Bila pertama kali saya mendapat jemputan pelancaran Sate Ikan apa yang saya terbayang dalam kepala adalah Sate Ikan macam kita makan time sekolah dulu. Bentuknya bulat-bulat diperbuat dari tepung dan rasa ikan. Memang sedap dicicah dengan sos keropok ketika tu. Tapi tu waktu dulu di mana sate ikan sangat murah dan mudah didapati. Sate Ikan kali ni lebih hebat kerana ianya diperbuat dari isi ikan tuna segar. Jom ikut saya menyaksikan kemeriahan di sebalik majlis pelancaran Sate Ikan di Satay Station sekali gus berkongsi tentang keunikan rasa Sate Ikan Tuna.

Sate Ikan Tuna Satay Station

Perasmian oleh YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek

Sate Ikan Tuna Satay Station

Satey Ikan Tuna merupakan menu terkini di Satay Station

Majlis pelancaran Sate Ikan Tuna ni telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek di cawnagan Satay Station di Ampang. Menurut YB, Sate Ikan Tuna ni merupakan salah satu inovasi terkini anak tempatan di dalam menghasilkan Sate Ikan yang berkualiti tinggi. Sate ini menggunakan 100% dari ikan tuna sirip kuning yang bukan saja lazat tetapi kaya dengan khasiat Omega 3. Selain tu juga, tuna sangat tinggi dengan vitamin dan rendah kalori berbanding dengan sate ayam dan daging. Sate Ikan Tuna memang sangat sesuai bagi mereka yang mementing kesihatan dan diet sihat.

Sate Ikan ini sudah mula dijual di semua cawangan Satay Station yang kini sudah mempunyai 11 cawangan di seluruh Malaysia. Bagi penggemar sate seperti saya, pasti dah tahu bagaimana Satay Station memastikan kualiti setiap sate mereka. Saya sendiri gemar makan sate daging kat sini sebab mereka menggunakan daging tenderloin yang sedap dan lembut. Oleh sebab itulah sate di Satay Station semuanya sedap walaupun harganya sedikit mahal.

Sate Ikan Tuna Satay Station

Diantara tetamu yang hadir ketika majlis pelancaran tersebut

Sate Ikan Tuna Satay Station

Sate Ikan Tuna yang belum dibakar lagi

Sate Ikan Tuna Satay Station

Ketika sate ikan dibakar

Sate Ikan Tuna ni secara luarannya kelihatan seperti sate ayam dengan isinya yang berwarna putih dan nampak padat. Sate Ikan yang belum dibakar juga kelihatan seperti isi ayam dan isinya memang banyak. Tempoh membakar sate ikan ini hampir sama dengan sate ayam dan daging tetapi ianya harus dijaga lebih rapi bagi mengelakkan isinya terbakar. Kalau dah terbakar maka kuranglah zat ikan tuna kita tu.

Okay, sekarang masa untuk kita makan. Sate Ikan Tuna ni  memang betul-betul mempunyai rasa yang unik dan berbeza dengan sate yang lain. Ianya sangat padat dan mempunyai rasa seakan-akan isi ayam namun pada penghujung rasanya ianya meninggalkan rasa ikan. Isinya bersirat dengan isi ikan dan mempunyai rasa juicy ikan. Ianya tidak mempunyai rasa hanyir, malahan rasa sungguh segar dengan rasa Tuna. Sate Ikan ni sebenarnya dah cukup rasa bila makan begitu saja, tapi rasa macam tak sah kalau tak cicah kuah kacangnya yang pekat dan sedap. Berbeza dengan sate ayam atau daging, bila kita makan Sate Ikan Tuna ni bagi pendapat saya susah nak kenyang.

Sate Ikan Tuna Satay Station

Rupa sate ikan tuna yang telah dihidangkan

Sate Ikan Tuna Satay Station

Sate ikan tuna yang juicy

Sate Ikan Tuna Satay Station

Rupa di dalam sate ikan tuna

Begitulah serba sedikit tentang rasa Sate Ikan Tuna di Satay Station. Secucuk Sate Ikan ini dijual dengan harga RM2.80. Seperti yang saya maklumkan tadi, walaupun harganya sedikit mahal tetapi isi ikan tuna sendiri memang mahal kerana khasiatnya yang banyak. Yang pasti anda takkan menyesal bila dapat mencuba sendiri Sate Ikan Tuna yang takde ditempat lain.

Baca mengenai : Sate Willy Shah Alam

1,327 total views, 2 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge