Meskipun Sony Xperia Z2 telah lama berada dipasaran tetapi saya masih mahu berkongsi pengalaman saya menggunakan smartphone dari Sony ini. Selain dari menjadi pengguna setia product Apple, sebenarnya saya juga adalah secret admire bagi produk Sony. Saya merupakan diantara pengguna terawal Sony Xperia Z2 ketika ianya dilancarkan di Malaysia dan ini adalah pengalaman sebenar saya. Teruskan membaca.

sony02sony07

 

 

Sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli Z2, saya sudah membuat berbulan-bulan kajian dan meneliti pelbagai jenis review antarabangsa. Untuk mula menggunakan telefon Android juga merupakan satu keputusan yang berat saya lakukan, kerana saya adalah penggemar ekosistem iOS.
Rekaan
Bagi pendapat peribadi saya, Z2 merupakan sebuah telefon yang cantik dan tampak premium. Saya suka kualiti skrin kacanya dan perasaan memegang telefon Z2. Butang on/off disebelah kanan juga tiada masalah bagi saya dan saya dapat membiasakan diri dalam masa sekejap. Flap microsim dan microsd card di sebelah kanan juga tidak mengganggu keselesaan saya. Saya memilih warna putih kerana warna hitam dan ungu dikatakan lebih murah meninggalkan cap jari. Dengan skrin sebesar 5.2 inci, ianya membuka perseptif saya terhadap telefon berskrin besar dan betapa terhadnya skop pandangan saya selama saya menggunakan iPhone. Apatah lagi dengan teknologi skrin Triluminos yang sama digunakan di dalam TV mereka dengan 424 ppi dan resolution 1080 x 1920 pixel. Semua term teknologi ini sememangnya menggoda.

Skrin
Tiada komplain pada kualiti skrin dan saya rasa ianya diantara skrin terbaik dikalangan telefon pintar sepanjang tahun 2014. Walaupun pihak Sony menjanjikan skrinnya tahan calar, namun saya menggunakan tempered glass sebagai perlindungan tambahan. Saya selalu menonton video di YouTube menggunakan Z2 dan saya rasa ianya amat mengagumkan.

sony14sony04sony05Kamera
Kamera merupakan diantara faktor utama saya memilih Sony Xperia Z2 pada awalnya. Telefon ini dilengkapi dengan 20.7MP, rakaman video 4K dan Augmented Reality. Sebelum inipun megapixel yang paling tinggi kita pernah dengar hanya terdapat pada Nokia Lumia 1020 dengan 41MP. Setelah sekian lama saya menggunakan Z2 untuk mengambil gambar, saya dapati terdapat beberapa kelemahan ketara. Saya bukanlah cerewet sangat di dalam mengambil gambar lebih-lebih lagi menggunakan telefon, tetapi masalah utama adalah sensor kamera Sony Z2 yang cepat panas apabila merakam video 4K. Saya dimaklumkan ini adalah masalah global dan sehingga kini tiada penyelesaian diberikan. Saya pernah pergi ke Sony Center dan bertanyakan masalah “global” ini. Jawapan mereka adalah, rendahkan sikit pilihan saiz video dan jangan kerap menggunakan rakaman video 4K. (Saya : ?? ). Saya pernah ada pengalaman di mana saya meletakkan Z2 di dalam poket seluar dan ketika itu saya sedang berada di bawah matahari yang panas untuk beberapa minit. Tiba-tiba saya terfikir untuk mengambil gambar dan mengeluarkan telefon Z2. Cuaca panas disekeliling saya ketika itu, pada masa yang sama memanaskan juga telefon Z2 dan menyebabkan saya tidak boleh mengambil video 4K. (Jangan tanya saya nak rekod video 4K untuk apa…)

Camera-01-580-100 Overheat-01-580-90

Selain dari masalah tersebut, saya rasa kamera Z2 memberikan apa yang dijanjikan. Saya suka menggunakan setting “Manual” supaya dapat mengawal kualiti gambar yang saya ambil. Features “Background deFocus” juga merupakan salah satu features yang saya suka. Kamera Z2 mengambil gambar dengan cantik dan jelas pada waktu cerah. Gambar nampak lebih cantik sekiranya menggunakannya dengan betul. Kita boleh memilih setting size nisbah 16:9 ataupun 4:3 mengikut kesesuaian. Pada kebiasaannya, saya hanya mengambil gambar untuk diupload di Facebook ataupun di Instagram, jadi saya hanya memilih size resolution 8MB sahaja.

 

sony03

Flap di kiri dan kanan telefon untuk akses ke microsim kad serta microusb

 

Pada waktu malam pula, seperti telefon pintar yang lain, ianya memerlukan sedikit bantuan cahaya. Saya biasanya mengelak menggunakan flash kerana pancaran flash secara menerus dari tengah ke arah objek memang memburukkan gambar. Saya akan cuba mencari sumber cahaya lain ataupun setidak-tidaknya meminta bantuan orang lain untuk menghalakan lampu dari telefon bimbit mereka. Teknik seperti ini biasanya berkesan.

Sony Xperia Z2 menawarkan features “Timeshift Burst” iaitu membolehkan kita mengambil banyak gambar dan kemudiannya memilih satu gambar terbaik diantara banyak-banyak gambar dengan hanya satu klik. Bagi saya features ini hanyalah sebagai gimik dan saya tidak pernah rasanya ianya berguna. Saya selalu ingin mengambil gambar dengan secara tiba-tiba apabila sesuatu berlaku di hadapan saya dan setakat ini saya gagal menggunakan telefon ini. Berbeza dengan iPhone, saya biasanya hanya slide ke atas dan dah boleh mengambil gambar dengan cepat. Telefon Z2 ini juga sebenarnya ada feature lock slide ke atas untuk mengaktifkan kamera dengan secara pantas, tetapi biasanya ianya mengambil masa lebih dari 3 saat untuk membuka aplikasi kamera dan mode kameranya disetkan secara automatik.

Saya selalu tengok dan bandingkan dengan contoh gambar-gambar yang diambil menggunakan Z2 dari laman web antarabangsa. Nampaknya gambar mereka lebih cantik dari yang saya ambil. Bila saya fikir semula, ok patutlah sebab suasana di negara barat lebih cantik untuk ambil gambar kerana di sana lebih banyak langit berwarna biru berbanding dengan negara kita yang berwarna putih dan matahari terik. Di bawah adalah contoh gambar dari kamera Z2 saya dari pelbagai jenis keadaan cahaya.

sony01

Contoh gambar dari Sony Xperia Z2

sony02

Contoh gambar dari Sony Xperia Z2

sony03

Contoh gambar dari Sony Xperia Z2

sony04

Contoh gambar dari Sony Xperia Z2

sony05

Contoh gambar dari Sony Xperia Z2

Bateri

Mempunyai skrin yang besar, bateri juga haruslah sepadan. Sony Xperia Z2 dilengkapi dengan 3,200mAh dan saya rasa ianya sudah memadai. Dengan features “Stamina Mode”, bateri telefon dapat dijimatkan secara pintar. Secara mudahnya dengan mode ini, telefon direhatkan dari menggunakan bateri dari aktiviti seperti kemaskini Facebook, Instagram dan sebagainya. Kita akan menerima semula kemaskini apabila telefon diunlock. Mode ini juga membenarkan kita mengasingkan aplikasi yang ingin diterima kemaskini seperti Whatsapp contohnya.

Telefon ini boleh dicaj dengan dua cara iaitu melalui micro USB ataupun charging dock.

 

sony08

Charging Dock

sony09

Pilihan menu pada camera

Sony Smart Watch

Diantara sebab lain mengapa saya memilih Sony Xperia Z2 adalah kerana saya ingin memadankan bersama Sony Smart Watch 2 yang telah saya pakai hampir 7 bulan. Saya suka menggunakan Sony Smart Watch 2 dan saya anggap ianya diantara Smart Watch terbaik selain dari Pebble dan jam keluaran Samsung. Dengan menghubungkan dua device ini, akhirnya Sony Smart Watch saya dah boleh bercakap. Ada banyak perkara menarik yang saya boleh lakukan apabila dua device ini bergabung. Mungkin saya perlu mulakan entry yang berbeza untuk bahagian ini sahaja nanti.

sony13

Sony Smart Watch 2 dan Xperia Z2

Keseluruhan

Sony Xperia Z2 merupakan salah satu telefon kegemaran saya bagi tahun 2014 selain, HTC One M8 dan Nokia Lumia Icon. Dengan rekaan yang cantik dan kemas, saya rasakan ianya merupakan satu telefon premium apabila berada ditangan. Kekecewaan saya hanya pada features kamera yang saya mempunyai harapan yang sangat tinggi terhadapnya. Saya begitu menyukai dengan kualiti gambar dari kameranya namun saya belum puas. Dengan rumor terbaru dari pihak Sony yang ingin memperbaiki segala kekurangan Sony Xperia Z2 pada keluaran Sony Xperia Z3 nanti menambahkan sedikit lagi kekecewaan saya.

Selain dari itu, Sony Xperia Z2 merupakan telefon yang paling baik pernah dihasilkan oleh Sony. Saya bangga menggunakan Sony Xperia Z2.

 

12,289 total views, 2 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

10 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge