Bila bercakap mengenai Cheese Naan, nama Cheese Naan RSMY ataupun Restoran MY memang disebut-sebut dan dikatakan Cheese Naan Terbaik di Kuala Lumpur. Tiada kompromi lagi sebab dah ramai yang bercakap mengenai kesedapan Cheese Naan. Buat masa ni RSMY mempunyai 3 cawangan iaitu di Masjid India, Jalan Medan Tuanku dan Danau Kota yang mana alamat penuhnya akan dikongsi pada penghujung entri ini nanti.

Pada awalnya saya mengetahui mengenai RSMY Cheese Naan ni adalah melalui Instagram rasmi mereka. Tak sangka RSMY ni sangat aktif berinstagram dan sering repost gambar makanan yang diupload oleh pengunjung mereka. Tertarik dengan gambar-gambar dari Instagram, saya pun telah mencuba sendiri Cheese Naan yang sangat terkenal ni.

RSMY Cheese Naan

RSMY Cheese Naan

RSMY Cheese Naan

Lihatlah pada kejunya

Buat pertama kalinya, saya telah datang ke cawangan di Medan Tuanku. Nasib baik masa saya datang orang tak terlalu ramai, jadi Cheese Naan saya siap tak sampai 15 minit. First impression saya apabila melihat Cheese Naan yang dihidangkan dihadapan saya ni adalah ianya nampak seperti Naan yang biasa sahaja. Tiada “wow” dan saiznya tidaklah terlalu besar. Satu set Cheese Naan ni adalah berharga RM8.

Advertisements

Apabila saya mengasingkan potongan diantara Cheese Naan tu barulah saya nampak cheese yang mula melekat dan meleleh tu. Rasa “wow” tu baru hadir bila saya merasa sendiri cheese naan tersebut. Rasanya sangat sangat lembut dan berlemak dengan rasa cheese yang tebal tu. Saya dimaklumkan cheese yang mereka guna adalah cheese mozzarella.

RSMY Cheese Naan

Roti Naannya sangat lembut

RSMY Cheese Naan

Cheesenya yang melekat

Tiada rasa yang dapat digambarkan kerana saya tak pernah rasa cheese naan sesedap ini. Kalau di kedai makan yang biasa, cheesenya hanya diletak ikut syarat saja. Tapi kat sini, cheesenya adalah sebesar saiz roti naan tersebut. Tiada gigitan tanpa rasa cheese. Bergantung kepada citarasa masing-masing, walaupun sangat sedap tapi mungkin 1-2 slice rasa muak dah mula timbul. Masa saya makan Cheese Naan ni, saya turut dihidangkan bersama kuah pudina atau mint sauce. Secara jujurnya saya bukanlah pengemar rasa mint, jadi saya order kuah dhal sebagai penganti.

Rupanya kat sini, tiada istilah kuah extra yang diberi percuma. Saya diberi kuah dhal dalam mangkuk yang besar yang mana kalau tak salah saya ianya berharga RM1. Walaupun, terpaksa bayar untuk kuah dhal, tapi kuah dhalnya sangat sedap dan bukanlah kuah dhal kosong seperti di kedai mamak yang lain. Ianya sangat pekat dan mempunyai rasa yang mewah.

RSMY Cheese Naan

Kuah Pudina

RSMY Cheese Naan

Ayam Tandoori

Selain menikmati Cheese Naan begitu saja, kita juga boleh makan bersama Ayam Tandoori yang sememangnya merupakan pasangan ideal. Ayam Tandoori kat sini pun boleh tahan sedap dan sangat berbeza dengan kedai lain.

Bagi yang ingin dapat ke RSMY Cheese Naan ni, berikut adalah alamatnya :

RSMY Best Cheese Naan, Maju Junction
D-72A, Plaza Usahawan, Genting Klang, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.

RSMY House of Real Beriani
No. 11 & 13,  Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur

Restoran Selera MY
No. 16, Lorong Bonus 6, Off Jalan Masjid India, 51000 Kuala Lumpur.
03-2692 9700

Facebook : https://www.facebook.com/rsmy.seleramy
Instagram : https://instagram.com/officialrsmy

Apa yang Best

Cheese Naan yang sangat sedap dan lembut

Apa yang Kurang Best?

Harga yang sedikit mahal dan tiada kuah dhal percuma

 31,648 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.