Sewaktu bercuti ke Pulau Langkawi pada minggu lalu, saya tak sangka terserempak dengan Spiderman menaiki basikal. Kejadian aneh dan pelik ini sempat saya rakam ketika berada di sekitar Pekan Kuah. Spiderman ni menaiki basikal melalui tepi jalan utama dan akhirnya berhenti di KFC. Sepanjang perjalanan Spiderman ni, saya nampak ramai yang membunyikan hon serta menjerit “Spiderman” seolah-olah memberi sokongan kepada beliau.

Hasil dari kajian saya, rupanya lelaki yang memakai pakaian ala Spiderman ni sememangnya sudah dikenali oleh rakyat setempat. Kehadirannya di beberapa lokasi utama sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat Spiderman. Spiderman ini yang lebih gemar dikenali sebagai Spiderman Langkawi rupanya mempromosikan aktiviti berbasikal dengan gayanya yang tersendiri. Berpendapat aktiviti berbasikal semakin kurang mendapat perhatian, anak jati Langkawi ini mengambil inisiatif sendiri untuk mempromosikan aktiviti riadah tersebut.

Spiderman Langkawi

Spiderman Langkawi berbasikal

Spiderman Langkawi

Spiderman di Dataran Lang

Spiderman Langkawi

Spiderman Langkawi bersama kanak-kanak

Spiderman Langkawi menjadi viral apabila muncul di beberapa lokasi tarikan pelancong seperti Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Taman Lagenda serta Art in Paradise. Kehadirannya terus menceriakan suasana lebih-lebih lagi pada majlis hari jadi serta hari keluarga. Oleh kerana saiz badan Spiderman Langkawi yang seakan-akan sama dengan Spiderman sebenar, perlakuan Spiderman Langkawi nampak sangat incharacter dan semula jadi. Walau bagaimanapun, Spiderman Langkawi akan bercakap dalam bahasa Utara apabila kita menegurnya.

Buat masa sekarang, Spiderman Langkawi berkomunikasi dengan peminatnya melalui laman Facebook https://www.facebook.com/spidermanlangkawi/ yang sudah mencecah 1,900 likes. Di sinilah, Spiderman Langkawi akan berkongsikan route perjalanan hariannya serta cara untuk menghubungi beliau.

Spiderman Langkawi

Gambar dari Art in Paradise

Spiderman Langkawi

Gambar dari Art in Paradise

Spiderman Langkawi

Gambar dari Art in Paradise

Spiderman Langkawi

Bersama salah seorang peminat wanita

Spiderman Langkawi

Spiderman Langkawi dengan basikalnya

Disebalik populariti Spiderman Langkawi, ada juga beberapa pihak yang mengecam Spiderman Langkawi kerana pakaiannya yang tidak sesuai. Tetapi diharapkan Spiderman Langkawi agar tidak mengalah dan meneruskan usaha membudayakan aktiviti berbasikal dengan gaya tersendiri.

6,962 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.