Kepada sesiapa yang aktif join aktiviti fitness mesti tahu tentang acara yang dianjurkan oleh SCORE seperti SCORE Run dan banyak lagi. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman sendiri ketika saya menyertai acara SCORE FitMob Festival 2017 yang diadakan di KWC Starxpo Centre. FitMob Festival ni bukanlah seperti acara run tetapi ianya berkonsepkan aktiviti marathon fitness dance seperti Zumba, U-Jam dan banyak lagi. Bayangkanlah dari petang hingga ke malam event ni penuh dengan aktiviti fitness dance yang diketuai oleh instructor hebat-hebat dari luar dan dalam negara. Terdapat 3 jenis aktiviti utama iaitu Zumba selama 90 minit tanpa henti, U-Jam dan K-Pop Fitness. Sebelum 3 aktiviti ni bermula, sebenarnya pada sesi petangnya ada aktiviti lain seperti Les’ Mills turut diadakan.
Saya sendiri sebenarnya pertama kali join aktiviti Fitness sebesar ini. Tu pun sebab saya join kawan-kawan dari Lola Fitness Studio dan alang-alang saya dah jadi macam team dorang sekali. Lola Fitness Studio adalah sebuah studio fitness di Kota Damansara yang menawarkan workout Jazzercise. Jadi untuk menari dan berZumba ni dorang semua takde masalah.
Pada jam 7pm saya dah sampai kat sini untuk berkumpul bersama team Lola dan mengambil tag masuk. Lokasi eventnya adalah ditingkat atas sekali di Kenanga Mall yang mana sangat mudah untuk dicari. Ruang parking di tingkat atas dijadikan sebagai kaunter pendaftaran dan kaunter jualan merchandise baju dan alatan sukan SCORE. Cantik sangat baju dorang ni belum apa-apa lagi saya dah shopping kat sini. Saya memang ada beberapa koleksi pakaian sukan SCORE sebab designnya cantik dan kainnya selesa ketika workout.
Walaupun event dibuat di dalam kawasan tertutup tapi keseluruhan kawasannya adalah luas dan besar. Ianya seperti sebuah gudang yang besar ditingkat paling atas bangunan Kenanga Mall. Sound system kat event ni memang sangat hebat sehingga saya rasa sedang menonton wayang. Pentasnya pula sangat besar dan dilengkapi dengan LED Screen. Jadi masa menari kalau tak nampak instructor bolehlah tengok skrin. Lebih kurang jam 8malam barulah acara bermula dengan persembahan oleh cheerleader sebagai gimik pelancaran oleh penaja. Sebaik sahaja selesai pelancaran, aktiviti bersama Zumba terus dimulakan.
Dengan sound system yang kuat, dengar je lagu Zumba ni memang automatik rasa nak menari sekali. Memang perasaan semangat nak menari tu tiba-tiba datang. Bagi sesiapa yang dah biasa berzumba mesti sangat enjoy dengan session ni sebab persembahannya adalah 90 minit tanpa henti. Peluh memang mencurah-curah masa ni sebab menari tiada rehat. Saya taktau berapa lagu yang dimainkan, tapi semuanya sangat best. Tak sangka ZIN Zumba haritu ada yang dari Japan, China, England, Columbia dan Canada. Patutlah dorang menari dengan semangat dan bertenaga.
Saya tak pernah berZumba jadi saya ada masalah sikit nak faham step sebab kebanyakkannya lagunya sangat laju dan stepnya sentiasa bertukar. Tapi oleh kerana ni first time, jadi saya enjoy je. Tapi saya tengok orang-orang lain yang dah biasa semuanya okay je. Last-last saya ikut orang depan saya menari lebih mudah dari ikut orang atas pentas sebab saya keliru dengan kiri dan kanan.
Session ke 2 adalah bersama U-Jam Fitness. Berbeza dengan Zumba, sesi U-Jam ni hanya lebih kurang 3o minit. Walaupun sekejap tapi saya lebih suka dengan U-Jam ni sebab kebanyakkan stepnya adalah lebih besar dan seakan-akan bersenam. Stepnya juga berulang-ulang pada beberapa bahagian yang membuatkan saya mudah nak ikut. Apa yang saya suka dengan U-Jam ni, walaupun nampak macam menari, tapi beberapa pose bersenam seperti squats dan sebagainya diserapkan di dalam stepnya.
Seterusnya adalah session untuk Kpop Fitness. Seperti namanya, kesemua lagu di dalam session ni adalah lagu Kpop yang rancak. Memang seronok nak ikut step ni sebab kebanyakkan lagu Kpop nya adalah lagu yang latest dan sedap. Bayangkan dorang pasang lagu Sorry Sorry – Super Junior, mahu tak menari sekali. Masa menari ni dah terasa macam group Super Junior pun ada.
Terima kasih kepada team Lola Fitness Studio sebab ajak saya sekali join SCORE FitMob Festival ni. Selain event ni enjoy sangat dapat pula keluarkan peluh. Selain tu, event ni diuruskan dengan baik oleh pihak penganjur dan saya rasa perjalanan event ni berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah! Tahun depan saya akan join lagi.
Kalau nak tahu event lepas ni anjuran SCORE bolehlah layari website dan laman media sosial mereka.
Website : http://www.score.my/
Facebook : https://www.facebook.com/scorexp
Instagram : https://www.instagram.com/scorexp/
4,513 total views, 1 views today
Patut lah Mohd Zarin makin kurus dan sihat sekarang ni hehehe join aktiviti macam ni rupanya ok kita suka tengok video yang dihasilkan hehehehe..
Mahamahu recently posted…Mengenali Ciri-ciri Coklat Kelas Dunia Dengan Whittaker’s Dari New Zealand
Best kalau dapat join dari awal. Ruby datang dah malam. Hahahaha. Next year nak join. Hehehe
Ruby recently posted…Korean Film Festival 2017 26 – 28 Oktober 2017 (KFF17)
Lama tak bersenam ni, sebab br 4 bulan czer. Lagi 6 bulan nak berfitness jugak ni. Badan dah mengembang semacam je 🙁
linda recently posted…3 Tahap Kepedasan Cili Tuna Ayam Brand™ Kini Lebih ‘Hangat’ Padan Dengan Setiap Citarasa
Suka zumba…menari…kalau dah start memang basah lencun kan…bagus aktiviti macam ni di teruskan untuk kesihatan…pssttt SA pun zumba dalam bilik malam2 follow video youtube..
Hahaha hanis pun pernah berzumba dulu…penat tapi seronok sebab bersenam dalam menarikan dengan lagu lagi. Bersemangat sungguh masa tu keluarkan peluh hahaha habis je program terlepak isk isk isk hahaha
The event looks fun. Everyone seems to enjoy themselves so much.
Teringin sungguh nak join aktiviti mcm ni, tapi apakan daya kesihatan tak mengizinkan. Nak sihat..kalau join bertambah tambah pulak tak sihat…huhuhu.
Hanny Abdullah recently posted…Filem Seram Haunted Hotel Berdasarkan Kisah Benar Hotel Paling Seram Di Malaysia
Tak pernah cuba fitness macam ni. Rasa macam tak boleh je nak ikut step. Sebab malu agaknya kot! Nak ikut macam kak SA lah, zumba dalam bilik! Hiks
Saya suka join zumba..tp sejak ada baby ni ssh skit nk join…baby asyik nk berkepit ngn mama dia ja
Alia recently posted…Edible Balcony Garden
Kalau jarang zumba esknya mesti bdn2 sakit2. 😂 kena join aktiviti mcm ni selalu kan
Menariknya event ni. Teringin sangat nak join. Jarang event macam ni selalu ada
Zumba…sis pun xpandai nk berzuma, kekok sikit nk ikut rentak mereka yf rancak tp seronok juga keluarkan peluh
very happening event. nice to workout together
Zarin, Wonderful article. Glad you enjoyed the sessions. Thank you for supporting Score FitMob.