Walaupun baru masuk bulan Jan pada tahun 2018 tapi saya pasti kebanyakkan runner dah mula beraksi semula dengan mendaftar acara larian kegemaran masing-masing. Saya sendiri dah daftar beberapa acara larian sebab takut penuh dan tak sempat nak masuk. Dalam banyak-banyak larian pada tahun ni, salah satu acara larian yang pasti saya takkan lepaskan adalah SCORE Run Series 2018. Popular dengan tagline CONQUER THE CITY, Score Run pada tahun ni diadakan dalam 2 versi sekali gus iaitu versi malam dan siang. Saya teruja sangat nak join SCORE Run pada tahun ni sebab tahun lepas saya tak sempat masuk dan pada tahun ni nampaknya penganjuran lebih besar diadakan.

SCORE RUN SERIES 2018 SCORE RUN SERIES 2018 NIGHT EDITION

SCORE RUN SERIES 2018 Night Edition ataupun edisi malam ni bakal diadakan pada 5 Mei 2018 di Anjung Floria Putrajaya. Peserta boleh memilih untuk lari sejauh 5KM, 13KM ataupun 21KM. Larian malam ni bagi saya sangat fun sebab kurang rasa panas dan agak lambat untuk penat. Walau bagaimanapun, berlari waktu malam haruslah lebih berhati-hati kerana kekurangan cahaya. 

SCORE RUN SERIES 2018 SCORE RUN SERIES 2018

Yuran pendaftaran bagi SCORE RUN SERIES NIGHT EDITION ni adalah RM60 (5KM), RM75 (13KM) dan RM90(21KM). Setiap peserta akan menerima tshirt larian, running Bib dan bagi penyertaan 21KM akan menerima Finisher Tee. Bagi pengikut instagram saya, pasti dah tahu yang saya ni pengemar tshirt keluar SCORE yang bagi saya sangat selesa dipakai ketika berlari atau melakukan aktiviti sukan. Jadi tiada kompromi dari segi kualiti tshirt dan size baju yang bakal saya terima nanti selepas mendaftar SCORE RUN ni.

Buat masa ni saya merancang untuk mendaftar larian sejauh 21KM. Oleh kerana jauh lagi tarikh larian ni jadi sempatlah saya training dulu. Kepada pelari tegar dan jauh lebih hebat dari saya, anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 bagi tempat pertama, RM300 bagi tempat ke dua, RM200 bagi tempat ke tiga dan piala pada tempat ke 4 hingga 10. Saya dapat sampai sebelum cut off time pun dah okay.;)

SCORE RUN SERIES 2018 DAY EDITION

SCORE RUN SERIES 2018

SCORE RUN SERIES DAY EDITION DAY EDITION pula bakal diadakan pada 22 Julai 2018 di Dataran Merdeka iaitu selepas cuti hari raya. Ok sangat ni, Night Edition sebelum puasa; Day Edition pula pulak raya. Larian DAY EDITION masih menawarkan jarak larian yang sama iaitu 5KM, 13KM dan 21KM. Lokasi larian Dataran Merdeka ni betul-betul bersesuaian tema CONQUER THE CITY kerana ianya betul-betul diadakan ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Walaupun dah ada beberapa acara larian yang lain turut menganjurkan larian di Dataran Merdeka, tapi bagi pelari bandar tegar macam saya ni setiap acara larian tu memberikan pengalaman yang berbeza dan menarik. Tshirt Day Edition pula berwarna biru dan seragam bagi semua jarak larian. Manakala sama seperti Night Edition, Finisher Tee hanya diberikan kepada pelari 21KM yang berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa yang diberi.

SCORE RUN SERIES 2018 SCORE RUN SERIES 2018

Yuran pendaftaran bagi SCORE RUN SERIES DAY EDITION juga sama seperti Night Edition iaitu  RM60 (5KM), RM75 (13KM) dan RM90(21KM). Mungkin buat masa sekarang ni kita dah terfikir-fikir nak masuk yang Night atau Day Edition kan? Point yang saya nak sharekan selepas ni pasti membuatkan anda semua nak masuk kedua-duanya sekali. Ianya adalah kerana medal yang bakal diterima bagi Night dan Day Edition adalah sepasang dan boleh digabungkan menjadi satu. Medal istimewa yang dipanggil Interlocking Medal ni memang menjadi salah satu pendorong dan sebab utama untuk saya join kedua-dua versi SCORE RUN SERIES 2018

SCORE RUN SERIES 2018

Jadi kepada pembaca blog saya yang dah tak sabar nak join SCORE RUN SERIES 2018 ni apa kata jom kita daftar secara online di http://www.heyjom.com/  . Kalau delay-delay nanti takut lupa dan takut terlepas tarikh akhir pendaftaran. Kalau tiada masalah saya pun akan join SCORE RUN SERIES 2018 ni bagi kedua-dua edition dan macam biasa saya akan lari sambil bawa kamera untuk cuba capture moments menarik ketika acara larian ni.

Kalau nampak saya masa lari nanti jangan lupa tegur okay~

1,901 total views, 8 views today

      

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.