Nampaknya tak lama lagi, peminat teater tanahair bakal menyaksikan sebuah teater yang seram tapi nampak kelakar. Teater Zombie LaLaLa yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 13 – 21 Februari 2016 merupakan terbitan CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Siti Saleha dan beberapa wajah baru di dalam bidang teater.
zombie_poster

Sinopsis

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?

Dapatkan tiket berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.

Video temuramah pelakon dan pengarah Teater Zombie LaLaLa: Sumber mynewshub.cc

1,161 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge