Bagi peminat makanan pedas, pastikan anda semua tidak ketinggalan menikmati Pucuk Ubi Goreng Nogori dari Aleeya’s Kitchen. Ini adalah kerana saya pasti anda semua tidak pernah merasai pucuk ubi goreng nogori sesedap ini. 99% orang yang pertama kali mencuba Pucuk Ubi Nogori Aleeya’s Kicthen ni pasti akan terus menyukai makanan ini walaupun ianya sangat pedas. Rasanya sangat membuatkan kita rasa addicted dan tak puas-puas makan.

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Sambal Belimbing

Pertama kali saya mengenali Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya’s Kitchen adalah ketika di event Food Hunter di Encorp Strand. Sejak dari itu, saya terus jatuh cinta dengan kepedassannya yang unik dan sedap.

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya’s Kitchen

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Keluarga besar Aleeya’s Kitchen

Pedas tak pedas tu sebenarnya bergantung kepada tahap kepedasan yang kita pilih iaitu dari Pucuk Ubi Goreng Nogori Original ataupun Pucuk Ubi Goreng Nogori Lori Cili Terbalik. Sebenarnya, Pucuk Ubi Goreng Nogori ni diperbuat dari daun pucuk ubi yang digoreng sehingga garing bersama ramuan lain. Rasanya sangat garing dan ranggup seolah-olah sedang menikmati ikan bilis goreng yang garing. Resepi Pucuk Ubi Goreng Nogori ni adalah resepi turun temurun Aleeya Zailan yang pada awalnya memasak Pucuk Ubi Goreng Nogori ni sekadar suka-suka.

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Diantara produk keluaran Aleeya’s Kitchen

Selain Pucuk Ubi Goreng Nogori, Aleeya’s Kitchen juga ada menjual beberapa pek makanan lain seperti Sambal Belimbing Pahang Original, Sambal Belimbing Pahang Pedas Giler Masuk Hospital, Pes Berlado Original dan Pes Berlado Pedas Giler Masuk I.C.U. Kesemua pek makanan ini diberi nama yang begitu menggerunkan namun membuatkan kita excited ingin mencuba.

Cara untuk menikmati Pucuk Ubi Goreng Nogori adalah bergantung kepada daya kreativiti kita. Cara paling mudah adalah dengan menjamu bersama nasi panas ataupun dengan bubur nasi. Takpun boleh juga dimasukkan ke dalam telur dada, ataupun di dalam maggi kari. Tak salah juga kalau nak menjamu Pucuk Ubi Goreng Nogori bersama burger ataupun spagheti. Tak kira apa juga cara sekalipun, Pucuk Ubi Goreng Nogori ni pasti memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada menu makanan kita.

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Pucuk Ubi Goreng Nogori mempunyai rasa yang rangup dan pedas

Menu Cadangan

Di bawah ini adalah beberapa menu cadangan yang pernah saya makan bersama Pucuk Ubi Goreng Nogori. Diantaranya adalah makan bersama Salmon Grill, menjadikannya sebahagian dari sandwich dan juga makan bersama kambing golek. Buat masa sekarang ni saya akan sentiasa pastikan saya mempunyai stok Pucuk Ubi Goreng Nogori di rumah.

Manalah tahu, ada ketikanya saya takda selera nak makan atau dah bosan dengan makanan yang sama. Setiap pek Pucuk Ubi Goreng Nogori ni dibungkus dengan rapi dan kemas. Bungkusannya sesuai di bawah melancong dan dijadikan makanan sampingan ketika di negara orang. Kalau dulu kita dah terbiasa bawa stok Maggi kalau pergi melancong. Kali ni kita tambah pula dengan Pucuk Ubi Goreng Nogori.

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Dihidangkan bersama Salmon

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Dengan sandwich pun boleh

Pucuk Ubi Goreng Nogori Aleeya's Kitchen

Makan dengan kambing pun boleh juga

Bagi yang dah terliur tu, apa kata LIKE Instagram Aleeya’s Kitchen sekarang. Buat masa ini, Aleeya’s Kitchen beroperasi secara online sepenuhnya dan kadang-kadang akan turun ke food event. Kalau nak tahu perkembangan mereka, kena sentiasa ikuti mereka di Instagram.

Facebook :  https://www.facebook.com/aleeyaskitchen
Instagram : https://instagram.com/aleeyazailan/
No telefon : 0123737185

Contoh Hidangan dari Instagram

daripada hari tu dok tgk ig @noradanish makan #mamee #maggi pastu @bossned_ pulak upload pic dia makan mamee maggi, telan air liur je sbb kat umah x de stock, sekali semalam customer Aleeya’s Kitchen si @loqmankarim pulak upload dia makan maggi dengan PUCUK UBI GORENG LORI CILI TERBALIK, lagi lah teruss pi beli MAMEE MAGGI KARIII CHEF TU! sedap ok! bfast tadi makan meggi. over kan. sekarang ni belum lunch pon rasa nak makan maggi mammee lagi ni 😂😂😂😂 telan air liur!!!! #mameechef #karichef #maggi #mameekarichef #aleeyazailan #aleeyaskitchen #sambalbelimbing #sambalhitampahang #pedasgilermasukhospital #pucukubigorengloriciliterbalik #terbaik #mamee #instantnoodles #instantfood #noradanish #perisalaksakarimameechef #perisalaksakari

A photo posted by Aleeya’s Kitchen ™ (@aleeyazailan) on

8,064 total views, 14 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge