Bagi sesiapa yang tak tahu, saya adalah salah seorang penggemar madu lebah. Saya biasanya akan cuba macam-macam jenis madu samada yang murah ataupun mahal. Tapi oleh kerana madu ni kebanyakkannya lebih mahal dari murah, jadi saya takdelah selalu sangat minum madu. Madu ni dah tentulah banyak khasiatnya untuk badan kita dan boleh mencegah pelbagai jenis penyakit jika diamalkan selalu.
Salah satu jenis madu yang sejak kebelakangan ni diperkatakan adalah Madu Kelulut. Apa beza Madu Kelulut dengan madu-madu yang lain seperti Madu Asli, Madu Tualang, Madu Propolis dan macam-macam lagi? Untuk mengetahuinya sendiri, saya ke Ladang Mini Kelulut yang terletak MAEPS Serdang untuk melihat sendiri Madu Kelulut.
Ladang Mini Kelulut ini dibuka kepada orang awam setiap hari. Sebelum boleh sampai ke rumah lebah Madu Kelulut, saya mencuci mata dengan melihat taman mini yang mempamerkan pelbagai jenis pokok di sepanjang perjalanan. Pokok-pokok kat sini kebanyakkannya sangat unik dan rare. Ada yang kali terakhir saya tengok di kampung dan ada juga yang tak pernah tengok.
Diantaranya adalah seperti pokok Limau Pagar yang buahnya lebih lonjong jika dibandingkan dengan buah limau yang biasa dan juga poko Naga Buana yang kelihatan seperti pokok semalu. Ada juga pokok yang mempunyai nama pelik seperti Pokok Buah Ajaib tetapi tidak mempunyai buah dan juga pokok Bismillah yang saya kurang pasti asal usul namanya.
Tak sangka nak sampai ke rumah lebah Madu Kelulutpun dah makan masa lebih 30 minit kerana asyik meneliti setiap jenis pokok yang ada di sini. Akhirnya bila sampai ke kawasan lebah Madu Kelulut dapatlah saya lihat rumah-rumah lebah yang berupa seperti replika rumah kecil mirip seperti rumah burung. Saya dimaklumkan, berbeza dengan lebah yang lain lebah Madu Kelulut ni tidak mempunyai bisa dan dikategorikan sebagai Stingless Bee. Saya rasa selamat bila menghampiri rumah lebah Kelulut ni bila tahu ianya tidak berbahaya.
Di pintu masuk rumah lebah kelulut ni terdapat corong buatan mereka sendiri yang berfungsi umpama pintu keluar masuk. Corong ini direka sendiri oleh lebah-lebah dan rupa corong ini berbeza-beza mengikut spesis lebah kelulut. Badan lebah kelulut seperti yang kita nampak keseluruhannya adalah berwarna hitam berbeza dengan lebah yang lain. Saiz lebah kelulut juga lebih kecil dan hampir sama seperti lalat.
Di dalam setiap rumah lebah ini tersimpannya seekor ratu lebah yang menjadi ketua bagi lebah-lebah yang lain. Walaupun lebah kelulut ni tak bahaya, tetapi lebah kelulut ni akan mengerumuni musuh mereka bagi menghalau musuh dari cuba mendapatkan madu mereka. Saya sendiri telah diserang dan dikerumuni oleh lebah-lebah ni lebih-lebih lagi saya berpakaian serba hitam. Saya tak pasti mengapa, tetapi lebah kelulut ni akan mudah tertarik dengan objek berwarna hitam. Nasib baik lebah ni tiada sengat, jadi takdelah bahaya sangat.
Saya juga berpeluang melihat macam mana rupa di dalam rumah lebah kelulut yang dijaga rapi oleh petugas di sini. Di dalamnya terdapat banyak gumpalan bulat umpama kepompong yang menyimpan madu-madu hasil dari lebah-lebah kelulut. Saya sungguh kagum melihat suasana di dalam rumah lebah ini yang begitu sibuk seperti semua bandaraya bagi lebah-lebah ni. Menurut petugas kat sini, asalkan saya tidak mengganggu kerja mereka saya boleh melihat dengan lebih dekat.
