatan yang mempamerkan hasil kreativiti mereka seperti hasil tukangan kayu, lukisan, nyanyian, mural dan banyak lagi. Pendek kata dah macam berjalan di art gallery yang sangat hipster. Dari semasa ke semasa kita dapat melihat beberapa pelukis sedang melukis kartun ataupun beberapa indie band sedang membuat persembahan di pentas utama.

Ianya berkonsep terbuka dan terpulang kepada pengunjung untuk menonton persembahan ataupun bergambar dengan hasil karya anak Ipoh.

Port Festival 2015

Kaki Kayu Ipoh

Port Festival 2015

Pameran lukisan

Port Festival 2015

Pentas utama

Port Festival 2015

Demostransi pelukis komik

Pada bahagian Lokal Fellow pula, booth-booth di sini lebih berbentuk penjualan jenama pakaian tempatan dan lokal. Ianya hampir sama seperti Tempatan Fest malahan beberapa jenama utama dari Tempatan Fest juga ada di sini. Saya seronok dapat melihat jenama-jenama lokal yang hebat seperti MyNegeri, Lubuk, Miker Brand dan banyak lagi berkumpul di bawah satu bumbung walaupun pada platform yang berbeza.

Port Festival 2015

Diantara pilihan baju lokal

Kebanyakkan dari jenama-jenama lokal ini menawarkan harga diskaun dan murah jika dibandingkan dengan pembelian online. Jenama-jenama lokal ini sudah mempunyai pengikut mereka tersendiri melalui laman sosial dan website mereka.

Port Festival 2015

Miker Brand

Port Festival 2015

Suasana di kawasan booth LokalFellow

Port Festival 2015

Booth ni memang LAIN

Port Festival 2015

Soulciety

Port Festival 2015

Jenama baru Sacvivor

Meskipun baju lokal sekarang ini semakin mendapat tempat, tetapi saingan di antara setiap jenama memang sangat hebat. Kualiti design dan harga memainkan peranan memandangkan kuasa membeli sekarang agak kurang. Walau bagaimanapun, saya nampak beberapa jenama lokal baru yang berpontensi seperti Lubok yang sentiasa menghasilkan rekaan baju mengikut tema negeri dan memberi sedikit sentuhan Islamik.

Port Festival tidak menawarkan pilihan gerai makanan yang optimum kerana hanya terdapat beberapa food truck sahaja dan beberapa gerai makanan seperti Mat Periuk. Mungkin ini boleh diambil kira oleh pihak penganjur pada masa akan datang memandangkan makanan dan minuman merupakan salah satu ruang perniagaan yang berpotensi dan wajib diambil kira.

Port Festival 2015

Sticker Soulciety

Port Festival 2015

Stay Lokal Never Walk Out

Port Festival 2015

Lubuk Design

Port Festival 2015

Kritikal Company

Port Festival 2015

Booth besar Miker Sangat Power

Diharapkan Port Festival akan dapat diadakan lagi di Ipoh dan menjadi acara tahunan. Dengan melebihkan lagi promosi mungkin dapat memberi pendedahan kepada warga Ipoh terhadap event ini. Apa-apapun teruskan menyokong jenama Lokal dan kalau bukan kita yang sapot ,siapa lagi yang akan sapot. 

Sekiranya ingin melihat update terkini sila ikuti mereka di Instagram @lokalfellow

2,927 total views, 2 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge