Bagi yang sedang mengambil makanan sihat seperti saya, pasti biasanya ada masalah nak mencari makanan ketika lunch hour lebih-lebih lagi dengan jadual harian kita yang padat. Baru-baru ni saya mencuba menu makanan sihat di NU Sentral iaitu Kurin. Saya tertarik dengan menu sihat Kurin dan mengetahui tentang Kurin melalui Instagram. Kat sini semua menunya berasaskan makanan jepun yang telah difusionkan kepada menu sihat dan yang penting sedap. Sebelum saya kongsikan apakah menu utama yang dijual kat sini, jom kita pusing-pusing dulu tengok cara nak order dan menu-menu sampingan lain yang dijual kat sini.

Restoran Kurin ni terletak di tingkat 5 dan berdekatan dengan GSC. Restoran Kurin ni biasanya akan penuh ketika waktu makan tengahari ketika hari bekerja. Jadi kalau nak datang, trylah datang weekend. Menu sampingan ataupun packed food kat sini pun boleh tahan menarik. Pilihan makanan seperti Grilled Salmon, Soba, Salmon Sandwich dan beberapa lagi menu lain merupakan pilihan ideal bagi mereka yang tak banyak masa nak makan tengahari dan inginkan sesuatu yang cepat dan mudah.

Kurin NU Sentral

Restoran Kurin di NU Sentral

Kurin NU Sentral

Diantara menu sampingan yang lain

Kurin NU Sentral

Grilled Salmon bersama Alfalfa dan Quinoa

Kurin NU Sentral

Salmon Sushi

Di kaunter pula, terdapat beberapa makanan sampingan lain seperti Granola oleh Amazin’Graze, Heal (Protein Drink) dan macam-macam lagi. Saya suka shopping Granola Amazin’Graze kat sini sebab ianya sangat sedap dan harganya lebih murah sekiranya dibandingkan dengan di supermarket bagi produk yang sama. Nanti saya akan buat full review tentang Granola Amazin’ Graze.

Advertisements
Kurin NU Sentral

Granola Amazin’Graze

Okay, masa untuk menu utama!. Kat sini ada 3 jenis pilihan utama iaitu Poke Bowl (Don), Pokeritto dan Salad. Poke Bowl ni adalah mangkuk yang diisi dengan nasi (Japanese rice/brown rice) dan toppingnya adalah pilihan protein samada Salmon, Tuna ataupun Ayam. Bagi ikan Salmon dan Tuna pula kita boleh pilih samada nak raw ataupun dimasak. Saya suka versi raw sebab rasanya lebih sedap dan segar. Bagi sesiapa yang tak boleh makan raw tu ambiklah versi “torched”. Terdapat 2 saiz yang boleh dipilih iaitu kecil atau besar. Bagi Pokeritto pula, ianya adalah wrap yang menggunakan Seaweed. Pokeritto ni tiada pilihan untuk brown rice sebab pilihan yang ada hanyalah Rice ataupun sayur.

Lepas tu kita bolehlah pilih perisa untuk sos pula. Favorite saya adalah Wasabi Mayo dan saya suka keep it simple dan taknak campur banyak-banyak sos sebab nak kekalkan rasa Salmon saya. Tapi kalau sesiapa nak tambah lebih dari 2 perisa pun boleh je.

Kurin NU Sentral

Cara membuat pesanan

Kurin NU Sentral

Pilihan 4 jenis sayur

Setelah menu diorder, pekerja kat sini akan masukkan apa yang kita dah order tadi dalam bowl atapun wrap seaweed bergantung kepada menu kita. Masa peringkat ni, kita boleh pilih 4 jenis sayur yang kita nak masukkan. Pilihan sayur kat sini adalah seperti Lettuce, Tomato, Capsicum, Seaweed, Edamame, Kobis dan beberapa lagi. Kalau boleh saya nak masukkan semua sayur-sayur ni sebab semuanya nampak sangat segar dan sedap. Saya cadangkan pilihlah sayur yang susah nak jumpa ataupun mahal seperti Seaweed dan Edamame.

Sebelum menu makanan ni siap, ada satu lagi pilihan yang harus dibuat iaitu pilihan untuk topping. Pilihan topping adalah seperti Walnut, Seaweed dan beberapa lagi pilihan yang saya tak ingat nama dia. Kat sini tak payah susah-susah nak pilih sebab kita boleh masukkan semuanya sekali.

Kurin NU Sentral

Ketika proses meletak sayuran

Kurin NU Sentral

Pokeritto ketika sedang dibalut

Jadi inilah rupanya Poke Bowl saya yang dah siap untuk dimakan. Bawahnya adalah brown rice dan set saya ni didatangkan bersama Miso Sup sebab ini adalah set besar. Rasanya sangat- sangat sedap lebih-lebih lagi ketika mengungah salmon yang segar. Saya memang peminat Salmon dan rasa begitu nikmat dapat menikmati isi salmon segar macam ni. Salmon lebih sedap bila dapat makan bersama-sama dengan brown rice serta sayur-sayurnya sekali. Walaupun menu ni nampak simple, tapi kombinasinya membuatkan rasanya sungguh complicated untuk diexplain. Poke Bowl besar ni berharga RM24 dan bagi saya sangat sesuai kerana harga setiap bahan-bahan yang digunakan di dalamnya sangat berkualiti dan mahal. Poke Bowl bersaiz besar ni memang sangat kenyang sebab brown rice dan portionnya yang besar. Saya makan waktu tengahari tapi sampai ke malam masih rasa kenyang lagi. Menu sihat seperti ni mengandungi 560++ kalori dan tinggi dengan protein.

Kurin NU Sentral

Poke Bowl (Don) Salmon bersama Miso Sup

Kurin NU Sentral

Nampak sedapkan?

Selain Salmon, saya juga pernah mencuba Poke Bowl (Don) berasaskan Grilled Chicken dan Salmon Skins sebagai extra Topping. Rasanya sangat sedap tapi tak boleh lawan Salmon.

Kurin NU Sentral

Poke Bowl (Don) bersama Grilled Chicken dan Salmon Skin

Kurin NU Sentral

Memang sedap!

Pilihan menu utama yang seterusnya adalah Pokeritto ataupun Seaweed Wrap. Ini pun salah satu favorite saya sebab wrap seaweed tu sendiri dah sedap dan memberikan rasa seakan-akan rasa Onigiri. Untuk Pokeritto saya ni, saya tak order bersama nasi jadi portion nasi saya digantikan dengan sayur. Sekali lagi saya memilih Salmon sebab bahan protein utama dan ianya tidak mengecewakan. Walaupun pada asalnya pilihan sayur dan salmon saya tadi sangat banyak, tapi pekerja kat sini berjaya compresskan kesemuanya di dalam wrap seaweed ni. Jadi bila saya makan, terasa semua bahan-bahan tadi tak kira bite yang ke berapa sekalipun.

Untuk menu Pokeritto saya ni juga saya dapat miso sup sebab ianya adalah set besar yang berharga RM24. Pokeritto ni secara keseluruhan sangat sedap dan cuma bila saya tak masukkan nasi sekali di dalam wrap ni, isinya akan terkeluar dari wrap bila lama-kelamaan nanti. Tapi menu ni still diantara favorite saya kat Kurin ni.

Kurin NU Sentral

Pokeritto Salmon bersama Miso Sup

Kurin NU Sentral

Semua isi telah dipadatkan

Jadi begitulah kesedapan menu sihat kat Kurin, NU Sentral ni. Memang sangat sesuai bagi mereka yang nak makan makanan sihat dan pentingkan kesihatan. Buat masa sekarang ni Kurin hanya terdapat di NU Sentral sahaja. Ini adalah alamat restoran Kurin.

Restoran Kurin
Nu Sentral
Lot 5.10, 201 Jalan Tun Sambathan
Brickfields
50470 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Telefon : +6012 419 0316
Email : contact@kurin.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/kurin.my
Instagram : https://www.instagram.com/kurin.my/

 8,254 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

18 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.