Bukan orang kurus dan slim saja boleh bergaya. Orang yang berbadan besar dan comel pun sekarang ni dah boleh bergaya. Semasa saya jalan-jalan di Johor Bahru minggu lalu, saya sempat singgah di butik Republic Of Big ataupun ROB. Kat sini dorang menawarkan baju-baju yang bersaiz dari S hinggalah kepada XXXXXXL. Ha, kiralah ada berapa X tu. Teruskan membaca review saya mengenai ROB.

Republic Of Big (ROB)

Butik Republic Of Big (ROB) di Johor Bahru

Republic Of Big (ROB)

Republic Of Big (ROB)

Butik ROB ni terletak di tengah-tengah bandar JB dan senang je nak cari. Lokasinya adalah berhampiran dengan Plaza Angsana, Kedai Makan Upin & Ipin JB dan Jakel. Ha, mesti ramai dah pernah sampai area ni kan? First time saya sampai di kawasan ni nampak kawasan ni dah sangat membangun. Banyak betul butik baju dan tudung kat sini.

Kalau nak tahu ROB ni dimiliki oleh pelawak terkenal iaitu Angah Raja Lawak. Di butik ROB ni ada banyak design dan semuanya mengikut trend terkini. ROB bukan saja ada menjual Tshirt, malahan juga turut menjual kemeja dan juga seluar jeans. Apa yang saya suka mengenai ROB adalah pada kualiti kain dan cetakannya. Kain yang digunakan adalah dari kain berkualiti dan sedap dipakai. Kualiti cetakkan pada bajunya juga nampak “mahal” dan tak malu kalau pakai. Dari pilihan dwi-warna hinggalah kepada yang warna kilat-kilat.

Republic Of Big (ROB)

Pilihan baju-baju ROB

Republic Of Big (ROB)

Segment untuk perempuan pun ada

Republic Of Big (ROB)

Labeling yang cantik oleh ROB

Semua baju ROB dipakejkan dengan label yang cantik dan kemas. Seluar Jeans nya pula ada dari saiz 34 hingga saiz paling besar iaitu 60. Orang berbadan besar memang takde alasan lagi untuk tak memakai Jeans. Dengan kualiti seperti ni, ROB masih menjual dengan harga yang minimum dan mampu milik. Purata harga baju di butik ROB adalah sekitar RM59.90 dan ianya boleh dianggap murah untuk baju bersaiz besar.

Baju untuk orang kurus pun ada dijual di sini kerana ROB sentiasa memenuhi permintaan pembeli. Contohya saya beli baju saiz XXL dan Zarith pula beli baju saiz M. (Alamak, bocor rahsia saiz baju)

Republic Of Big (ROB)

Baju ROB dipakai semasa ke Singapore

Republic Of Big (ROB)

Salah satu top design ROB

Republic Of Big (ROB)

Baju Polo, Tshirt dan juga Kemeja ROB

Beberapa minit saja berada di butik ROB seperti berada di rumah sendiri. Ini adalah kerana layanan mesra kakitangan ROB menyambut dan melayan kerenah saya. Semua kakitangan ROB pun sangat baik dan mesra pelanggan. Sesi bergambar dikaunter ROB adalah sesi wajib selepas selesai setiap pembelian. Mereka akan uploadkan gambar kita di Instagram mereka sebagai tanda penghargaan.

Menurut cerita staff ROB, Angah memilih ikon beruang sebagai logo ROB adalah kerana kalau Angah menunggang Beruang adalah lebih kukuh dan stabil berbanding dengan menunggang Kuda. (Nampak tak punchline dia)

Republic Of Big (ROB)

Think Big ROB

Republic Of Big (ROB)

Pilihan Baju warna Hitam ROB

Republic Of Big (ROB)

Jeans juga ada

Republic Of Big (ROB)

Banyak pilihan baju ROB

Republic Of Big (ROB)

Saya dan Zarith selepas membeli mereka suruh ambil gambar untuk Instagram

Nak lagi BEST? Semua baju ROB ni setiap minggu digayakan oleh duta ROB iaitu Abam Bocey. Kalau sesiapa yang setiap minggu tengok Maharaja Lawak Mega di Astro tu pasti tertanya-tanya mana Abam dapat baju tu. Sudah semestinya di ROB. Kalau beli dah boleh sama macam Abam. Kalau sesiapa yang jauh dan tak berpeluang ke Johor, boleh juga beli baju-baju ROB secara online di http://www.rob.com.my. Dengar kata mereka baru saja mula beroperasi secara online tak sampai sebulan.

Saya juga dimaklumkan buat masa ni ROB hanya ada di Johor saja. Mungkin pada masa akan datang ROB akan dibuka dinegeri-negeri lain pula.

Republic Of Big (ROB)

Area pembayaran yang cantik can kemas

Republic Of Big (ROB)

Bergambar bersama staff ROB Outlet JB

Republic Of Big (ROB)

Gambar Panorama kedai ROB

Bagi sesiapa yang nak singgah ke butik ROB, ini adalah alamat mereka :

Republic Of Big JB Outlet

No7, Jalan Padi Emas 1/4,
Bandar Baru Uda 81200 Johor Bharu.
NoTel:07-2446797
http://www.rob.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/RepublicBig
Instagram : @republic_of_Big @rob.jb @angah_lawaking

p/s : Bilalah nak photoshoot dengan Angah ni?copyright

angah

21,035 total views, 9 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to Upin Ipin Store Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge