Walaupun ada beberapa bulan lagi untuk SCORE RUN Series 2018 akan bermula tetapi debaran menantikan detik flag off semakin terasa. Apa tah lagi SCORE RUN Series 2018 kali ini menawarkan sepasang medal yang cantik yang merupakan versi gabungan dari larian edisi Malam dan Siang. Baru-baru ni SCORE telah mengadakan acara bersama media bagi mengumumkan beberapa informasi penting diantaranya adalah pelantikan Duta ataupun Ambassador bagi SCORE RUN Series 2018. Acara ini telah berlangsung di Runners Cafe di Bukit Jalil. Sebelum kita berkenalan dengan ambassador SCORE RUN Series ni jom kita tengok apa yang menarik di Runners Cafe.

Runners Cafe

Pertama kali saya masuk ke dalam Runners Cafe saya dah boleh nampak banyak dekorasi dalam yang berunsurkan running. Medal dan piala running dijadikan sebagai sebahagian dari elemen penarik disetiap sudut cafe. Medal yang digantung kat sini pun bukan calang-calang tau. Kebanyakkannya adalah dari acara larian terkenal tempatan dan luar negara. Dari medal fun run sehinggalah kepada medal Ultra Run serta Trail Run. Kagum saya tengok medal-medal larian sebanyak ni. Saya dimaklumkan pemilik cafe ni adalah seorang runner yang gemar mengumpul medal larian dan menjadikan cafenya sebagai tempat untuk runner bersantai sambil bertukar-tukar cerita.

SCORE RUN SERIES 2018

Runners Cafe

SCORE RUN SERIES 2018

Diantara medal di Runners Cafe

SCORE RUN SERIES 2018

Baju larian juga dipamerkan di sini

SCORE RUN SERIES 2018

Suasana di Runners Cafe

SCORE RUN SERIES 2018

James, Strategic Director SCORE

SCORE RUN SERIES 2018 Brand Ambassador

Pada malam tersebut bos besar SCORE iaitu Patricia Tan (CEO) dan James Tan (Strategic Director) sendiri  mengumumkan barisan duta-duta bagi SCORE RUN Series 2018. Walaupun nama-nama duta ini telahpun diumumkan di rangkaian media sosial SCORE Run sebelum ini, tetapi acara tersebut merupakan acara pengumuman rasmi dan seterusnya mengumpulkan kesemua barisan duta-duta hebat dalam dunia larian.

Advertisements

Terdapat 13 orang duta bagi acara kali ini dan bagi saya ini adalah barisan duta larian teramai yang pernah saya lihat dalam satu-satu acara larian. Kesemuanya merupakan otai dan master dalam bidang larian dan mereka semua merupakan yang terbaik diantara yang terbaik. Ada diantara mereka adalah Ultra Runners, Marathoner, Ironman dan kebanyakkannya pernah memenangi acara larian peringkat antarabangsa.

SCORE RUN SERIES 2018

Patricia, CEO SCORE

SCORE RUN SERIES 2018

Al Rumie, salah seorang ambassador

SCORE RUN SERIES 2018

Hafiza, atlet sukan dan Ironman Malaysia juga dilantik sebagai ambassador

SCORE RUN SERIES 2018

Nadzrye Aziz, diantara 13 ambassador yang dilantik

SCORE RUN Series 2018 Brand Ambassador

Airulmi Mokhtar
Tahira Najmunisaa M. Zaid
Hafiza Othman
Nadzrye Aziz
Faiz Matfo
Azrizal Hussin
Kartini Ahmad Kamal
Aizat Yanan
Allison Yee
Jean Chia
Shah Feroz
Azrul Hussin

SCORE RUN SERIES 2018

Faiz Matfo, atlet sukan dan fitness

SCORE RUN SERIES 2018

Aizat Yanan, pelari Diva yang terkenal dengan headgear

Azrizal Hussin aka Deoruner merupakan senior di dalam bidang larian

Ada diantara duta-duta yang diumumkan ini merupakan idola saya yang mana saya sering ikuti perkembangan mereka di media sosial. Berpeluang berjumpa mereka secara live sememangnya peluang keemasan yang jarang-jarang saya dapat. Walaupun tak sempat nak berborak dan berkongsi tip larian dan sebagainya tetapi melihat mereka menjadi duta SCORE RUN Series 2018 sangat-sangat menjadi inspirasi buat saya. Menjadikan seseorang sebagai sumber rujukan ataupun inspirasi sangat penting bagi meningkatkan minat dalam aktiviti larian.

Selain itu SCORE juga mengumumkan yang mereka akan melancarkan SCORE RUN CLUB sekitar bulan April nanti bagi memberi peluang kepada mereka yang minat belajar cara untuk berlari dengan betul serta menganjurkan aktiviti bersama-sama.

SCORE RUN SERIES 2018

Bersama kesemua duta SCORE RUN SERIES 2018

SCORE RUN SERIES 2018

Terima kasih kepada Al Rumie kerana memberi inspirasi di dalam bidang larian dan fitness.

Jadi jom kita join SCORE RUN SERIES 2018 ni apa kata jom kita daftar secara online di http://www.heyjom.com/  .

 5,114 total views,  1 views today

Advertisements
   

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

21 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.