Semasa saya melancong ke Jepun dulu, saya masih teringat perasaan nak mencari makanan Halal lebih-lebih lagi makanan Jepun seperti Ramen. Ramen ni asalnya dimasak menggunakan bahan-bahan tidak halal sebagai penyedap rasa kuah ramen. Sebab itulah susah nak jumpa ramen halal kerana bukan mudah untuk menukar resepi sedia ada kepada versi halal bagi mengekalkan rasa ramen yang sedap.

Restoran Ayam-Ya merupakan sebuah restoran ramen yang berasal dari Kyoto dan memperkenalkan Ramen Jepun yang halal. Kita tidak perlu ke Jepun untuk merasa sendiri ramen ini kerana sekarang restoran Ayam-Ya ini telahpun dibuka di KLIA2. Jom ikut saya menjamu selera Ramen Ayam-Ya yang terletak di medan selera RASA Food Area KLIA2.

Ayam-Ya Ramen

Ayam-Ya Ramen di KLIA2

Ayam-Ya Ramen

Diantara menu ramen

Terletak di sudut makanan Jepun, Ayam-Ya terus menjadi sasaran saya sebaik saja menjejakkan kaki di medan selera RASA. Walaupun nampak macam ada banyak pilihan ramen kat sini, tapi sebenarnya ada 2 pilihan saja yang telah divariasikan. Terdapat 2 pilihan diantara perisa “biasa” (Tori-Paitan Shoyu Ramen) ataupun pedas (Spicy Tori-Paitan Shoyu Ramen) yang mana setiap pilihan diberi pula pilihan lain seperti ramen biasa, ramen telur, ramen ayam, ramen telutr+ayam. Fahamkan?

Advertisements

Harga bermula dari RM11 hingga RM15 bergantung kepada jenis pilihan kita. Selain dari ramen, terdapat juga beberapa pilihan makanan jepun yang lain seperti Ayam Katsu, Ayam Teriyaki dan Karaage. Kalau sesiapa yang tak makan ramen bolehlah cuba makan menu-menu ni.

Ayam-Ya Ramen

Set ayam katsu

Sebelum saya cuba ramen kat sini, saya terlebih dahulu mencuba Ayam Katsu. Secara ringkasnya, Ayam Katsu ni rasa macam nugget ayam yang besar. Ayam Katsu ni dicelup dengan sos manis yang istimewa bagi memberikan rasa makanan Jepun. Bagi saya menu ni biasa-biasa saja tapi ianya akan jadi lebih baik sekiranya diberi sos tambahan kerana yang sedia ada seperti tidak cukup. Manakala, kentang gorengnya pula tak sama seperti di dalam gambar yang  menjanjikan saya wedges.

Ayam-Ya Ramen

Set Tori-Paitan Shoyu Ramen

Untuk ramen pula, saya telah membeli dua-dua perisa sekali gus untuk membandingkan rasa bagi kedua-dua menu. Saya mulakan dengan ramen berperisa “biasa” dengan set yang paling lengkap iaitu telur dan ayam. Rasa kuahnya sangat pekat dan mempunyai rasa yang masin. Masin tu mungkin datang dari rasa ayam dan beberapa campuran yang lain. Ianya seakan-akan mee sup tetapi ada rasa pekat yang berbeza. Ianya tak pedas langsung dan saya yakin kanak-kanak pun boleh makan. Hirisan ayamnya sangat lembut seolah-olah telah dikukus dan digrill sebelum diletakkan di dalam mangkuk ramen saya. Telur rebusnya juga elok-elok saja dimasak. Tidak overcook ataupun terkurang masak.

Ayam-Ya Ramen

Set Tori-Paitan Shoyu Ramen (Versi biasa)

Saya beralih pula ke mangkuk ke 2 iaitu yang berperisa pedas. Kuahnya nampak sama tetapi ada sedikit warna merah-kemerahan. Seperti pada menunya, saya memang menjangkakan ianya sepatutnya pedas tetapi rupanya tidak. Rasa pedasnya adalah minimum dan perasaan seolah-olah ianya dicampur dengan chili flakes.  Saya tak pasti bagaimana ianya disediakan, ini hanyalah pendapat saya. Mungkin lepas ni sepatutnya saya minta extra spicy.

Ayam-Ya Ramen

Set Spicy Tori-Paitan Shoyu Ramen

Jangan salah sangka, kerana keseluruhan ramen ini masih sedap dan unik cuma ianya tak cukup pedas. Saya memang suka rasa kuah ramen Ayam-Ya yang tak pernah saya rasa sebelum ini.

Ayam-Ya Ramen

Kuah versi spicy lebih merah

Sebenarnya, walaupun ramen ni adalah makanan terkenal berasal dari Jepun, tapi bukan semua orang akan menyukainya. Ianya sangat subjektif dan mengikut citarasa seseorang. Kalau ikutkan tekak melayu saya ni, rasa macam nak letak cili padi potong kat dalam ramen ni. Tapi mungkin ianya akan “membunuh” rasa sebenar ramen ini. Tapi yang penting saya dah rasa ramen Halal Jepun.

Jadi kalau nak tahu macam mana rasa sebenar ramen Jepun, sekarang dah tahu nak cari kat mana.

 12,537 total views,  2 views today

Advertisements
               

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

7 CommentsLeave a comment

  • Saya pernah makan di Ayam-Ya di kedua-dua cawangan di Kyoto dan KLIA2 dan bagi pendapat saya dan keluarga, rasanya tidak sama dengan cawangan di Kyoto. DI Kyoto, ramen noodle nya lebih springy, kuah yang pekat dengan perisa ayam beserta soft-boiled egg dan kesimpulannya lebih sedap berbanding dengan cawangan KLIA2. Spicy ramen with extra chilli di cawangan Kyoto juga lebih pedas dari spicy ramen di KLIA2. Menu ramen juga lebih extensive (shio / shoyu toripaitan, extra spicy, extra rich, sukemen etc). Mungkin selepas ini penulis boleh cuba Ayam-Ya di Kyoto jika dapat ke sana di masa hadapan.

  • Pernah makan di Ayam-ya Kyoto. Order ramen extra spicy..memang betul2 spicy..Belum pernah cuba yang di KLIA2. Harap2 rasanya sama macam yg di Jepun 🙂

  • Saya cari di sunway velocity..dah tutup jugak.

    Pada saya ramen dia memang sedap samada di kyoto ataupun cawangan di tokyo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.