Moto 360 Motorola

Rekaan yang cantik Moto 360

Moto 360 Motorola

Rupa bentuk fizikal yang menarik

Saya adalah penggemar jam tangan pintar ataupun Smartwatch. Walaupun saya tak mampu membeli setiap smartwatch yang berada di pasaran, tapi saya sangat mengikuti perkembangan teknologi wearable ini. Saya sendiri memiliki Sony Smartwatch 2 dan masih menantikan Sony Smartwatch 3 memasuki pasaran Malaysia. Pada penghujung tahun lepas, smartwatch Moto 360 dari Motorola sangat mendapat perhatian pengguna teknologi dunia kerana design nya yang menarik. Adakah Moto 360 ini smartwatch paling bagus setakat ini? Mari baca artikel mengenai pengalaman sebenar saya.

Design

Moto 360 direka dengan bentuk bulat dan sekali gus keluar dari rekaan standard smartwatch yang pada kebiasaannya berbentuk kotak. Kenapa smartwatch perlu direka dalam bentuk segiempat dan menyiksa bentuk asas sesebuah jam tangan?. Rekaan Moto 360 sungguh cantik sekali dengan material besi yang nampak sangat premium. Dengan hanya satu terdapat satu butang pada bahagian kanan jam, Moto 360 juga boleh digunakan secara touch screen.

Saiznya tidaklah terlalu besar namun tidak pula terlalu kecil. Bagi saiz tangan seperti saya, Moto 360 nampak sangat sepadan bila dipakai.

Tali jam ataupun wrist strap nya pula nampak sangat simple tapi sudah memadai dengan design badan jamnya yang nampak “gah”. Walaupun material tali jamnya adalah diperbuat dari soft leather, tapi saya ada rasa sedikit kurang selesa bila memakainya. Tangan kita juga seolah-olah mudah berpeluh dan talinya meninggalkan kesan bila semakin lama digunakan. Patutlah pengguna Moto 360 yang lain, lebih suka menukar tali jam seperti material besi bagi memberi keselesaan yang optimum.

Moto 360 Motorola

Moto 360 Motorola

Moto 360 Motorola

Hanya terdapat 1 butang di sebelah kanan jam

Operating System

Salah satu diantara features yang menarik adalah OSnya. Moto 360 menggunakan Android Wear yang sangat canggih. Pendapat peribadi saya OS memainkan peranan yang sangat penting bagi sesebuah Smartwatch. Lagipun kitakan sedang bercakap mengenai “Smart” Watch, jadi OS Smartwatch menjadi penentu samada ianya cukup “Smart” atau tidak.

Masalah yang saya hadapi apabila menggunakan Sony Smartwatch 2, adalah OSnya yang seolah-olah ketinggalan zaman. Tak banyak updates dan aplikasi yang betul-betul saya rasa berguna. Bila menggunakan untuk jangka masa yang panjang, saya rasa bosan kerana tiada banyak benda yang boleh dilakukan.

Berbeza dengan Android Wear, bagi saya Sky is the Limit. Kalau tak silap saya, Moto 360 adalah diantara Smartwatch pertama yang menggunakan Android Wear. Banyak aplikasi baru khusus untuk Android Wear yang bagus dan bukan hanya gimik murahan. Diantara yang menjadi kegemaran saya adala “WatchMaker”.

Dengan WatchMaker kita bukan saja boleh menukar interface Moto 360 dari pilihan sedia ada, tapi kita boleh hasilkan interface sendiri. Kalau rasa nak letak muka kita sendiri pun takde orang nak marah. Dalam contoh di bawah, Moto 360 ini telah menggunakan interface wajah Upin. Cantikkan?

Moto 360 Motorola

Android Wear

Moto 360 Motorola

WatchMaker Moto 360

Selain untuk melihat masa, Moto 360 boleh digunakan untuk membaca emel,  melihat status Facebook, bantuan navigasi, heart rate monitor dan banyak lagi. Bagi pengguna pertama kali Smartwatch mesti dah sangat excited nak dapatkan jam ni. Tapi jangan terus nak beli, baca sampai habis dulu.

Moto 360 Motorola

Hi, Saya Upin!

Moto 360 Motorola

Nampak smart dan cantik

Bateri

Salah satu faktor utama yang penting untuk Smartwatch adalah Bateri. Mesti kita berasa malu sekiranya menyedari smartwatch kita kehabisan bateri ketika kawan-kawan kita sedang bertanyakan waktu ketika itu.  Bateri Moto 360 mendapat markah paling rendah dikalangan Smartwatch yang lain sekiranya diajak berlawan. Purata bateri Moto 360 hanya mampu bertahan selama 10-12 jam untuk sekali caj. Itu pun kalau kita pandai berjimat cermat dan kurangkan pencahayaan pada setting.

Jadi adakah ianya sesuatu yang teruk? Bagi saya ianya adalah sesuatu yang kita harus “bayar” sekiranya inginkan semua features yang mewah pada Moto 360. Kita perlu pandai merancang jadual cas bateri Moto 360 dan menggunakannya secara bijak. Sebagai pengguna “Smart” Watch, kita pun mestilah “Smart” juga.

Harga

Moto 360 diletakkan pada harga dan standard yang sangat tinggi. Harganya mampu membuatkan orang taknak baca entri saya ni, sekiranya saya tulis pada perenggan pertama. Moto 360 dijual pada harga RM1,000++. (…)

Kesimpulan

Moto 360 merupakan sebuah Smartwatch yang sangat cantik, bergaya dan premium. Ramai yang telah jatuh hati bila pertama kali memandang rekaan Moto 360. Dilengkapi Android Wear, pengguna jam ini tidak akan pernah ada rasa bosan.

Namun dengan harga yang sangat mahal, mungkin orang yang betul-betul minat sahaja yang akan membeli 360.

2,587 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge