Perasan atau tidak tahun 2014 adalah tahun bagi gajet wearable bagi penggila gajet seluruh dunia. Diantara jenis wearable yang sangat terkenal sekarang ini adalah Smartband dan Smart Watch. Walaupun Smartband tidak sepenting dan tidak mempunyai high demand berbanding SmartWatch namun ianya masih mempunyai tempat di pasaran teknologi. Kali ni saya nak bawa anda semua melihat sejauh manakah Sony SmartBand mampu membantu kehidupan seharian.

smartband01

Sony SmartBand

smartband02

Rekaan gelang getah yang selesa

Selain Sony, terdapat beberapa jenis SmartBand lain yang telah berada di pasaran seperti Jawbone dan Samsung. Secara asasnya, SmartBand adalah sejenis Fitness Tracker yang berfungsi menyimpan data pergerakan kita seperti berlari dan berjalan. Data tersebut kemudiannya dipaparkan di Smart Phone untuk dianalisis. Ya, memang betul ianya lebih sesuai bagi seseorang yang mementingkan kesihatan seperti ahli sukan dan sebagainya. Tapi, Sony SmartBand menawarkan lebih dari itu.

Untuk review saya kali ni saya menggunakan Sony Smartband SWR10 dan bukannya Sony Smartband Talk yang terbaru. InsyaAllah kalau Sony Malaysia mahu menaja saya untuk review Smartband Talk nanti barulah saya akan buat entry yang baru.

smartband03

Rekabentuk

Rekabentuk Sony Smartband ini sangat simple dan ringkas. Ianya adalah seperti memakai gelang tangan getah dan ianya sangat ringan dan sangat selesa dipakai. Permukaan luar Smartband ini terdapat texture garisan yang memberi identiti tersendiri pada SmartBand ini. Mungkin bagi yang tidak pernah menggunakan SmartBand sebelum ini terkejut dan kekok kerana tiada skrin langsung pada SmartBand ni. Hanya terdapat satu butang dan itulah sahaja yang boleh dilihat dari luar SmartBand ini. Dipenghujung gelang ini terdapat satu butang besi yang mempunyai logo Sony.

Pada dalamnya pula terdapat satu peranti berbentuk seakan-akan thumbdrive dan ianya merupakan jantung bagi Sony Smartband. Peranti ini berfungsi untuk menyimpan data yang kemudiannya dihantar kepada SmartPhone. Peranti ini hanya perlu dicaj selama 30 – 45 minit dan baterinya mampu bertahan sehingga 4-5 hari.

smartband04

Rekaan Sony Smartband

smartband05

Di dalam Smartband ini terdapat satu peranti yang menyimpan data

Kegunaan

Sony Smartband boleh dihubungkan dengan mana-mana SmartPhone Android dengan menggunakan Bluetooth dan NFC. Untuk review ini, saya telah menghubungkannya dengan Sony Xperia Z2 saya. Setelah ianya hubungkan (Pair) buat pertama kali, SmartPhone dan Smartband sudah tidak wajib untuk terus dihubungkan melalui Bluetooth. Smartband sudah boleh digunakkan secara bebas dan data mengenai pergerakan kita akan dikemas kini di SmartPhone hanya apabila ianya dihubungkan semula. Cara ini dapat menjimatkan bateri dua-dua peranti.

smartband06

Peranti di dalam Smartband yang boleh dikeluarkan untuk dicaj

smartband08

Dua pilihan saiz yang didatangkan di dalam 1 pakej yang sama

smartband09

Material Sony Smartband membolehkan ia kalis air

Semua data pergerakan ini kita dapat dilihat melalui aplikasi Sony Lifelog. Data-data ini dipaparkan dengan begitu cantik dan kemas sekali. Tak pernah saya tengok aplikasi Fitness Tracker yang direka secantik ini. Semua perkara yang dilakukan oleh kita dipindahkan kepada bentuk visual. Kita dapat melihat berapa banyak langkah yang kita dah buat dalam sehari, berapa lama kita dah berjalan, menaiki kenderaan, bermain Facebook, mengambil gambar ataupun mendengar lagu.

02

Data mengenai perjalanan seharian, kalori, langkah dan sebagainya

01

Data mengenai tidur

Semua perkara ini sudah cukup mengagumkan sehinggalah saya jumpa satu lagi features yang membuatkan saya taknak tanggalkan langsung SmartBand ini dari tangan saya. Ianya adalah sistem tracking tidur saya. Ohya, saya memang pakai waktu tidur untuk betul-betul menguji keupayaan Smartband ni. Smartband ini dapat memberi tahu berapa jamkah kita dah tidur dan berapa lamakah kita betul-betul tidur nyenyak dan sebaliknya. Dengan data-data sebegini kita dapat memperbaiki waktu tidur dan seterusnya menjalani hidup yang lebih sihat.

smartband07

Rupa dipergelangan tangan

Bagi seseorang yang membeli Sony Smartband ini untuk tujuan kesihatan ianya mempunyai features di mana boleh memberitahu berapa jauhkah kita sudah berlari, berapa banyakkah kalori kita sudah dibakar pada hari tersebut dan banyak lagi. Nampaknya saya juga sudah boleh mula berjogging lepas ni. Tiada lagi alasan. Sony Smartband ini juga waterproof. Jadi tak perlu bimbang kalau sedang berjogging dalam hujan ataupun memakai Smartband ini semasa sedang berenang ataupun tengah mandi.

Oleh kerana Sony SmartBand Talk sudah pun berada di pasaran, jadi Sony Smartband SWR10 ini sedang dijual dengan harga sangat murah secara online di Lazada. Bagi saya tak rugi beli SmartBand ni sebab kita taktahu apa yang ia mampu bantu kita selagi kita tak menggunakannya. Cari Sony Smartband di Lazada untuk melihat pilihan warna band yang lain. Memang tergoda.

Lazada Malaysia

Kebaikan

– Banyak data yang tak disangka dapat disimpan oleh Sony Smartband
– Ringan, mudah dipakai dan selesa
– Sangat bergaya keran mempunyai pelbagai warna band
– Bateri tahan 5 hari

Kekurangan

– Hanya boleh digunakan dengan telefon pintar Android
– Kurang fungsi fikizal

2,622 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

3 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge