Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Bagi pembaca setia blog MohdZarin.com pasti dah tahu yang mana saya juga adalah pengemar makanan. Walaupun masih banyak menu dan makanan yang saya tak cover, tapi alhamudullilah saya diberi peluang untuk menjadi blogger jemputan dalam rancangan terbitan RTM1 iaitu Menu Kita Walla. Sebenarnya, rakaman ni telah lama pun diadakan dan baru-baru ini saja saya dimaklumkan tentang tarikh tayangan episod yang saya terlibat. Rancangan ini disiarkan di RTM1 setiap hari Sabtu jam 10.30pagi dan dihoskan oleh selebriti chef, Brian MasterChef.

Menu Kita Walla RTM1

Diantara pilihan makanan laut

Menu Kita Walla RTM1

Pilihan sos istimewa

Menu Kita Walla RTM1

Aneka pilihan sayur dan bebola

Menu Kita Walla RTM1

Pilihan makan perapan seperti ayam dan daging

Rakaman episod ini diadakan di Jazz House Steamboat di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Oleh kerana saya sibuk menghafal skrip dan memahami apa yang saya harus bercakap dengan Brian, jadi kali ni saya tak sempat nak ambil banyak gambar makan untuk direview. Mungkin nanti kalau berkesempatan saya akan datang semula ke sini untuk makan dengan tenang dan ambil gambar makanan.

Sebenarnya walaupun nampak mudah, tapi proses rakaman ni memang makan masa dan banyak prosesnya. Bayangkanlah, mula dari jam 3 petang dan sekitar jam 8 malam baru selesai. Untuk satu scene, kadang-kadang kena cakap berulang kali untuk mendapatkan shoot yang cantik. Walaupun dah ada skrip, tapi kadang-kadang apa yang dihafal lain dengan apa yang dicakap. Tu baru beberapa scene, bayangkanlah kalau kena berlakon filem (tiba-tiba pulak).

Menu Kita Walla RTM1

Steady Abang kameraman

Menu Kita Walla RTM1

Brian yang sangat petah bercakap depan kamera

Menu Kita Walla RTM1

Tengah makan pun orang ambil video

Walaupun, saya dah biasa cakap depan kamera tapi pengalaman ketika rakaman Menu Kita ni memang berbeza.  Yelah, nak makan sambil bercakap. Lepastu kena tunggu reaksi yang sedap pulak depan kamera.

Brian memang mempunyai energy dan gaya tersendiri ketika mengacarakan rancangan ni. Walaupun berbangsa cina, tapi Brian sangat fasih cakap Melayu dan kadang-kadang perkataan yang digunakan pun kita jarang pakai.

Sepanjang sesi rakaman ni, semua krew hanya boleh tengok saja sama menjamu selera bersama Brian. Hanya selepas rakaman selesai, barulah semua krew boleh makan bersama-sama. Dah macam kenduri pula rasanya sebab semuanya menahan lapar dari petang lagi.

Menu Kita Walla RTM1

Sesi makan-makan bersama krew RTM

Menu Kita Walla RTM1

Sahabat dan Sifu blogger Eizil.com pun turut menemani

Menu Kita Walla RTM1

Bersama Brian dan owner Jazz House Steamboat

Walaupun saya tak sempat betul-betul nak review makanan di sini, tapi apa yang saya dapat kongsikan adalah Jazz House Steamboat memang unik dan sedap. Kesedapannya terletak pada pilihan sos unik yang takde di tempat-tempat lain. InsyaAllah saya akan ke sini lagi nanti bersama keluarga sebab Steamboat ni lagi sedap kalau dapat makan ramai-ramai.

Selain itu juga, saya ingin ucapkan terima kasih kepada krew RTM1 dan juga Brian yang sudi menjemput saya memeriahkan rancangan Menu Kita Walla ini. Tak lupa juga kepada sahabat dan sifu blogger yang menemani saya ketika sesi rakaman ini iaitu Eizil.com yang sanggup datang walaupun terpaksa meredah hujan.

Menu Kita Walla

Tarikh : 24 Oktober 2015
Masa : 10.30pagi
Siaran :RTM1
Facebook : https://www.facebook.com/menukitaRTM

2,832 total views, 6 views today

            

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to reezluv Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge