Mencari rumah idaman bukanlah mudah memandangkan harga rumah yang semakin mahal dan lokasi yang kurang strategik. Kalau nak cari rumah di dalam area Kuala Lumpur memang dah takde lagi dan harganya pun boleh tahan mahal. Sekarang lebih ramai orang ingin memiliki rumah impian di kawasan seperti Sungai Buloh, Shah Alam dan beberapa lagi kawasan pinggir bandar. Saya sendiri kalau nak cari rumah mestilah terletak di kawasan yang mudah dan dekat dengan access ke lebuhraya utama serta terdapat kemudahan lain seperti sekolah, pusat membeli belah dan macam-macam lagi.

Baru-baru ni saya dijemput untuk melihat tawaran menarik perumahan di Radia Bukit Jelutong sekali gus memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina. Projek Radia ni sebenarnya adalah di bawah Sime Darby dan UEM Sunrise. Memang bertuah saya dapat tengok apa yang ditawarkan di Radia Bukit Jelutong kerana saya sendiri kini menetap di Denai Alam.

Radia Bukit Jelutong

Warm welcome

Radia Bukit Jelutong

Tarian Singa

Ini adalah kerana saya tahu betapa besarnya masa depan kawasan di Bukit Jelutong yang dikenali sebagai kawasan Elite. Tak hairanlah, ramai orang dah mula pandai dan melabur di kawasan ni sekarang. Radia Bukit Jelutong ni merupakan kawasan yang sangat strategik kerana ianya sangat hampir dengan lebuhraya utama seperti Guthrie, NKE dan ELITE. Keluar je kawasan Bukit Jelutong dah terus masuk ke penghubung lebuh raya. Kawasan ni memang sesuai didiami oleh siapa-siapa saja yang bekerja tak kira samada di kawasan Shah Alam, Kuala Lumpur mahupun Putrajaya.

Advertisements
Radia Bukit Jelutong

Contoh ruang tamu

Radia Bukit Jelutong

Contoh bilik

Radia Bukit Jelutong

Buat masa ini, Radia Bukit Jelutong menawarkan beberapa pilihan aset seperti Radia Residences, Radia Retails dan Radia Office. Sudah tentu saya tertarik dengan Radia Residences yang menawarkan rumah yang siap dengan perabut serta beberapa kemudahan lain seperti spa pools, taman, jogging track dan lain-lain. Melihatkan kepada rumah contoh yang disediakan, hasil rekaan dalaman rumah Radia memang nampak moden dan minimalis. Saya setuju dengan rekaan moden seperti ini kerana ianya melambangkan gaya hidup dan ciri-ciri versatil. Mereka bijak bermain dengan ruang dan memberikan perasaan keselesaan ketika berada di dalamnya.

Radia Bukit Jelutong

Contoh bilik tidur

Radia Bukit Jelutong

Contoh dapur

Terdapat 6 jenis pilihan rumah Radia Bukit Jelutong bermula dari 695 sqft hingga 2100 sqft dan harga bermula dari RM500 ribu. Kalau sesiapa yang biasa dengan pembelian perumahan pasti dah tahu macam mana kualiti rekaan dan material yang digunakan oleh Sime Darby. Tiada Kompromi. Radia Residences juga lengkap dengan pengawalan keselamatan dan CCTV. Jadi tak perlu risau.

Jadi kalau nak tahu info lanjut mengenai Radia Bukit Jelutong bolehlah layari http://radia.com.my/

Radia Bukit Jelutong

Ruang bilik bacaan

Radia Bukit Jelutong

Simpan impian rumah di Radia Bukit Jelutong

Melihat kepada perancangan masa depan Radia Bukit Jelutong, nampaknya kawasan Bukit Jelutong ni nanti akan sangat meriah dan membangun. Tambahan pula saya lihat mereka bakal membangunkan shopping mall di kawasan ni nanti. Memang tak rugi beli aset perumahan kerana value rumah akan naik setiap tahun.

 Sebelum mengakhiri entri saya kali ni, apa kata kita tengok video mengenai Radia Bukit Jelutong yang telah dihasilkan oleh HaiBlogger!

 10,274 total views,  4 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.