Ini sebenarnya adalah kali pertama saya sertai Fun Run dan apa-apa jenis run yang pernah dianjurkan. Tak tau kenapa, tapi SpongeBob Run ni sangat menarik perhatian saya semenjak ianya diwar-warkan beberapa bulan yang lepas. Dengan harga pendaftaran sebanyak RM95 pada mulanya saya rasa ianya agak mahal. Yela, dah la first time masuk Fun Run dah kena bayar sebanyak tu. Tapi selepas saya lihat sendiri Race Kit yang ditawarkan serta Medal Spongebobnya akhirnya saya takde fikir-fikir lagi. Tambahan pula saya memang nak cuba cari pengalaman dalam aktiviti macam ni.

SpongeBob Run ni dianjurkan di Setia City Park iaitu berdekatan dengan Setia City Mall dan terdapat 2 pilihan larian iaitu sejauh 3Km dan 5KM. Sebenarnya saya rasa saya boleh lari 5KM tapi oleh kerana ini adalah first time jadi saya ambik 3KM saja dulu.

SpongeBob Run Malaysia 2017

SpongeBob Run Malaysia 2017

SpongeBob Run Malaysia 2017

Suasana di Setia City Park pada jam 7pagi

Seawal jam 6.30 pagi lagi Setia City Park telah dipenuhi dengan ribuan peserta larian yang memakai pakaian warna kuning terang. Baju ni adalah di antara Race Kit yang diberikan selain beg, bib larian, bantal SpongeBob dan beberapa kupon Sunway Lagoon. Oleh kerana saya join larian 3KM jadi bib saya adalah berwarna pink iaitu design watak Patrick manakala yang lari sejauh 5KM memakai bib berwarna kuning iaitu watak SpongeBob. Suasana masa ni nampak sangat meriah sebab larian ni disertai oleh pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Advertisements

Sebelum Flag Off dimulakan, semua peserta diberikan taklimat ringkas dan disertakan dengan sesi warm up. Walaupun sesi larian belum bermula lagi, tetapi kebanyakkan peserta masa ni dah mula “panas badan” kerana sesi warm up nya casual dan membuatkan semua orang excited untuk mulakan larian.

SpongeBob Run Malaysia 2017

Baju peserta

SpongeBob Run Malaysia 2017

Suasana sebelum larian

SpongeBob Run Malaysia 2017

Di Flag Off

SpongeBob Run Malaysia 2017

SpongeBob melambai-lambai

Sesi Flag Off dimeriahkan dengan kemunculan maskot SpongeBob yang melepaskan peserta digarisan mula. Seronok betul time ni sebab yang sangat excited dan bersorak adalah mak-mak budak yang tengah dukung anak masing-masing. Walaupun sesi larian telah bermula, tetapi ramai peserta masih dalam mood happy sebab dapat jumpa SpongeBob di garisan mula. Dah namapun Fun Run, jadi boleh kata kesemua peserta larian tidaklah betul-betul berlari untuk menang. Mereka lebih kepada enjoy berlari bersama-sama sambil gelak dan selfie.

Ada ibubapa yang memberi semangat kepada anak-anak mereka untuk berlari dan setelah beberapa minit anaknya dah penat, akhirnya ibubapa yang kena dukung. Di dalam perjalanan juga, pihak penganjur menyediakan water station untuk peserta minum sebelum meneruskan larian. Di checkpoint juga terdapat beberapa information sign yang memberi maklumat mengenai jarak ke garisan penamat ataupun tanda arah untuk route 3KM dan 5KM.

SpongeBob Run Malaysia 2017

Kanak-kanak pun lari

SpongeBob Run Malaysia 2017

Peserta yang excited dengan kamera

SpongeBob Run Malaysia 2017

Bapa yang mendukung anak ketika berlari

SpongeBob Run Malaysia 2017

Kena tolak Stroller

SpongeBob Run Malaysia 2017

Checkpoint untuk route 3KM dan 5KM

Saya kagum dengan suasana di SpongeBob Run ni sebab suasana “happy” tu tak pernah hilang dari mula sehinggalah ke garisan penamat. Walaupun muka masing-masing dah penat, tapi senyuman masih lagi melekat. Seronok tengok ramai yang lari bersama-sama dan memberi semangat kepada kawan masing-masing. Saya terjumpa salah seorang peserta senior yang berumur 65 tahun yang memperkenalkan diri sebagai Mak Andak. Mak Andak bersama kawannya begitu gigih melengkapkan larian sejauh 3KM walaupun berjalan kaki secara perlahan-lahan. Menurut Mak Andak, dia menganggap larian 3KM ini seperti seolah-olah sedang menunaikan ibadah Saie. Memang steady betul Mak Andak ni.

SpongeBob Run Malaysia 2017

Semangat betul berlari

SpongeBob Run Malaysia 2017

Mak Andak dan kawannya

SpongeBob Run Malaysia 2017

Twins bersama daddynya

SpongeBob Run Malaysia 2017

Lari beramai-ramai

Saya sebenarnya takdelah terlalu berlari sebab saya sendiri berlari untuk mengejar checkpoint mengambil gambar. Mungkin dah terbiasa join event rasanya macam seronok bila dapat mengambil gambar macam-macam gelagat orang. Memang tak terasa sangat 3KM dan sedar tak sedar dah sampai ke garisan penamat. Bukanlah jarak yang jauh ataupun rewards kemenangan yang dicari, tapi pengalaman berlari beramai-ramai sejauh 3KM tu sangat berharga. Saya akui pengalaman larian di SpongeBob Run ni diantara acara yang paling menyeronokkan saya pernah sertai.

Tambahan pula dengan medalnya yang cute dan nampak “mahal” menjadikan larian SpongeBob Run ni sungguh menghiburkan.

SpongeBob Run Malaysia 2017

Dapat medal digarisan penamat

SpongeBob Run Malaysia 2017

Tahniah kepada diri sendiri

SpongeBob Run Malaysia 2017

Cutenya medal ni. Rasa nak gigit je.

Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan Spongebob Run ni. Yang pasti ini bukanlah Fun Run yang terakhir saya sebab lepas ni saya akan join Fun Run yang lain pula. Namun begitu, acara ni mungkin akan lebih baik sekiranya aktiviti selepas larian dapat di pelbagaikan dan pihak penganjur dapat memperbaiki aktiviti-aktiviti di booth-booth yang disediakan.

Lihat video highlight ketika SpongeBob Run ni di YouTube Channel saya dan jangan lupa untuk klik butang SUBSCRIBE

 5,537 total views,  1 views today

Advertisements
      

Related Articles

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

4 CommentsLeave a comment

  • I’ve attended several fun run in the past.
    And ambiance point, this has got to be the most fun ever.
    However, organiser failed to care for the fact that morning runs must starts way before 7.30. Sbb panas dah nnt. And flag off point to be separated starting with 5km and then 3km.
    Also the criticality of breakfast. This was the biggest disappointment ever. Never in my life attended a morning fun run without free bread/ bun given at the finisher line. Dah laa van milo pon takde.. van roti gardenia or nestle cereal pon takde jugak.
    Tuan kena join upcoming superheroues run in mid April and therunningdiva rock glamour run in july. Then you will see the difference and whats fun run should be. Go to run.tixtac.com to register .

  • […] yang terbaru saya sertai iaitu Coway Run 2017. Ini adalah larian ke 2 yang saya sertai selepas Spongebob Run 2017 pada bulan lepas. Apa yang membuatkan saya excited adalah kerana Coway Run ni pertama kali […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.