Lenggong adalah salah sebuah daerah di Perak yang sangat terkenal dengan ikan pekasamnya. Namun begitu, Lenggong juga amat terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap termasuklah hidangan istimewa ikan bakar. Bagi sesiapa yang pernah sampai ke Lenggong, pastikan tidak terlepas menjamu selera di Restoran Tasik Raban yang menghidangkan makanan lauk pauk yang sedap seperti ikan bakar lenggong.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Bagi warga Ipoh pula, sudah tidak perlu ke Lenggong lagi untuk melepaskan rindu kerana sekarang sudah ada Restoran Ikan Bakar Lenggong yang telah dibuka di Silibin. Saya dimaklumkan, pemilik restoran ini merupakan adik beradik kepada Restoran Tasik Raban dan oleh itu mereka masih mengekalkan resepi dan rasa yang sama. Lokasi Restoran Ikan Bakar Lenggong ini adalah bersebelahan dengan Kedai 1Malaysia.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Pelbagai menu masakan kampung

Saya sendiri amat meminati masakan orang Lenggong kerana semua makanannya sangat sedap dan cukup rasa. Dari gulai tempoyak, kuah lemak siput sedut, lampong sambal sehinggalah kepada daging masak kicap, semuanya sangat kena dengan selera saya. Boleh dikatakan semua menu di sini adalah berasaskan makanan kampung.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Tempoyak pun ada

Advertisements

Terdapat beberapa pilihan ikan bakar yang boleh dipilih seperti ikan keli, cencaru, pari dan lain-lain tetapi ikan bakar yang menjadi trademark di sini adalah ikan bakar talapia. Kesedapan ikan bakar di sini adalah pada perapan ikan bakarnya yang berempah dan sungguh sedap. Selain itu, pelengkap bagi ikan bakar di sini adalah kuahnya yang sungguh istimewa. Ianya bukanlah kuah air asam ataupun kuah kicap, tetapi ianya merupakan ramuan kuah sambal istimewa yang tidak ada di mana-mana.

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Pelbagai jenis masakan

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Ikan Keli Bakar pun ada

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Siput sedut pun sedap

Restoran Ikan Bakar Lenggong

Ikan Talapia Bakar

Pada kebiasaannya harga untuk seekor ikan bakar seperti ikan talapia adalah lebih mahal dari lauk yang lain. Oleh itu, mereka telah meletakkan harga pada setiap pinggan ikan bakar bagi membolehkan kita memilih ikan mana yang diingini dan bersesuaian dengan harga. Secara puratanya, seekor ikan talapia bakar akan mencecah RM15 – RM25 bergantung kepada saiz. Jadi, periksalah harga terlebih dahulu sebelum makan.

copyright

 8,453 total views,  1 views today

Advertisements
         

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

  • Mmg best masakan org lenggong. Sebab masakan Perak campur pattani. Air asam n masuk lauk mmg berbeza. Sedappppp

  • Salam. Saya baru singgah Restoran Tasik Raban di Lenggong bersama keluarga. Sangat puas hati dengan hidangan2 terutama ikan2 bakar dengan pelbagai jenis ikan sungai. Tempat parking luas dan ruang makan pun luas. Saya baru letak gambar2 yang diambil masa makan disini dalam blog saya di http://www.blogmakanbest.blogspot.com

    Senang2 tu jenguk2 la ye blog saya ni. Semua topik 100% tentang makan, makan dan makan hihi…tempat makan2 yang menarik di merata tempat terutama sekali di Johor tanah tumpah darah ku 🙂 Sila tinggal kn komen ye bila menyinggah tu dan kalu minat follow yer…terima kasih banyak2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.