Pengalaman melihat rumah lebah kelulut dari dekat memang sungguh luar biasa lebih-lebih lagi saya tak pernah melihat rumah lebah sedekat ini. Saya diberi peluang untuk meminum madu kelulut terus dari kepompong simpanan madunya. Walaupun nampak macam ganas sikit, tapi peluang macam ni memang saya takkan lepaskan. Saya minum menggunakan straw dan menghirup habis madu dari satu kepompong. Takdelah banyak sangat madu yang tersimpan di dalam satu kepompong dan saya dapat agarkan ianya sebanyak lebih kurang 1 sudu teh.
Rasa madunya sangat manis dan segar serta ada rasa sedikit masam. Saya tersenyum lebar bila selesai menikmati madu segar dari “ladang” lebah. Madu Kelulut dikategorikan sebagai salah satu madu yang berharga mahal kerana kuantiti yang terhasil biasanya tidak banyak. Setiap madunya sangat berkualiti kerana lebah Kelulut mengambil serta memproses madu dari bahan semulajadi yang berkualiti sahaja. Jadi madu yang terhasil lebih baik dan mahal.
Selain itu, Madu Kelulut juga merupakan diantara jenis madu yang cepat memproses di dalam saluran darah dan menyebabkan ianya lebih berkesan bagi menguatkan metabolisme badan dan menyembuhkan penyakit seperti menguatkan tenaga batin, menjaga kecantikan, merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman. Pendek kata, madu ni adalah penyembuh bagi 1001 jenis penyakit dan pengambilan secara berterusan mampu mengurangkan risiko penyakit-penyakit lain. Di sini juga turut dijual Madu Kelulut yang telah dibotolkan, jadi tak perlukan sedut pakai straw setiap kali datang ke sini.
Sebelum saya balik dari Laman Mini Kelulut, saya mencuci mata lagi dengan mengambil jalan balik yang berbeza. Rupanya ada kawasan di MAEPS ini yang menanam pokok serta sayuran menggunakan teknologi hijau seperti hydroponic serta teknik baru yang lain. Cantik betul sayur-sayur yang ditanam di sini dan dah nampak seperti di Cameron Highland pula.
Bagi sesiapa yang berminat mengenai Madu Kelulut ataupun apa saja berkaitan dengan pertanian ataupun sayur-sayuran, saya galakkan datang ke MAHA yang akan diadakan di MAEPS pada bulan 11 nanti.
MARDI Headquarters,
43400 Serdang,
Selangor, Malaysia.
Latitude: 2.979257, Longitude: 101.697566
Laman Web : http://www.maeps.com.my/
34,927 total views, 1 views today
Salams Brother.
Terima kasih atas maklumat yang dipaparkan. Sungguh minat saya utk mengetahui lebih mengenai Kelulut.
Insya Allah, dalam masa terdekat.
Tq
pengalaman menarik. berapa harga sebotol madu kelulut tu?
Dalam RM100 rasanya…
Madu kelulut memang sangat berkhasiat.
Semoga mendapat manfaat dari amalan madu kelulut.
terima kasih atas info..sangat bermanfaat 🙂
Artikel yang sangat baik, info yang bermanfaat.
Wow terangnya camera..kerana gmbr2 yg cantik sy trtarik utk membaca article ni.
Terima kasih
Encik, nak tanya, ada jual lilin lebah tak?
De kajian tk mandi kelulut lagi bagus dr madu lain
De kajian tk madu kelulut lagi bagus dr madu lain
[…] ternak madu kelulut […]
Sangat cantik gambar-gambar yang tuan tangkap terutamanya gambar sarang madu itu. Terima kasih kerana mengetengahkan kebaikan dan kelebihan madu kelulut ini. 🙂
Madu Kelulut Borneo recently posted…Madu Kelulut Asli: Cara Menentukan Ketulenan [Panduan Lengkap]
Madu kelulut terbaek…dah masuk minggu ke 2 saya amalkan ambik madu kelulut … Alhamdulillah dgn izin allah saya x mrngalami mslh resdung lagi… 2minggu ni sy x bersin n hidung akn berair sepjg hari mcm org selesema..setiap hari selepas menyapu …saya akn bersin n berair hidung … Sgt siksa… Tpi skrg alhamdulillah…syukur sangat…
Wah Zarin pun minat madu kelulut eh.. Baguss
Salam tuan, antara madu kelulut dgn madu tualang, yg mana yg lebih baik? T.kasih atas info yg dikongsi.