Rasanya pasti ramai peminat Smiggle dah tahu yang Smiggle dah pun membuka cawangan terbaru mereka di KLCC dan yang pertama di Malaysia. Kalau sebelum ni, cawangan paling dekat adalah di Singapore kini semudah di KLCC saja. Bagi yang tak tahu pula, Smiggle ni merupakan jenama yang berasal dari Australia  dan amat terkenal dengan barangan cenderamata yang berwarna-warni. Sebelum ni saya selalu shopping barang Smiggle di Vivo City Mall di Singapore tapi sekarang ni nak shopping hari-hari di KLCC pun boleh.

Smiggle KLCC

Smiggle KLCC

Smiggle KLCC

Promosi 2 untuk RM18

Smiggle di KLCC terletak di tingkat 2 dan berdekatan dengan escalator. Sekali pandang, cawangan Smiggle ni tidaklah sebesar di Singapore tapi cukup untuk mempamerkan macam-macam barangan yang berwarna-warni. Dari alat tulis, peralatan melukis hinggalah kepada beg pelbagai saiz yang terdiri dari warna pink, hitam, hijau dan biru. Memang sesuai untuk sesiapa yang kumpul barangan Smiggle dan simpan sebagai koleksi. Boleh dikatakan, dari taknak beli pun akhirnya nak terbeli juga barangan kat sini.

Smiggle KLCC

Sebahagian dari peralatan dan alat tulis

Smiggle KLCC

Highlighter

Smiggle KLCC

Banyak pilihan unik

Smiggle KLCC

Pingu Pink.. comel tak?

Namun begitu bukan semua barangan Smiggle ni murah dan berbaloi. Kalau sesiapa yang tak pernah beli barangan Smiggle mesti rasa harga kat sini sangat mahal. Cukuplah kita tengok harga keychain huruf yang dijual dengan harga RM20++ untuk satu unit. Manakala beg bersaiz kecil pula yang berfungsi sekadar menyimpan alatan mewarna berharga RM50++. 

Walaupun harga kat sini agak mahal, tapi semua barangan kat sini berkualiti dan tahan lama. Saya sendiri ada beberapa barangan Smiggle yang dah dibeli 2-3 tahun yang lalu dan masih elok hingga kini.

Smiggle KLCC

Keychain Z

Smiggle KLCC

Smiggle Must Have

Smiggle KLCC

Lingkungan harga beg sekitar RM50

Jadi tak salah kalau nak cuci mata di Smiggle KLCC sebab dari semasa ke semasa Smiggle akan membuat promosi dan jualan murah.

Smiggle KLCC
Lot No. 241, Level 2,
Suria KLCC,
Kuala Lumpur City Centre
Phone: 03-2382 2828

25,650 total views, 14 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

5 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.