Kepada sesiapa yang aktif join aktiviti fitness mesti tahu tentang acara yang dianjurkan oleh SCORE seperti SCORE Run dan banyak lagi. Kali ni saya nak kongsikan pengalaman sendiri ketika saya menyertai acara SCORE FitMob Festival 2017 yang diadakan di KWC Starxpo Centre. FitMob Festival ni bukanlah seperti acara run tetapi ianya berkonsepkan aktiviti marathon fitness dance seperti Zumba, U-Jam dan banyak lagi. Bayangkanlah dari petang hingga ke malam event ni penuh dengan aktiviti fitness dance yang diketuai oleh instructor hebat-hebat dari luar dan dalam negara. Terdapat 3 jenis aktiviti utama  iaitu Zumba selama 90 minit tanpa henti, U-Jam dan K-Pop Fitness. Sebelum 3 aktiviti ni bermula, sebenarnya pada sesi petangnya ada aktiviti lain seperti Les’ Mills turut diadakan.

Saya sendiri sebenarnya pertama kali join aktiviti Fitness sebesar ini. Tu pun sebab saya join kawan-kawan dari Lola Fitness Studio dan alang-alang saya dah jadi macam team dorang sekali. Lola Fitness Studio adalah sebuah studio fitness di Kota Damansara yang menawarkan workout Jazzercise. Jadi untuk menari dan berZumba ni dorang semua takde masalah.

SCORE FitMob Festival 2017

Saya bersama team Lola Fitness Studio

Pada jam 7pm saya dah sampai kat sini untuk berkumpul bersama team Lola dan mengambil tag masuk. Lokasi eventnya adalah ditingkat atas sekali di Kenanga  Mall yang mana sangat mudah untuk dicari. Ruang parking di tingkat atas dijadikan sebagai kaunter pendaftaran dan kaunter jualan merchandise baju dan alatan sukan SCORE. Cantik sangat baju dorang ni belum apa-apa lagi saya dah shopping kat sini. Saya memang ada beberapa koleksi pakaian sukan SCORE sebab designnya cantik dan kainnya selesa ketika workout.

Advertisements
SCORE FitMob Festival 2017

Antara design terkini baju SCORE

SCORE FitMob Festival 2017

Stage yang besar dan cantik

Walaupun event dibuat di dalam kawasan tertutup tapi keseluruhan kawasannya adalah luas dan besar. Ianya seperti sebuah gudang yang besar ditingkat paling atas bangunan Kenanga Mall. Sound system kat event ni memang sangat hebat sehingga saya rasa sedang menonton wayang. Pentasnya pula sangat besar dan dilengkapi dengan LED Screen. Jadi masa menari kalau tak nampak instructor bolehlah tengok skrin. Lebih kurang jam 8malam barulah acara bermula dengan persembahan oleh cheerleader sebagai gimik pelancaran oleh penaja. Sebaik sahaja selesai pelancaran, aktiviti bersama Zumba terus dimulakan.

SCORE FitMob Festival 2017

Cheerleader sebagai persembahan pembukaan

SCORE FitMob Festival 2017

Zumba

Dengan sound system yang kuat, dengar je lagu Zumba ni memang automatik rasa nak menari sekali. Memang perasaan semangat nak menari tu tiba-tiba datang. Bagi sesiapa yang dah biasa berzumba mesti sangat enjoy dengan session ni sebab persembahannya adalah 90 minit tanpa henti. Peluh memang mencurah-curah masa ni sebab menari tiada rehat. Saya taktau berapa lagu yang dimainkan, tapi semuanya sangat best. Tak sangka ZIN Zumba haritu ada yang dari Japan, China, England, Columbia dan Canada. Patutlah dorang menari dengan semangat dan bertenaga.

Saya tak pernah berZumba jadi saya ada masalah sikit nak faham step sebab kebanyakkannya lagunya sangat laju dan stepnya sentiasa bertukar. Tapi oleh kerana ni first time, jadi saya enjoy je. Tapi saya tengok orang-orang lain yang dah biasa semuanya okay je. Last-last saya ikut orang depan saya menari lebih mudah dari ikut orang atas pentas sebab saya keliru dengan kiri dan kanan.

SCORE FitMob Festival 2017

Liza dari team Lola Fitness Studio

SCORE FitMob Festival 2017

Hebat akak ni menari

Session ke 2 adalah bersama U-Jam Fitness. Berbeza dengan Zumba, sesi U-Jam ni hanya lebih kurang 3o minit. Walaupun sekejap tapi saya lebih suka dengan U-Jam ni sebab kebanyakkan stepnya adalah lebih besar dan seakan-akan bersenam. Stepnya juga berulang-ulang pada beberapa bahagian yang membuatkan saya mudah nak ikut. Apa yang saya suka dengan U-Jam ni, walaupun nampak macam menari, tapi beberapa pose bersenam seperti squats dan sebagainya diserapkan di dalam stepnya.

SCORE FitMob Festival 2017

Session U-Jam

SCORE FitMob Festival 2017

Menari dan nampak cool

SCORE FitMob Festival 2017

Suasana di dalam dewan

SCORE FitMob Festival 2017

Pertama kali join event ni

SCORE FitMob Festival 2017

Kawan-kawan dari team Lola Fitness Studio

Seterusnya adalah session untuk Kpop Fitness. Seperti namanya, kesemua lagu di dalam session ni adalah lagu Kpop yang rancak. Memang seronok nak ikut step ni sebab kebanyakkan lagu Kpop nya adalah lagu yang latest dan sedap. Bayangkan dorang pasang lagu Sorry Sorry – Super Junior, mahu tak menari sekali. Masa menari ni dah terasa macam group Super Junior pun ada.

SCORE FitMob Festival 2017

Kpop Fitness

SCORE FitMob Festival 2017

Best menari ala-ala Kpop

Terima kasih kepada team Lola Fitness Studio sebab ajak saya sekali join SCORE FitMob Festival ni. Selain event ni enjoy sangat dapat pula keluarkan peluh. Selain tu, event ni diuruskan dengan baik oleh pihak penganjur dan saya rasa perjalanan event ni berjalan dengan lancar dan meriah. Tahniah! Tahun depan saya akan join lagi.

Kalau nak tahu event lepas ni anjuran SCORE bolehlah layari website dan laman media sosial mereka.

Website : http://www.score.my/
Facebook : https://www.facebook.com/scorexp
Instagram : https://www.instagram.com/scorexp/

 

 4,513 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

14 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.