Walaupun saya sebagai peminat sejati Sony Xperia, saya rasa tidak terlalu “bias” sekiranya saya cakap sesiapapun akan jatuh cinta dengan Sony Xperia C5 Ultra Dual. Ini adalah bukan kerana dari segi fungsi utamanya sebagai kamera selfie terbaik, tetapi dari segi designnya yang sangat cantik dan nampak futuristic. Walaupun sekali imbas ianya nampak sama saja seperti keluarga Xperia yang lain, tetapi Sony Xperia C5 mempunyai beberapa kelainan dan keunikannya yang tersendiri.

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Bezel yang nipis seolah-olah frameless

Screen

Skrin Sony Xperia C5 Dual Ultra bersaiz 6″ dengan resolusi 1080 X 1920. Skrinnya sangat besar dan ianya lebih besar dari iPhone 6 Plus mahupun Samsung Galaxy Note 5. Dengan saiz skrin sebesar ini, ianya hanya memaparkan 367 ppi. Walaupun bukan spesifikasi yang sesuai, namun skrinnya sudah cukup untuk memberikan kualiti sebenar FULL HD dengan teknologi IPS LCD dan Mobile BRAVIA 2.

Design

Apa yang menarik dari segi design C5 adalah bingkai tepinya yang sangat nipis dan hampir kelihatan seperti borderless. Ini adalah salah satu selling point yang ada pada Sony Xperia C5. Speaker berkembar masih dikekalkan di bahagian atas dan bawah C5 bagi memberikan kualiti audio yang terbaik. Berbeza dengan Xperia yang lebih premium, Xperia C5 menggunakan material plastik berkilat di bahagian belakang. Tiada komplain dari saya kerana telefon ini bukanlah telefon kalis air seperti Sony Xperia Z3+.

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Bersaiz 6″ dan mempunyai kamera hadapan 13MP

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Kamera belakang 13MP

Camera

Sudah tiba masanya saya berkongsi mengenai kelebihan kameranya. Telefon ini sememangnya direka khas buat pengemar selfie. Dengan 13 MP pada kamera hadapan dan dilengkapi flash, pengguna Sony Xperia C5 pasti menjadi juara selfie. Bukan itu saja, kamera hadapannya juga dilengkapi dengan 22mm wide angle lens bagi memastikan lebih ramai orang boleh dimuatkan dalam satu gambar.

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Port USB di bawah sama seperti Sony Xperia Z3+

Kamera hadapannya pasti menjadi diantara ciri-ciri yang digemari ramai. Dengan spesifikasi yang sama, kamera belakangnya juga dilengkap dengan 13 MP.

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Port untuk dual sim card

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Teknologi skrin IPS

Dual Sim

Saya sebenarnya bukanlah pengemar Dual Sim. Tetapi dengan ciri-ciri Dual Sim yang terdapat pada C5, saya dapati ianya agak berguna. 1 sim kad boleh digunakan untuk panggilan telefon dan satu lagi boleh digunakan untuk dataplan. Bukanlah ciri yang saya pentingkan, tetapi mungkin agak berguna kepada sesetengah orang. Slot dual simnya diletakkan pada sisi telefon dengan tray yang menyimpan kedua-dua simcard.

Sony Xperia C5 Ultra Dual

Skrin yang besar amat sesuai untuk menonton video

Saya akan kongsikan pengalaman sebenar setelah melakukan beberapa ujian selfie terhadap Sony Xperia C5 ini.

Harga : RM1,399

Spesifikasi

Dimensions: 164.2 x 79.6 x 8.2mm
Weight: 187g
Screen size: 6.0” (1080 x 1920)
Screen Resolution: 1080 x 1920 display resolution
Pixels Per Inch (PPI): 367
Processor: Octa-core application processor
RAM: 2GB
On-board Memory: 16GB (microSD card supported)
Camera: 13MP (rear) 1080p@30fps 13MP (front-facing)
Operating system: Android 5.0
3G / 4G LTE: Yes / Yes
Bluetooth / NFC: Yes / Yes
Battery capacity: 2930mAh
Colours: Black, White, Mint

1,479 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge