Alhamdullilah, jadi inilah event kali ke 3 saya ke Terengganu dalam bulan ini. Rasanya dah hafal sangat jalan nak ke sana, cuma tak pass cakap Terengganu je lagi. Event kali ni yang diberi nama KnowledgeGRID Malaysia Forum sebenarnya telah lama dijadualkan dan merupakan seminar tahunan yang dianjurkan oleh MIMOS. Saya sekali lagi dijemput sebagai penceramah bagi segmen animasi dan ini juga merupakan kunjungan kali pertama saya ke Universiti Malaysia Terengganu. Mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dan merupakan perjalanan yang amat memenatkan. Sampai ke tempat penginapan iaitu Batu Buruk Beach Resort lewat malam menyebabkan tak dapat menikmati permandangan pantai.

Batu Buruk Beach Resort

Banner KnowledgeGrid Malaysia Forum

Bertolak seawal pagi ke UMT yang mengambil masa sekitar 30 minit saja membuatkan saya masih ragu-ragu dengan seminar yang perlu saya beri sekejap lagi. Seminar sebenarnya merupakan hari ke 2 dan rupa-rupanya crowd dikatakan tidaklah begitu banyak jika dibandingkan pada hari pertama. Hanya lebih kurang 30 orang yang menghadiri seminar saya yang juga merupakan seminar pembukaan pada pagi tersebut. Namun begitu, rata-rata peserta merupakan berjawatan Prof, Dr, Dean dari pelbagai IPT dan syarikat. Agak kurang berpuas hati dengan seminar yang saya beri kerana faktor-faktor seperti batuk dan laptop yang kerap hang membuatkan saya mahu lebih bersedia pada masa akan datang. Alhamdullilah, memakan masa lebih kurang 45 minit seminar saya diakhiri dengan beberapa soalan dari peserta yang berminat.

Di hadapan UMT

Perpustakaan UMT


Upin & Ipin pun ada di UMT

Suasana ketika seminar dilangsungkan


Gembira dah abis seminar

Separuh hari di UMT, akhirnya bolehlah kami pulang. Nampaknya pelajar-pelajar di UMT sendiripun berada di dalam mood exam. Jadi, tak berapa ramai pelajar yang tahu berkaitan promotion Upin & Ipin yang sedang diadakan. Mula meninggalkan perkarangan UMT, destinasi seterusnya ialah mencari makan. Mengikut sumber maklumat yang diberi, kat sini terdapat satu kedai yang menjual pelbagai jenis kuih termasuklah akok. Saya pun dah lupa nama tempatnya tetapi ianya berhadapan sebuah sekolah. Memang kat sini ada menjual pelbagai jenis kuih dengan nama yang pelik-pelik dan murah. Kedai ni sudah mula ramai orang mula datang seawal petang.

Suasana kedai kuih

Abang kuih pun suka Upin Ipin

Wow, banyaknya kuih

Perjalanan diteruskan ke Taman Tamadun Islam yang terdapat sebuah masjid unik yang dipanggil Masjid Kristal. Taman Tamadun Islam yang juga terletak di kawasan K. Terengganu ni menyimpan 16 replika bangunan di dalam Tamadun Islam. Berkonsepkan taman, ianya boleh dimasuk dengan bayaran minumum setiap individu. Di Masjid Kristal ni pula selain masjid ini sendiri yang diperbuat dari kaca menjadi tarikan utama, pemandangan dikawasan ini juga sangat menarik dan cantik.

Masjid Kristal

Suasana di perkarangan Masjid Kristal

Masih di Masjid Kristral

Perjalanan balik ke Shah Alam diteruskan lagi namun kami singgah sebentar di kawasan Chendering. Tujuan singgah di kawasan ini ialah untuk balik ke kampung Faris sebentar. Kawasan Chendering ni rupanya kawasan utama dan terkenal dengan kraftangan termasuklah batik dan sebagainya di Terengganu. Sempat juga saya berpusing-pusing mencari rumah Noor Arfa walaupun pada mulanya saya tak taupun siapa tu Noor Arfa. Ingatkan rumah siapa. Rupanya Noor Arfa tu ialah tempat pembuatan batik yang sangat terkenal di Terengganu dan bangungannya sangat besar.


Faris berhajat singgah ke kampung sebentar


Angsa antara pemandangan biasa di kampung


Ke mana pula lepas ni?

Walaupun hari semakin gelap, tapi sempatlah juga singgah sekali lagi di Pantai Kemasik. Tak sempat pula ambik gambar sunset jadi ambik gambar sendiri je. Sekejap saja di sini kerana masih perlu meneruskan perjalanan. Terakhir sekali singgah pula di Cukai yang ada menjual barangan perkahwinan yang dikatakan sangat murah. Sekadar menemankan kawan, tengok-tengoklah sikit apa yang murah sangat tu. Akhirnya sampailah juga di Shah Alam sekitar pukul 12 pagi. Memang memenatkan tetapi sekurang-kurang dapatlah makan angin. Rehat sehari lusanya perlua ke Kedah pula untuk Suarasa Kedah.

Afiq dan Faris berehat di tepi pantai

Yay, gambar2 tepi pantai

Afiq mencari sesuatu di kedai pengantin

Taktau nak cari apa

Ok, lengkap sudah 3 kali trip ke Terengganu buat bulan ni. InsyaAllah selepas ni kita ke negeri lain pula. Apa-apa pun insyaAllah hujung tahun ni akan ada event besar berkaitan Upin & Ipin. Mudah-mudahan event tu nanti akan berlangsung dengan lancar. Nak tau apa eventnya? Tunggu aje la.

 1,359 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.