Assalamualaikum semua. Terus-terang saya ni jenis yang malas dan kurang rajin nak join seminar. Bukannya malas sangat, sebab saya lebih suka habiskan masa di depan komputer ataupun berjalan-jalan ambil gambar. Tapi seminar kali ni saya dah lama sangat nak join bukannya sebab perkataan “Buit Duit” tu, tapi lebih kepada ingin membuka pandangan baru terhadap blog dan nak tahu macam-mana orang lain boleh buat duit dengan blog.

Lagipun dapatlah berkenalan dengan rakan-rakan blogger yang lain dan bertukar-tukar pendapat.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Diantara awards yang pernah diterima oleh DenaiHati

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog” ni merupakan anjuran bersama oleh DenaiHati dan beberapa rakan penaja yang lain seperti Karangkraf, Jopana, Yeos dan banyak lagi. Hampir seharian di sini sememangnya telah membuka persepsi saya terhadap dunia blog. Memang tak sangka rupanya ada blogger yang mampu menjana bukan ratus ringgit, bukan ribuan ringgit, tetapi lebih puluhan ribu ringgit dalam tempoh sebulan. Sudah tentu, ianya bukanlah kerja mudah dan sekejap tetapi yang pasti ianya mampu dilakukan oleh sesiapa saja asalkan ada sikap kerajinan dalam diri.

Advertisements
Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Suasana pendaftaran

Seminar ni bermula seawal jam 9.30pagi di Karangkraf dan saya rasa ianya dihadiri hampir 200 orang peserta bukan saja dari sekitar Selangor bahkan jauh dari Utara dan Selatan tanahair. Setiap peserta yang join, akan dapat goodies bag istimewa yang mengandungi Tshirt khas event, buku nota dan kalendar DenaiHati serta senaskah tafsir Al-Quran. Seminar ni bermula sebaik sahaja semua peserta selesai menjamu sarapan pagi yang juga turut disediakan.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Anarm.net salah seorang orang kuat DenaiHati

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

MelastikBintang.com yang bertugas mengambil gambar (maaf gambar belakang je)

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Abam Shakiddo.com selaku floormanager

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Nampak tak kerja keras mereka?

Diantara tenaga kerja yang bekerja keras (seperti gambar di atas) untuk menjayakan seminar ni adalah abam Shakiddo.com, Anarm.net, MelastikBintang.com dan Eizil.com. Mereka ni semua adalah orang kuat disebalik blog terkenal DenaiHati.com. Blog-blog mereka sendiri pun tak kurang hebatnya juga dan sangat popular gitu. Selain tu, ada juga beberapa rakan blogger yang sukarela membantu di dalam persiapan seminar ni.

Ucapan Kata Aluan

Sebelum semua peserta diberi santapan minda, majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh pengasas DenaiHati.com iaitu Tuan Haji Amir Hasan, penaja Jopana.my dan Datuk Hussamuddin Yaacub, Pengarah Urusan Karangkraf.

Pengasas DenaiHati

Selaku penganjur seminar, Tn Haji Amir Hasan membuka acara dengan memberi beberapa nasihat dan perkongsian ilmu di dalam dunia blog. Beliau sendiri sudah berkecimpung dalam dunia blog semenjak tahun 2008 lagi. Mengikut dari pendapat beliau, tahun 2015 adalah tahun bagi digital marketing di mana semua orang berlumba-lumba mencari duit secara online dan tak menolak kemungkinan juga melalui cara Affiliate dengan Blog. Blog juga merupakan platform paling mudah untuk berkongsi maklumat dengan cepat.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Tn Haji Amir, pengasas DenaiHati

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Suasana di dalam seminar

Ucapan Jopana.my

Jopana merupakan penaja utama bagi seminar ini. Encik Anuar Hasan, pengerusi Jopana.my turut memberi kata-kata semangat kepada semua peserta seminar ini. Jopana adalah sebuah syarikat yang mencetak tshirt serta baju dalam berkualiti premium khusus untuk produk permotoran.

Ucapan Karangkraf

Selaku tuan rumah pula, Datuk Hussamuddin Yaacub turut berkongsi pengalaman beliau semasa menjadi penjual surat khabar dulu sehinggalah berjaya kini. Setiap orang ada kelebihannya dan tugas setiap orang adalah untuk mengenal pasti apa kelebihannya itu. Beliau juga memberi nasihat agar generasi muda yang melibatkan diri dalam perniagaan agar tidak membazir dan sewenang-wenangnya membelanjakan keuntungan yang sedikit semata-mata untuk merasai hidup mewah.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Jopana.my dan Karangkraf turut memberi ucapan

Walaupun sekejap saja, namun sesi bersama pengarah urusan Karangkraf ini sungguh bermakna lebih-lebih lagi dengan cara beliau yang menyampaikan ucapan dengan santai dan berjenaka.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Suasana di dalam dewan Karangkraf

Pelancaran Jam Tawaf

Selain dari seminar, pada hari tersebut juga DenaiHati mengambil peluang untuk melancarkan Jam Tawaf yang sangat eksklusif. Kalau sesiapa nak tahu, Jam Tawaf ini bermaksud jarum jamnya mengikut pusingan tawaf iaitu dari kanan ke kiri. Kenapa perlu jarumnya terbalik? Sebenarnya jam ini tidak terbalik bahkan inilah pusingan jam yang betul semenjak dulu lagi. InsyaAllah saya akan kongsikan mengenai Jam Tawaf ini secara terperinci pada entry yang lain nanti.

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Blogger yang sangat tekun sambil update status twitter masing-masing

Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog

Pelancaran Jam Tawaf

affliate17

Jam Tawaf DenaiHati

Seminar

Sebelum saya berkongsi mengenai barisan penceramah pada hari tersebut, biar saya ceritakan sedikit apa itu “Affiliate”. Sampai terbelit lidah nak sebut kan?

“Affiliate adalah satu proses promosi sesuatu produk kepunyaan orang lain dan anda (blogger)
menerima komisyen apabila produk tersebut terjual”

Dengar macam mudahkan? Ianya sebenarnya lebih mudah dari menjual produk fizikal secara online sebab kita tak perlukan menyimpan stok mahupun apa-apa produk. Tugas utama adalah promosi sahaja. Affiliate bukanlah MLM dan bukannya skim cepat kaya.

Prof Hariz

Penceramah pertama adalah Prof Hariz yang menjana pendapatan sehingga 4 angka. Beliau adalah seorang juruteknik kilang di Pulau Pinang dan pada asalnya tidak tahu langsung mengenai ilmu Affiliate. Sehinggalah beliau bertemu dengan Kitab SEO Merah Jambu yang seterusnya mengubah hidup beliau. Walaupun sibuk pada siang hari dengan kerja harian, tapi Pro Hariz tetap akan cuba mencari masa untuk membuat blog dan mempromosikan Affiliate pada malam hari. Sebenarnya Prof Hariz baru saja bermula pada awal tahun ini tak tidak menyangka menjadi salah seorang penceramah pada hari tersebut.

affliate15

Prof Hariz selaku penceramah pertama

Selain itu, nama Prof Hariz tiba-tiba semakin terkenal selepas beliau sendiri berjaya mencuba Diet Atkins melalui EBook yang dibacanya. Dulu berat beliau adalah 100kg dan kini telah berjaya mengurangkan berat badannya. Inilah salah satu teknik yang dikongsikan oleh Prof Hariz iaitu mempromosikan Affiliate menggunakan penulisan melalui kehidupan seharian.

“Yang membezakan saya dan anda adalah ILMU dan TINDAKAN.

Jika anda berILMU dan tiada TINDAKAN. Sepertinya tiada beza anda dengan makcik jiran sebelah”
– Prof Hariz

Zeo Unic

Zeo Unic merupakan penceramah yang kedua dan mengakui beliau adalah blogger sepenuh masa. Zeo Unic berasal dari Perlis dan sanggup turun ke Selangor semata-mata ingin berkongsi teknik yang beliau gunakan. Pada awalnya Zeo Unic memulakan Affiliate dengan produk digital luar negara dan pernah menghasilkan pendapatan sebanyak 5 angka. Beliau juga mempunyai banyak blog yang digunakan untuk saling menyokong diantara satu sama lain.

Sehingga kini, beliau sudah mempunyai sebuah kedai Spa di Perlis yang dibuka hasil dari keuntungan Affiliate.

affliate16

Zeo Unic berasal dari Perlis

Encik Titan

Encik Titan atau nama sebenar Ahmad Faizal adalah seorang guru pada waktu siang dan pada waktu malamnya pula dia menghabiskan waktu dihadapan komputer. Encik Titan sangat terkenal dikalangan blogger dan dunia Internet Marking dan beliau sendiri mempunyai sekurang-kurangnya 300 blog. Wah, banyak betul tu.

Diantara blog Encik Titan yang terkenal adalah OhCikgu.com dan pernah menerima anugerah untuk blog tersebut. Encik Titan yang menggemari Cendol amat santai dan bersahaja di dalam penyampaian ketika sesi beliau. Beliau juga mempunyai banyak nickname di dalam dunia siber. Selain tu, beliau sangat terkenal kerana beliau adalah penulis eBook Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

affliate24

En Titan, seorang guru sekolah

Mohd Suhaimy

Beliau merupakan pengasas KLIKJER.com dan selaku founder WangCyber.com. KLIKJER.com merupakan satu domain yang membuka peluang kepada sesiapa untuk menerbitkan eBook sendiri. Suhaimy atau lebih dikenali sebagai Shuth sendiri merupakan orang pertama di Dunia yang menulis eBook di dalam bahasa Melayu. Ramai orang yang mempunyai idea dan bakat untuk menulis dan ingin menghasilkan eBook sendiri. Pada kebiasaannya, kita tak tahu macam mana nak pasarkan eBook tersebut, macam mana nak buat sistem jualan dan sebagainya. Itulah tujuan KLIKJER diwujudkan.

Selain KLIKJER berperanan membantu menerbitkan eBook, KLIKJER juga turut menawarkan perkhidmatan Affiliate bagi sesiapa sahaja. Memang seronok dengar Shuth berkongsi ilmunya dan lagi seronok apabila dia memberi sesuatu bernilai “RM1500” kepada semua peserta.

affliate18

Shuth, penulis ebook bahasa Melayu pertama di dunia

Eizil

Last but not least, Mr Eizil selaku sifu blogger dari DenaiHati. Eizil ni mempunyai pengalaman 10 tahun di dalam dunia blog dan sudi berkongsi pengetahuan di dalam kelas-kelas blog yang dianjurkan oleh DenaiHati. Pada penerangan ringkas beliau, sudah cukup untuk membuka minda peserta-peserta seminar mengenai keperluan blog dan cara-cara menjaga blog dengan betul. Saya sendiri pernah menyertai WordPress Masterclass anjuran DenaiHati yang diajar oleh Eizil.

affliate19

Eizil, 10 tahun dalam dunia blog

Seminar akhirnya selesai sekitar jam 5 petang. Tapi sebelum semua peserta bersurai, nampaknya masing-masing sebenarnya menunggu cabutan bertuah iaitu sebuah iPhone6.  Memang tipulah kalau saya juga tidak menyimpan keinginan untuk nama dicabut masa sesi cabutan bertuah ni.  Nampaknya Eizil menggunakan sistem pemilihan nama di komputer dan bukannya macam cara dulu-dulu lagi. Tahniah kepada pemenang yang bertuah tu (huk huk).

affliate20

Shakiddo tukang pegang je tu..

affliate21

Tahniah kepada pemenang

Terima kasih kepada team DenaiHati kerana telah menganjurkan seminar dan majlis sebegini. Walaupun nampak mudah, tapi saya faham ianya telah melalui banyak proses sukar seperti pemilihan tempat, permohonan penajaan dan banyak lagi perkara yang peserta lain tak nampak. Saya harapkan bukan saja saya, bahkan semua peserta seminar kali ni akan mengambil ilmu yang telah dipelajari dan mulakan kejayaan pada hari ini.

affliate22

Gambar semua penceramah

affliate23

Saya bersama, Hafiz.my dan CahayaDiyana.com

denaihati

Gambar kumpulan

 5,692 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

8 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.