Apabila NIKE mengumumkan bakal melancarkan NIKE PRO Hijab pada penghujung tahun lalu, pelbagai respon dan feedback dikongsi oleh ahli sukan dan mereka yang gemarkan aktiviti lasak. Walau bagaimanapun NIKE Malaysia memerlukan beberapa bulan sebelum produk muslimah itu dipasarkan di Malaysia. Akhirnya pada 15 Februari yang lalu, secara rasminya NIKE PRO Hijab telah mula dijual di semua cawangan NIKE seluruh Malaysia. NIKE PRO Hijab terus hangat diperkatakan dan menjadi di antara produk sukan yang dicari-cari pada minggu tersebut. Dengan harga jualan bernilai RM99 adakah NIKE PRO Hijab sesuatu yang anda perlukan? Adakah ianya berbaloi untuk wang anda?

Saya mendapatkan respon dari Triathlete dan Ironman finisher iaitu Hafiza Othman yang sudah menggunakan NIKE PRO Hijab di dalam aktiviti sukannya. Teruskan membaca sekiranya inginkan jawapannya.

nike pro hijab

Hafiza, menggayakan NIKE PRo Hijab

Design / Rekaan

Sekali pandang NIKE PRO Hijab mungkin agak berbeza dari hijab sukan yang lain. Ianya nampak sangat simple dan tak complicated. Ianya boleh terus dipakai tanpa memerlukan aksesori tambahan ataupun pin. Rekaannya dikemaskan dengan logo NIKE pada sebelah kiri hijab bagi memberikan rupa premium. Bahagian hadapannya direka bagi memenuhi lilit muka yang mungkin membuatkan sesetengah orang kelihatan nampak “bulat” sekiranya bentuk muka kurang sesuai.  Tapi jangan risau kerana terdapat 2 saiz yang boleh disesuaikan dengan bentuk muka iaitu saiz XS/S dan M/L.

Rekaanya keseluruhannya tidak labuh dan menutup sehingga pada bahagian bawah leher. Apabila dipakai ianya betul-betul kekal di kepala walaupun melakukan aktiviti lasak. Menurut Hafiza, mungkin ada diantara orang yang akan lebih selesa memakai inner sebelum memakai NIKE PRO Hijab. Namun begitu secara keseluruhannya NIKE PRO Hijab kelihatan sangat minimalist dan cantik.

nike pro hijab

Pandangan tepi dan sisi Nike Pro Hijab

nike pro hijab

Logo NIKE pada sisi kiri hijab

nike pro hijab

Nike Pro Hijab sangat ringan dan selesa dipakai ketika melakukan aktiviti sukan

Material

Salah satu kelebihan utama NIKE Pro Hijab adalah materialnya yang diperbuat dari material DRI-FIT yang diguna pada kebanyakan pakaian sukan NIKE.  Material yang sama kita akan dapat lihat pada pakaian running NIKE yang sudah sedia maklum tentang kesesuaian melakukan aktiviti lasak. DRI-FIT ini menjadikan NIKE Pro Hijab ini sangat ringan dan berupaya menyerap peluh. Jadi tiada kesan peluh yang terlekat pada hijab ketika bersukan kerana materialnya memberi ruang kepala untuk “bernafas”. Kelebihan ini juga memastikan warna hijab kekal walaupun sedang berpeluh.

Selain itu, pelbagai pergerakkan lasak sangat mudah dilakukan kerana materialnya yang ringan dan tidak mengganggu pergerakkan. Menurut NIKE, salah satu aspek penting NIKE Pro Hijab ini adalah materialnya yang lembut. Ini sangat penting kerana selain faktor ringan, kelembutan materialnya mampu memberikan rasa keselesaan yang optimum kepada pemakai.

nike pro hijab

Menggunakan material DRI-FIT

nike pro hijab

Ringan dan Selesa

Kesimpulan NIKE PRO Hijab

NIKE PRO Hijab telah diinspirasikan untuk atlet sukan. Dengan material yang sangat selesa dan ringan, ianya bakal menjadi salah satu pilihan bagi muslimah yang suka bersukan dan melakukan aktiviti lasak. Tiada kompromi dari segi materialnya kerana menggunakan teknologi DRI-FIT. Hafiza sendiri berpendapat materialnya adalah diantara hijab yang selesa dipakai.

Walau bagaimanapun rekaannya adalah bukan untuk semua. Bagi mereka yang tak pernah memakai hijab sukan yang mengikut bentuk lilit muka mungkin akan rasa pelik pada peringkat awal. Oleh sebab itu, disarankan untuk mencuba sebelum terus membeli NIKE PRO Hijab ini kerana bimbang anda tak selesa dengan penampilan sendiri. Dengan tanda harga bernilai RM99 saya rasa ianya adalah sesuai bagi mereka yang betul-betul serius dengan aktiviti sukan. Bagi mereka yang gemar memakai hijab pelbagai warna untuk dipadankan dengan pakaian sukan mungkin agak kecewa kerana ianya hanya didatangkan dengan warna hitam.

Nike Pro Hijab

Sesuai bagi mereka yang serius dan aktif bersukan

Terima kasih kepada Hafiza Othman kerana sudi berkongsi pengalaman menggunakan NIKE PRO Hijab dengan pembaca blog MohdZarin.com.

Hafiza Othman Instagram : http://instagram.com/hafizaothman

1,529 total views, 6 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.