Bagi yang setia membaca blog saya pasti sudah tahu yang saya adalah salah seorang peminat pakaian jenama Republic Of Big. Kalau dulu saya terpaksa ke butik ROB di Johor Bahru ataupun membeli secara online, tapi dengarnya Angah akan membuat cawangan terbaru di Lembah Klang tidak lama lagi. Berita ini dimaklumkan sendiri oleh Angah semasa majlis perasmian butik Republik Of Big di Johor Bahru baru-baru ini.

Republic Of Big

Republic Of Big di Bandar Baru Uda, JB

Republic Of Big

Angah menyambut ketibaan Datuk Seri Hasan Malek.

Walaupun butik ROB di Johor Bahru sudah lama beroperasi, tetapi ianya baru saja dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato Sri Hassan Malek.

Butik pakaian ROB memberi peluang kepada mereka yang bersaiz besar untuk bergaya dengan pakaian yang direka khas untuk mereka. Ini adalah kerana semua pakaian ROB menggunakan kain yang berkualiti tinggi dan tidak nipis. Kalau nak tahu, orang yang berbadan besar biasanya lebih selesa memakai pakaian yang tebal dan tidak kekat.

Advertisements
Republic Of Big

Ketika sesi perasmian

Republic Of Big

YB Dato Sri Hassan Malek melihat butik ROB

Republic Of Big

Masih sempat berjenaka

Republic Of Big

Doa kesyukuran

Tapi ROB bukan saja untuk orang yang berbadan besar kerana ada juga rekaan bagi mereka yang slim kerana pilihan saiz pakaian ROB adalah dari saiz S hingga ke XXXXXXL. Selain itu, salah satu faktor yang menyebabkan saya suka dengan pakaian ROB adalah pada harganya. Harganya bermula dari Rm29 hingga RM79 dan sangat berpatutan.

Saya sangat excited bila dengar Angah akan buka cawangan ROB di Lembah Klang. Dengar kata insyaAllah dua cawangan baru Republic Of Big yang bakal di buka adalah di Shah Alam dan Setia Alam sekitar bulan Oktober 2015 nanti. Memang sesuai betul kalau Angah buka cawangan di Shah Alam. Bukan saja dekat, tapi di Shah Alam ni dah dikenali sebagai pusat pakaian dan fashion. Saya pasti ianya akan dapat sambutan luar biasa nanti.

Republic Of Big

Bersama semua pegawai dan staff ROB

Jumpa di Shah Alam nanti~!

p/s : gambar adalah dari Facebook Republic Of Big

 

 4,055 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.