Sebagai peminat produk Sony, saya memang takkan terlepas untuk mengumumkan salah satu telefon pintar terbaru oleh Sony iaitu Sony Xperia C3. Telefon ini direka khusus untuk pengila Selfie dengan beberapa features menarik yang menjadi perbezaan dengan telefon pintar keluaran Sony yang lain. Features utama adalah camera hadapan iaitu sebanyak 5.0 megapixel yang mana kebanyakkan telefon sekarang menawarkan sekitar 1.8 hingga 2.0 megapixel sahaja. Selain itu, camera hadapan juga didatangkan dengan flash dan menggunakan lens wide 25mm sesuai untuk selfie di dalam kumpulan. Aplikasi cameranya juga telah ditambah dengan aplikasi baru iaitu “Portrait Retouch” yang membolehkan pengguna mendekorasi gambar selfie sendiri ataupun kumpulan dengan beberapa tools tambahan seperti makeup, club dan sebagainya.

4_Xperia_C3_White_Designxperia-C3-gallery-06-1240x840-834e0cd639cbaeaa0270ac74d047f619xperia-c3-slim-sleek-and-lightweight-4902fe4dc415c12bea73ebf22f9c961e-940xperia-C3-gallery-04-1240x840-c33a59a793de5198382fd7057a90d952

Dari segi spesifikasinya pula, telefon ini hanya menggunakan spesifikasi peringkat pertengahan dan dijangkakan tidak kalis air dan habuk seperti Sony Xperia Z2. Saiz skrin Xperia C3 adalah 5.5 inci Triluminous dengan saiz resolusi iaitu 720 X 1280 pixel. Menggunakan Snapdragon 1.2 Ghz Qualcomm Quad-core, memori 1Gb RAM, kamera belakang 8 megapixel dan bateri 2500 mAh, telefon C3 ini juga dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat. Buat masa ini, Xperia C3 belum diumumkan untuk pasaran Malaysia namun ianya akan dilancarkan di China terlebih dahulu sekitar bulan Ogos nanti.

gsmarena_002xperia-c3-the-big-screen-experience-on-a-smartphone-0801b1fd7b25a90da65cf1873b74b147-940camera-apps-portrait-retouch-920x540-e8b19eef66fe93f2b448b83495b499ad-620xperia-c3-see-more-of-the-picture-100-4000x1110-00ca7ba39d324f80a06efb1c23de8f44-940

features-processor-battery-stamina-player-1880x860-3acf4d64a9b9060d96763a79f16c0ef6-940x430

Features STAMINA Mode untuk menjimatkan bateri

 

 

Sumber dan kredit gambar dari laman web Sony

3,086 total views, 1 views today

         

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge