Satu lagi keluarga baru Sony iaitu Sony Xperia Z3+ akan mula dijual di pasaran Malaysia dengan harga RM2,599. Sony Xperia Z3+ juga dikenali sebagai Xperia Z4 bagi pasaran antarabangsa yang telahpun dilancarkan pada April 2015.

Walaupun nampak seakan-akan sama dengan Xperia Z3, tetapi Xperia Z3+ ini telah diperbaharui dengan teknologi terkini dan hardware yang lebih tinggi.
xperia-z3-copper-front-side-1-600x600Xperia-Z3-_charge_630-600x343

Diantara feature utama yang telah dibawa oleh Sony pada Xperia Z3+ adalah kedudukan USB port yang telah dipindahkan pada bahagian bawah Z3+ dan kini tiada lagi USB Flap yang pada kebiasaannya mudah hilang dan rosak. Menggunakan teknologi yang sama pada Z2 dan Z3, kamera pada Z3+ mampu mengambil gambar pada 20.7MP dan mempunyai dwi speaker pada bahagian hadapan.

Seperti tiada banyak perubahan yang besar, Xperia Z3+ sememangnya menjadi diantara telefon pintar kegemaran ramai. Saya adalah pengguna Sony Xperia Z2 dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai telefon keluaran Sony. Xperia-Z3-_hero-600x335

Namun, terdapat juga laporan yang mengatakan Xperia Z3+ mempunyai masalah overheating kerana penggunaan Qualcoom Snapdragon 810. Saya sendiri pernah mengalami masalah yang hampir sama ketika menggunakan Xperia Z2 tapi lama-kelamaan Sony telah menyelesaikan masalah ini.

923 total views, 3 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

1 CommentLeave a comment

  • […] Apa yang menarik dari segi design C5 adalah bingkai tepinya yang sangat nipis dan hampir kelihatan seperti borderless. Ini adalah salah satu selling point yang ada pada Sony Xperia C5. Speaker berkembar masih dikekalkan di bahagian atas dan bawah C5 bagi memberikan kualiti audio yang terbaik. Berbeza dengan Xperia yang lebih premium, Xperia C5 menggunakan material plastik berkilat di bahagian belakang. Tiada komplain dari saya kerana telefon ini bukanlah telefon kalis air seperti Sony Xperia Z3+. […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge