Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri,

Alhamdullilah, setelah sebulan berpuasa akhirnya kita menyambut hari raya. Tahun ni sambutan hari raya saya dan keluarga serba sederhana tapi saya bersyukur kerana dapat beraya di kedua-dua belah keluarga. Pada pagi raya saya dan Zarith telah beraya di rumah parents saya di Taman Melati.

Hari Raya 2015

Lontong

Hari Raya 2015

Kek

Rasanya dah beberapa tahun saya tak berpeluang berpagi raya di sini. Macam biasalah, pada pagi raya apa yang saya amat nantikan adalah masakah Mama saya. Kalau sedara mara terdekat mesti dah kenal sangat dengan kesedapan Lontong Mama yang lengkap dengan sambal kacang dan sambal sotong.

Kalau siapa yang makan Lontong ni mesti takkan cukup makan semangkuk. Barulah orang Johor macamtu. Saya kira-kira ada hampir 10 hidangan di pagi raya ni termasuklah, ayam masak merah, rendang daging, acar, dalca, kari kambing dan nasi briyani.

Hari Raya 2015

Pelbagai juadah

Hari Raya 2015

Nasi Briyani dan lain-lain

Saya tambah 2 pinggan rasanya. Maklumlah setahun sekali je dapat rasa semua jenis masakan ni. Lepas kenyang, macam biasalah bermaaf-maafan di pagi raya. Rasa tahun ini lah diantara tahun yang cukup adik beradik semua berkumpul di pagi raya. Biasanya mesti ada kurang sorang.

Saya tak pasti macam mana dengan keluarga orang lain, tapi biasanya proses bermaafan di pagi raya dengan keluarga saya agak lama. Siapa yang buat banyak salah dalam tempoh setahun tu, mesti senaraikan semua kesalahannya. Ini dah macam  tradisi keluarga kami.

Hari Raya 2015

Sesi minta maaf

Hari Raya 2015

Dania (Anak buah) dan Nadia (Adik)

Hari Raya 2015

Dania dan Baba

Hari Raya 2015

Abdul Karim (Baba) dan Zaiton Tahir (Mama)

Hari Raya 2015

Gambar Keluarga

Setelah selesai bermaafan dan bergambar raya. Saya dan Zarith meneruskan perjalanan ke Ipoh. Alhamdullilah, jalan pun tak jem sangat dan tak sampai 3 jam kami sampai di Ipoh. Kami betul-betul berhari raya di Ipoh adalah pada raya yang kedua. Kali ni saya pakai baju melayu tema warna biru dan sampin warna oren. Baju Melayu dan sampin ni adalah dari Jakel.

Hari Raya 2015

Minta maaf dengan Mak

Hari Raya 2015

Zarith dan Mak

Hari Raya 2015

Dimaafkan

Hari Raya 2015

Anis (Kak Long), Siti Hajar (Mak) dan Zarith (Isteri)

Walaupun kami bukan bermaafan pada pagi raya pertama, tapi mood berhari raya tu memang terasa. Masing-masing semangat pakai baju Melayu walaupun raya ke dua tu adalah hari Sabtu.

Gambar raya tahun ni saya menggunakan konsep “gadget” dan candid. Saya sengaja membuat kelainan dan nampaknya ramai betul orang yang dah LIKE gambar ni di Facebook.

Hari Raya 2015

Family potrait

Hari Raya 2015

Gambar keluarga di Bercham

Hari Raya 2015

Bersama keluarga saudara di Ipoh

Tahun ni saya tak sempat nak buat video Raya seperti pada 2 tahun yang lepas. Di atas faktor masa dan keadaan, tahun ni saya utamakan lebih banyak gambar. InsyaAllah tahun depan ada lagi video.

Saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini dan maaf sekiranya ada kesilapan ayat dan ejaan. Terima kasih kerana telah membaca blog saya ni.

Video Raya Tahun Lepas

1,627 total views, 1 views today

About author View all posts Author website

Mohd Zarin

Mohd Zarin

Blogger, Web, Photographer, Travel, Foods and Social Media

2 CommentsLeave a comment

Leave a Reply to MamaBard Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge