Samsung Galaxy Note 5 merupakan diantara smartphone bersaiz phablet yang paling terkenal di dunia. Dengan pelancaran Note 5 baru-baru ini, Samsung mula menjual Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia bermula 4 Sept 2015. Beberapa roadshow telah diaturkan oleh Samsung sehingga 9 Sept 2015 dan pelbagai tawaran menarik bagi pembeli terawal Samsung Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy Note 5 Malaysia

Samsung Galaxy Note 5 di Sunway Piramid

Samsung Galaxy Note 5

Begitu ramai peminat Samsung beratur untuk menjadi orang pertama yang membeli Note 5

Samsung Galaxy Note 5

Sempena dengan roadshow istimewa ini, Samsung menawarkan 50% diskaun bagi pembelian kedua bagi beberapa unit terawal. Jadi tak hairanlah ramai yang dah mula beratur awal-awal pagi lagi untuk merebut peluang keemasan ini.

  • Orange Concourse, Sunway Pyramid, Kuala Lumpur (100 Unit)  : 4th – 9th September 2015
  • Main Concourse, Gurney Plaza, Penang   (50 Unit)   : 4th – 6th September 2015
  • Level 3 Concourse, Sutera Mall, Johor Bahru  ( 50 Unit) : 4th – 6th September 2015
Samsung Galaxy Note 5

Galaxy Note 5

Samsung Galaxy Note 5

Design Galaxy Note 5 yang cantik dan elegen

Samsung Galaxy Note 5 dijual dengan harga RM2,699 (32 GB) dengan 4 pilihan warna. Selain itu, bagi pemilik Galaxy Note lama juga anda boleh trade in Note lama dengan harga-harga tertentu.

Apa yang menarik mengenai Note 5 adalah pennya yang telah dikemas kini dan fungsi kameranya yang sama seperti Galaxy S6.  Selain dari Note 5, Samsung juga memperkenalkan Galaxy S6 Edge + yang bersaiz lebih besar iaitu 5.7″ jika dibandingkan dengan S6 Edge dengan saiz skrin 5.1″. S6 Edge + dijual dengan harga RM3,099.

Samsung Galaxy Note 5

Fungsi S Pen yang dikemas kini dan lebih mudah digunakan

Samsung Galaxy Note 5

Samsung Galaxy S6 Edge + juga diperkenalkan

Review penuh dengan pengalaman sebenar mengenai Samsung Galaxy Note 5 akan dikongsikan pada masa akan datang selepas saya dapat mencubanya sendiri.

 

1,924 total views, 4 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge