Macam-macam aktiviti yang harus dilakukan bila bercuti ke Langkawi. Sebelum sampai ke sini lagi saya dah berazam nak naik cable car ataupun SkyCab di Langkawi sebab dengar kata ianya merupakan diantara tarikan utama kat sini. Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village.

Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga.

Langkawi SkyCab

Papan tanda arah nak ke mana

Langkawi SkyCab

Banyak kedai-kedai di sini

Langkawi SkyCab

Nak main ni pun boleh

Suasana di dalam Oriental Village ni sangat santai. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang pun dah cukup terhibur. Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini.

Advertisements
Langkawi SkyCab

SkyDome dari jauh

Langkawi SkyCab

Kaunter tiket SkyCab

Langkawi SkyCab

Harga tiket

Harga SkyCab ni untuk seorang dewasa adalah RM20 dan untuk kanak-kanak pula berharga RM15. Bermula dari harga ni, kita boleh ambil pakej seperti SkyCab + SkyDome + 3D Art Museum ataupun apa-apa pakej yang diingini. Kira macam untung sikit kalau ambil harga pakej ni. Harga yang saya bagitahu ni adalah harga untuk warga negara Malaysia. Jadi semasa sesi pembelian tiket, kad pengenalan diperlukan bagi membuktikan kita ni warga negara Malaysia. Bukan apa, takut mereka ingat kita warga negara Spain ke Italy ke.

Langkawi SkyDome

Saya dan family telah mengambil pakej bersama SkyDome dan 3D Art Museum. Sebelum kami dibenarkan menaiki SkyCab, kami diminta untuk masuk ke dalam SkyDome terlebih dahulu. SkyDome ni sebenarnya adalah sebuah persembahan multimedia Roller Coaster yang dipancarkan di dalam Dome yang besar. Sebagai penonton, kita akan duduk di dalam Dome tersebut dan menonton sambil mendongak ke atas seperti menonton wayang. Bagi pendapat saya, persembahan SkyDome ini bukanlah seperti yang saya bayangkan. Ianya memerlukan pembaharuan yang pengisian yang lebih baik lebih-lebih lagi sekarang ini kita sudah didedahkan dengan Cinema 4D dan sebagainya.

Langkawi SkyCab

Saya di hadapan pintu masuk SkyCab

Langkawi SkyCab

Suasana di dalam SkyDome

Langkawi SkyCab

Ketika sedang beratur menaiki SkyCab

Langkawi SkyCab

Suasana di dalam SkyCab

Langkawi SkyCab

Muat juga 5 orang di dalam SkyCab

Langkawi SkyCab

Tibalah masanya untuk menaiki Langkawi SkyCab. Tak sangka ramai juga yang naik cable car masa ni. Dengar kata, kalau masa musim cuti sekolah lagi ramai orang beratur. Sebenarnya, saya bukanlah terlalu minat untuk menaiki cable car. Lebih-lebih lagi cable car SkyCab ini merupakan yang terpanjang sekali di Asia. Saya rasa agak sedikit nervous bila berada di dalam cable car ni. Saya pun tak perasan kat mana Gunung Machinchang sebab terlalu fokus dalam cable car masa ni.

Tapi apa-apapun pemandangan dari dalam Langkawi SkyCab ni memang cantik sekali. Kalau yang berani terlebih tu bolehlah cuba naik versi see through glass yang berharga sedikit mahal.

Langkawi SkyCab

Bergambar di hentian

Langkawi SkyCab

Menyambung semula perjalanan

Terdapat 3 fasa ataupun hentian ketika menaiki Langkawi SkyCab. Pada hentian yang pertama, kita boleh turun dan mengambil gambar di sini. Walaupun baru berada setinggi 650meter pada aras laut, tapi view kat sini memang sangat cantik. Dengan suasana yang sedikit berangin dan gunung yang menghijau, ambil gambar macam mana pun cantik.

Saya teruskan perjalanan bersama SkyCab ke hentian yang lebih tinggi iaitu setinggi 708meter pada aras laut. Pada hentian terakhir ni kebanyakkan pengunjung akan turun kerana di sinilah terdapatnya Langkawi SkyBridge. Tak sangka rupanya kalau nak ke SkyBridge kita harus berjalan kaki ala-ala jungle tracking sejauh 10 minit. Terdapat 1 borang kelulusan yang harus ditanda tangan sebelum pergi ke SkyBridge ni.

Langkawi SkyCab

Jom jalan kaki ke SkyBridge

Langkawi SkyCab

Amaran ada haiwan liar

Langkawi SkyCab

Turun tangga batu

Ala, takkan la teruk sangat 10 minit berjalankan? Jadi saya pun tekad untuk pergi ke SkyBridge walaupun terpaksa berjalan ikut jalan hutan. Walaupun adanya beberapa kemudahan seperti tempat pemegang tangan dan sebagainya tapi perjalanan ke SkyBridge masih dikira mencabar. Jalannya kadangkala licin lebih-lebih lagi selepas hujan. Terpaksa melangkah batu yang besar atau menuruni cerun yang kecil. Di bahagian tepi ruang berjalan adalah gaung semata-mata. Bayangkanlah kalau terjatuh dan saya memang tak bersedia langsung untuk melalui jalan seperti ini.

Langkawi SkyBridge

Hampir 20 minit juga saya perlukan untuk sampai ke SkyBridge ni. Siap rehat beberapa kali di tepi sebelum meneruskan perjalanan. Saya tak kesiankan diri saya, tapi saya kesian pada orang lain yang terpaksa dukung anak kecil ataupun makcik tua sakit kaki yang harus melalui jalan yang sama dengan saya. Entah macam mana mereka melepasi cabaran ini.

Langkawi SkyCab

Suasana di SkyBridge

Langkawi SkyCab

Pemandangan yang cantik

Langkawi SkyCab

Tak larat nak bergambar berdiri dah, gambar duduk pulak

Alhamdulillah, pemandangan dari SkyBridge ni memang cantik. Memang ada rasa sedikit berbaloi walaupun rasa penat sangat. Suasana kat atas ni sangat segar dan nyaman. Bila tengok binaan SkyBridge ni memang rasa kagum sebab SkyBridge yang panjang ni hanya dipegang oleh satu tiang sahaja. Patutlah ada rasa macam bergoyang-goyang sikit bila ada kat atas ni. SkyBridge ini mampu menampung sehingga 250 orang pada satu-satu masa. Memang kagum betul dengan SkyBridge ni.

Okay, kagum tu kagum juga. Sekarang nak kena meredah hutan sekali lagi untuk turun pula.

Langkawi SkyCab

Indahnya panorama

Langkawi SkyCab

Wah, bawah tu terus bukit

Langkawi SkyCab

Perjalanan turun semula menaiki SkyCab

Begitulah suasana di SkyCab dan SkyBridge. Rasa tak lengkap kalau tak ke sini kalau bercuti ke Langkawi. Sekurang-kurangnya adalah pengalaman ke sini.

Hotel Adya Langkawi
https://mohdzarin.com/blog/adya-hotel-langkawi/
Laksa Ikan Sekoq
https://mohdzarin.com/blog/laksa-ikan-sekoq-langkawi/
Tip Shopping Duty Free Langkawi
https://mohdzarin.com/blog/shopping-duty-free-di-langkawi/

Muzium 3D : Art In Paradise Langkawi
https://mohdzarin.com/blog/muzium-3d-langkawi-art-in-paradise/

 35,079 total views,  1 views today

Advertisements

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

6 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.