Alhamdullilah, nampaknya tinggal beberapa minggu lagi kita akan menyambut Hari Raya. Sekarang ni mesti ramai yang tengah sibuk dengan persiapan raya seperti baju raya dan persiapan rumah. Promosi Raya boleh dikatakan dilangsungkan tiap-tiap minggu dengan tawaran yang menarik dengan design terkini dan harga yang murah. Jakel juga tidak terlepas untuk mempromosikan pakaian raya mereka dengan barisan ikon serta Duta Raya mereka tahun ni.

Slogan raya tahun ni adalah “Jakel Barulah Raya” dan menampilkan Duta Raya seperti Aaron Aziz. Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya, & Lara Alana dan Upin Ipin. Aaron Aziz sendiri merupakan Duta Raya Jakel terawal iaitu selama 6 tahun manakala terdapat juga beberapa wajah baru yang ditampilkan Jakel pada tahun ini iaitu Ayda Jebat, Hairul Azreen, Hanis Zalikha bersama anak mereka Yusof Iskandar, Janna Nick dan Harith Iskander.

Baju Raya Jakel 2017

Diantara barisan duta Jakel

Baju Raya Jakel 2017

Suasana ketika majlis pelancaran

Saya sendiri dijemput bersama duta-duta Raya Jakel ni dipentas utama ketika majlis bersama media diadakan tempoh hari. Suasananya memang meriah walaupun dilangsungkan ketika minggu pertama bulan Ramadhan. Menurut Pengarah Urusan Jakel, Datuk Haji Mohamed Faroz, pada tahun Jakel menawarkan promosi serendah 85% pada setiap minggu sehingga hari raya nanti. Fashion yang ditawarkan pada tahun ini lebih up to date dan mengikut citarasa terkini.

Baju Raya Jakel 2017

Bacaan Doa

Baju Raya Jakel 2017

Sesi perkongsian

Ayda Jebat contohnya merupakan duta bagi remaja wanita yang gemarkan baju raya yang lebih berfesyen dan cantik. Manakala Janna Nick pula merupakan Duta Jakel bagi segment kain yang lebih memfokuskan kepada fabrik perkahwinan dan sebagainya. Pelantikkan Harith Iskander pula pada tahun ini adalah bagi memberi citarasa baru Baju Melayu kepada mereka yang mempunyai saiz XL sehingga 5XL.

Selain itu, Hairul dan pasangan pula memperagakan pakaian muda dan muda seperti Kurta manakala Hanis pula adalah baju kurung moden. Apa yang menarik perhatian pada kali ini adalah anak mereka iaitu Yusuf Iskandar pemenang anugerah Si Cilik Meletop 2017 menggayakan kurta kanak-kanak yang comel dan cantik. Tidak ketinggalan Upin & Ipin yang mempromosikan pakaian kanak-kanak lelaki sudah masuk tahun ke 3.

Baju Raya Jakel 2017

Ketika sedang memberi ucapan

Baju Raya Jakel 2017

Sempat selfie bersama Janna Nick

Baju Raya Jakel 2017

Bersama Duta Jakel yang lain, Harith Iskander & Nabil Ahmad

Saya sendiri merupakan wakil cakap bagi baju Melayu Upin & Ipin pada hari pelancaran tersebut. Baju Melayu Upin & Ipin Jakel merupakan diantara hot item setiap tahun berdasarkan rekod jualan. Bajunya bukan saja mampu milik tetapi ianya sangat unik kerana terdapat corak kepala Upin Ipin pada sampinnya serta turut wajah Upin & Ipin pada kepala poket bajunya. Kainnya sangat berkualiti, tidak panas dan lembut. Jadi tak hairanlah ini merupakan tahun ke 3 kerjasama bersama Jakel ini diteruskan.

Selain itu, saya pula memakai Baju Melayu Aaron Aziz yang juga merupakan baju melayu kegemaran saya. Warna oren ni sungguh menarik perhatian dan sepadan dengan sampin yang juga berwarna oren. Terdapat banyak pilihan warna dan saya boleh katakan semuanya sangat menggoda. Saya sendiri rasa sangat yakin ketika menggayakan Baju Melayu Aaron Aziz ini ketika majlis ini berlangsung.

Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan Baju Raya di Jakel sekarang kerana terdapat pilihan bagi seisi keluarga dari kakak, adik, abang, mak, ayah dan si kecil.

Jakel Barulah Raya 2017

Jom dapatkan Baju Raya di Jakel

1,676 total views, 12 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge