Kali ni saya nak kongsikan beberapa produk Apple 2015 yang sebenarnya bukan sahaja buruk dari segi design tetapi juga dari segi fungsi dan tujuan kenapa ianya direka sebegitu. Produk yang saya senaraikan ini juga sebenarnya akan menjadi lebih baik sekiranya direka pada cara yang berbeza dan memikirkan secara keseluruhan tujuan dan memudahkan penggunaan.

MacBook

Jangan salah faham kerana MacBook 2015 ini sebenarnya amat cantik dengan pilihan warna Gold yang amat menawan. MacBook juga merupakan jawapan kepada MacBook Air yang agak terlalu mempunyai spesifikasi rendah untuk sesetengah pengguna. Namun begitu, “teknologi” baru yang cuba diperkenalkan iaitu USB-C seolah-olah memakan diri. Dengan hanya 1 USB port, pengguna MacBook 2015 bukan sahaja terhad untuk menggunakan peranti USB lain seperti thumbdrive ataupun portable hardisk, tetapi mempunyai masalah besar sekiranya ingin mencaj MacBook pada masa yang sama.

Macbook 2015

Thinner-MacBook

Apple Pencil

Apple Pencil yang diperkenalkan bersama Ipad Pro tiada masalah dari segi fungsi dan teknologi pressure yang canggih. Walaupun terdapat beberapa pihak yang berpendapat, sekiranya Steve Job masih hidup pasti Apple Pencil ini tidak akan dicipta kerana Steve Job beranggapan 10 jari manusia adalah pencil terbaik yang ada pada kita.

Advertisements

Apple Pencil sangat kelihatan menjengkelkan ketika proses mencaj iaitu dengan mencucukkan usb pada bahagian bawah iPad. Ianya bukan sahaja terlalu buruk, malahan tak praktikal kerana bila-bila masa saja kita berkemungkinan untuk terlanggar dan mematahkan USB port pada Apple Pencil. Kalau dah patah nak beli baru pun bukan murah.

Apple-Pencil-Fast-Charge-800x400Apple-Pencil-image-001

Magic Mouse 2

Tiada masalah sebenarnya pada Magic Mouse 1 sehingga perlu dicipta Magic Mouse 2. Dengan menggunakan design yang sama, teknologi baru yang diguna pakai adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna yang sebelum ini terpaksa menukar bateri Magic Mouse 1. Memang betul sebelum ini menukar bateri Magic Mouse 1 adalah sesuatu yang merunsingkan lebih-lebih lagi ketika sedang asyik menggunakan mouse. Teknologi baru ini membolehkan pengguna mencaj Magic Mouse 2 tanpa perlu bersusah payah dengan bateri lagi.

Terima kasih di atas usaha ini tetapi ianya diletakkan pada tempat yang salah. USB port untuk mencaj diletakkan di bahagian bawah Magic Mouse 2 dan sudah pastilah kita tak boleh menggunakan Magic Mouse 2 ketika mencaj. Saya rasa ianya satu design paling “malas” dan tak praktikal langsung.

magic_mouse_2_charging

iPhone 6 Battery Case

Walaupun baru sahaja diumumkan, tetapi iPhone 6 Battery Case ini telah dikecam hebat. Designnya sangat buruk sehingga banyak lagi design oleh 3rd party yang lebih baik pernah dihasilkan. Battery Case ini kembung di bahagian belakang seolah-olah ianya baru sahaja menelan iPhone yang lebih kecil. Bahagian kembung ini juga secara asasnya nampak seperti tiada tujuan dan terlalu buruk untuk dipandang.

smart_battery_case.0.0

Jadi itulah dia produk Apple yang paling buruk pernah dihasilkan pada tahun 2015. Apa pendapat anda? Kongsikan di bawah.

 3,366 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.